>
TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Monday, March 21, 2011

Kumohon Pamit...


Sudah sampai saatnya
kumohon pamit
mungkin itulah yang terbaik                
kerana aku sudah penat begini
mengemis  rindu dan jawabmu
yang kadang hadir
yang kadang sepi
sepimu dengan segunung alasan
terselit di antaranya sebuah keegoan
yang mencabar setiaku

Rindu itu
tak perlu  kau ucap lagi
kerana aku semakin selesa bertemankan sepi
yang  kau ciptakan untukku
dan simpanlah semua jawapan daripada semua pertanyaanku
kerana aku sudah tidak memerlukannya lagi

Namun janjiku
kisah itu akan kuulang baca tanpa jemu
tak akan pernah terpadam dalam memori hidupku
dan akan menjadi kenangan terindah dalam lipatan sejarah hidupku
serta akan kubawa bersemadi bersama jasadku

Dan untuk sekalian kalinya
maafkanlah diri ini
doaku…semoga dirimu damai selalu
                                                                

Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

No comments:

Post a Comment