>
TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Tuesday, June 12, 2012

Pantun Lara...


Puteri jelita mandi di kali
asyik mandi terlepas selendang
usah pernah mengharap lagi
barang yang lepas jangan dikenang

Pagi-pagi mengarang madah
madah bertinta emas gemilang
kasih dan sayang putuslah sudah
cinta berkubur rindu menghilang

Mahu memancing ikan haruan
terpancing pula si ikan keli
sudah kuhapus semua kenangan
tiada tertinggal di dalam hati


Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

No comments:

Post a Comment