>
TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Monday, February 28, 2011

Mawar Biru (2)


Kamu harus kuat, duhai mawar biru
jangan biar mutiara beningmu tumpah lagi
kerana kamu sendiri, kini
tiada lagi yang akan menyapu mutiara bening yang mengalir di pipi mulusmu

Duhai mawar biru
bangun dari rebahmu
dan terus berjalan
walaupun langkahmu lemah dan longlai
walaupun kamu sangat terluka
terus berjalan
jangan menoleh lagi

Kasihan kamu duhai mawar biru
tiada lagi yang mahu mendengar rintihanmu
tiada lagi yang akan memperdengarkan senandung lagu rindu untukmu
pasrahlah kamu duhai mawar biru

Duhai mawar biru
kauimpikan bahagia
tapi kecewa yang menjelma
dan sepi akan terus bertahta
menemanimu sepanjang masa
                                                     





Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

No comments:

Post a Comment