>
TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Wednesday, March 2, 2011

Ketulusan Seorang Guru...


Tidak pernah sesekali kukesali anugerah Ilahi
kerana mengurniakanku jiwa dan raga seorang pendidik
kucurahkan segala ilmu di dada dengan niat yang paling suci
kepuasan, puncak segala pengorbanan

Namun, terkadang rasa pilu menyesak kalbu
menjentik tangkai hati
apabila niat suci dan keikhlasanku disalahertikan
hanya kerana dirimu bermasalah
maka timbullah fitnah
segala kebaikan diketepikan
semata-mata untuk meraih simpati

Adakah yang mengerti
nilai air mata seorang guru
rela segalanya
penat dan lelah
biarpun tak pernah dibalas
dengan sepatah pun ucapan terima kasih

Biarlah, dan biarlah
hanya yang memahami akan mengerti
ketulusan seorang guru...
                                                          




Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

No comments:

Post a Comment