>
TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Sunday, June 19, 2011

Dalam Desah Nafas Ayah Bonda...


Dalam desah nafas ayah bonda
ada rindu
ada kasih
ada sayang
tetap sama
tak pernah berubah

Dalam desah nafas ayah bonda
setia berkorban
tak kira apa
walau nyawa jadi taruhan
tak pernah sesal

Dalam desah nafas ayah bonda
doa dan harapan tak pernah lekang
memberi bahagia
walau sendiri dililit derita

Wahai anak-anak
dalam desah nafas ayah bonda
tiada yang lain hanya kamu
berilah mereka bahagia
sebelum tiba desah nafas terakhir mereka....


Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

No comments:

Post a Comment