>
TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Sunday, July 24, 2011

Tiada Lagi Kita Yang Dulu....


Kini
tiada lagi ketenangan
tiada lagi keriangan
hilang sudah keakraban
ditelan keangkuhan
saling mencabar
mahu menunjuk jagoan
rimas
sedih
pilu
menyelubungi hatiku
mana semua yang dulu
aku dambakan kita yang dulu
kembalilah...

Demi persahabatan
yang keruh cuba dijernihkan
namun segalanya tak terjangkakan
yang bersimpul semakin kusut
sekusut benang yang berpintal
tidak ditemui penyelesaiannya
lantang menegur
melenting bila ditegur
bicara sinis penuh keangkuhan
apa lagi dayaku
pasrahlah...

Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

Tuesday, July 12, 2011

Indahnya Ciptaan-Mu...

                

Dinginnya nyaman dan mendamaikan
derunya  mengasyikkan
melenyapkan bunyi gemersik sang unggas
mengalir gagah rakus menerjah tebing
arusnya deras menghempas batuan
putih berbuih di bawah terjunan
sungai indah ciptaan Tuhan
terpukau mata memandang
terpesona menghayati
lidah kelu mengagumi
indahnya ciptaan-Mu
Maha Pencipta...





       

Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

Saturday, July 9, 2011

Cinta Pertama...


Cinta pertama 
cinta teristimewa
banyak yang sengsara
dek cinta tak kesampaian
angkara darjat dan juga ketidakpastian
cinta lebur di tengah jalan

Dua jiwa karam di lautan sendu
tak siapa yang mengerti
hanya yang mengalami bisa merasai
lukanya masih berparut hingga kini
namun pasrah pada ketentuan Illahi
tiada dendam di hati
hikmah yang tersembunyi
hanya Dia yang mengetahui

Yang patah tumbuh
yang hilang berganti
walau tak sama
tetap mengubati
cinta pertama tak perlu dikesali
kerana ia mendewasakan
cinta pertama biarlah abadi
sebagai  kenangan terindah
yang pernah dilakari

Kini cinta pertama menjengah kembali
membongkar segala rahsia
menjawab setiap teka teki
merungkai semua kekusutan
yang menjadi titik tolak segala tragedi
bukan bermaksud untuk kembali
sekadar menjernihkan segala kekeruhan
hubungan baharu tercipta
persahabatan lebih abadi...

Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

Tuesday, July 5, 2011

Hadiah Dari Hati...


Kupersembahkan kepadamu
sekalung bunga cinta
sejambak rindu nan semerbak
sekeping nota kasih berirama syahdu
terkhusus untukmu
hadiah dari hatiku

Ingin kupetik bintang di langit
untuk  kususun menjadi madah puitis
karangan terindah lukisan hati
lalu kugantung di langit ketujuh
terkhusus untukmu
hadiah dari hatiku


Akan kupintal manik-manik harapan
akan kusulam buih-buih mimpi
lalu kuukir salju cinta
menjadi mahligai impian
lalu kupersembahkan kepadamu
hadiah dari hatiku...





Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

Cinta Antara Dua Darjat...


Cinta antara dua darjat
kisah benar dunia realita
terpisah dua hati
kerana gelaran yang dicari
tiada daya hanya menuruti
kehendak orang tua

Cinta tak kesampaian  
merobek jiwa
membunuh anganan
menyentak mimpi
semangat berterbangan
tiada lagi yang tinggal
hanya secebis kenangan
menemani langkah ke hadapan

Cinta antara dua darjat
kisah luka berganti zaman
kekal sebagai musuh cinta...

Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

Dan Yang Sebenarnya....


Teganya dirimu 
membiarkan cintaku
layu di tangkainya
sebelum mekar dalam jambangan hatimu
hanya kerana sebuah ketidakpastian
hingga  aku karam dalam  lautan sendu

Lantas dirimu terperangkap
dalam sebuah penyesalan
yang tak berpenghujung
mengundang dilema
antara fantasi dan realiti

Tapi 
kini aku mengerti yang sebenarnya
betapa cintamu dan rindumu
hanya milikku
tiada yang lain
hanya untukku
walau kita tak pernah bersatu

Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.