>
TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Saturday, May 19, 2012

Mungkinkah...?

           
        
      Entah kenapa hati ini begitu sayu malam ini, seperti ada yang tidak kena. Puas saya mencari puncanya, tiba-tiba saya teringat kepada seorang rakan lama  yang  sama-sama belajar di USM dulu.  Saya membuka  facebook dan masuk ke profilnya.  Sudah sekian lama sepi.  Apa khabar dia sekarang?  Dahulu kami terputus hubungan hampir 20 tahun, kemudian bertemu semula di facebook, dan berhubung semula selama lebih kurang 6 bulan, tapi kini dia menyepi kembali.  Sudah puas saya mengirim sms dan menelefonnya tetapi tiada jawapan atau balasan.  Dia pernah memberitahu saya bahawa dia sedang sakit.  Sebelah paru-parunya sudah tidak berfungsi, dan sebelah lagi paru-parunya juga mengalami masalah. Kali terakhir saya bercakap dengannya melalui telefon, dia mengadu bahawa dia sentiasa berasa letih sejak akhir-akhir ini, dan mungkin waktunya sudah hampir tiba.  Saya memarahinya kerana  bercakap seperti itu. Kini, saya tidak tahu  keadaannya.  Saya takut untuk memikirkan kemungkinan-kemungkinan itu.  Saya belum bersedia untuk kehilangannya  buat kali kedua...Ya Allah,  hanya Engkau yang maha mengetahui.  Berilah kepadanya kesihatan baik yang berpanjangan, dan jika benar dia telah pergi untuk selama-selamanya bertemu dengan-Mu, Kau tempatkanlah rohnya dalam kalangan roh orang-orang yang beriman dan mulia di sisi-Mu....  

Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

No comments:

Post a Comment