>
TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Friday, September 24, 2010

Untuk Anak-Anak Didikku


Di sini
di premis ini
di sekolah ini
yang megah berdiri
dan tersergam indah

Aku yang bernama guru
dan engkau semua anak didikku
dengan vokal lantang
sesekali berbisik dan memujuk
aku mendidik, mengajar dan menegur
pantang duduk walaupun penat

Engkau leka mendengar dan mencatat
sesekali resah dan bosan bertandang
kadang-kadang suara kita bersatu
menggamatkan ruang kelas

Kubulatkan mata meratah setiap wajahmu
kau tunduk tersipu memuntahkan malu
rasa benci dan meluat menerpa
bersarang di setiap rongga tubuhmu

Bukan maksudku mengundang benci
jauh sekali bersikap autokrasi
tetapi itulah realiti dan hakiki
aku menyayangi dan mengasihimu
cemerlang, gemilang dan terbilang
kugantungkan harapan hanya padamu

Kini aku tersenyum dan bahagia
pabila kau datang memelukku erat
terima kasih guru kesayanganku
bisikan keramat darimu tersemat di jiwa

                                                                         

Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

No comments:

Post a Comment