>
TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Monday, February 28, 2011

Tiada Lagi...


Tiada lagi yang akan menyambut tatkala rinduku bersenandung
tiada lagi yang akan berbicara tatkala kuperlukan teman bermadah
tiada lagi yang akan mendengar tatkala kuberlipurlara
tiada lagi yang akan memujuk tatkala rajukku melanda
tiada lagi yang akan menenangkan tatkala kuberhiba
ya, tiada lagi

Kini...
tangisku berlagu tapi tak berirama
bibirku berkata tapi tak bersuara
hatiku merintih tapi tak terucap
                                                         


Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

No comments:

Post a Comment