>
TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Monday, March 26, 2012

Seorang Mahathir


Seorang Mahathir
lahirmu di bumi bertuah ini
bagai gemerlap bintang di angkasa
ideamu tak terjangka
melangkaui pemikiran bangsamu
wawasanmu menjulang nama negara tercinta
gah seantero dunia

Seorang Mahathir
bapa pemodenan Malaysiap
pemacu pembangunan negara
lantang bersuara
berwibawa karektor
digeruni lawan
dihormati taulan

22 tahun era pemerintahanmu
menyaksikan pelbagai kemajuan
ekonomi pesat berkembang
deretan projek mega megah berdiri
tiada agenda tersembunyi
semuanya untuk rakyat
untuk mereka yang memahami
lapang dada kami menerima
memanjat syukur ke hadrat Illahi  

Seorang Mahathir
lumrah menjadi yang terbaik
fitnah dan iri tak lekang dari sisi
menyerang dari segenap arah
tapi kau tak pernah menyerah
tak cepat melatah
tekad dan azammu tetap tegar tak pernah rapuh
demi agama, bangsa dan negara yang diterajui

Kami
pemuda dan pemudi pewaris negara
tiada madah puitis untuk dipersembahkan
hanya sekadar sebaris ucapan
terima kasih Tun Dr. Mahathir Mohamad
mantan Perdana Menteri Malaysia
jasamu tetap mekar di sanubari kami
dulu, kini dan selamanya


(Nota :  Sajak ini saya tulis khusus untuk mantan PM Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebagai salah satu persembahan oleh beberapa orang wakil pelajar sempena lawatan Kelab Pra-U SMK Taman Tasik ke Galeria Tun Mahathir pada 10 April 2012)


Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

No comments:

Post a Comment