>
TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Monday, February 27, 2012

Doakan Saya Ya...


           Assalamualaikum.  Sudah lama rasanya saya tidak berkarya.  Entah kenapa idea untuk menulis puisi seperti beku dan tumpul.  Sekian lama dada Kristal Bening kosong tanpa coretan.  Hmm..sebenarnya bukan tidak ada langsung, ada…tetapi dalam proses.  Saya kini dalam proses menulis novel sulong saya.  Proses penulisan baru saja berlangsung separuh jalan, entah bila akan siap.  Terlalu banyak kekangan.  Kerja-kerja dan tugas seorang guru serta tanggungjawab sebagai isteri dan ibu harus diutamakan dan didahulukan.  Lewat malam apabila hendak menyambung tulisan, mata sudah layu dan badan sudah terlalu letih, lalu laptop dimatikan.  Aduh…enaknya merebahkan badan di atas katil dan meletakkan kepala di atas bantal yang empuk dan gebu setelah seharian bekerja.  Hari ini begini, esok lusa juga begitu, lalu bilalah agaknya novel itu akan siap? Hmm.. entahlah…harapnya, novel itu akan siap juga dan berjaya diterbitkan, insya-Allah.   Doa-doakanlah saya ya…. 

Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

No comments:

Post a Comment