>
TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Thursday, March 1, 2012

Ikhlasku Demi Redha-Mu


Ikhlas itu redha
bukan suatu keterpaksaan
tidak juga mengharapkan ganjaran
andai tersasar dalam tingkah
andai terlepas dalam bicara
maka terpalitlah niat
muncul riak mengaburi ikhlas
berasa diri yang terhebat
tiada lagi berkah
hilang sudah ketaqwaan
malangnya...

Tak siapa yang tahu
hanya Dia maha menilai
lain nawaitu
lain pula tingkah dan bicara
ramai sudah yang tertewas
baik yang dikagumi
apatah lagi yang mengagumi
terjerumus dalam riak
tergolong dalam bangga diri
aduh, susahnya menjaga ikhlas

Ya Rabbi Tuhanku
pekerjaanku  ibadahku
bersihkanlah hatiku
bimbinglah hatiku
agar aku selalu ikhlas
demi mencari redha-Mu


Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

No comments:

Post a Comment