>
TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Tuesday, November 15, 2011

Sesalku...


Bibir ingin berbicara
tapi kepada siapa
hati ingin berkata
tapi tentang apa

Bertingkah serba tak kena
bermadah tak lagi berbisa
pada angin kubisikkan resah
pada purnama aku berkisah

Duhai angin mengertilah
wahai purnama dengarkanlah
bicara hatiku kesal tak sudah
kini semuanya telah musnah

Aku kini kehilangan
aku kini keseorangan
tiada lagi tempat mengadu
hati yang rawan kurawat sendiri

  







Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

Thursday, November 3, 2011

Trilogi Cinta...


Aku dan  kamu
pernah melakari kisah dulu
mencipta bahagia seketika
menganyam kasih
menyulam  cinta
menggenggam impian
namun 
kisah kita tak pernah jadi nyata
aku kautinggalkan begitu sahaja
tiada lagi khabar berita
entah kenapa...

Kamu dan dia
atas nama cinta
mengukir janji
melayari bahtera
mencipta bahagia selamanya
segalanya sempurna
kisah yang nyata

Aku dan dia
gadis sunti di desa
pernah berteman 
berdua bersama
bergurau senda
ketawa ceria
semuanya indah belaka
namun tak pernah menyangka
kasih tertumpah pada yang sama

Pada sebuah pertemuan
yang tak pernah dijangka
mata bertentang
hati berbicara 
menggamit memori silam
penuh kenangan

Aku, kamu dan dia
sebuah trilogi cinta 
namun aku hanya suatu kenangan
dia ternyata suatu kenyataan
aku, kamu dan dia
bisakah sahabat selamanya?


  


Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.