>
TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Wednesday, August 29, 2012

Malaysia Tanah Tumpah Darahku...



Negaraku
tanah tumpah darahku
di bumi bertuah ini
langkahku bebas melata  
kuhirup udara kebebasan
menghidu wangian kemerdekaan
mendengar melodi ketenangan
menatap warna keamanan
 
Suatu waktu dahulu
di bumi yang sama
bangsaku dijajah berabad lamanya
penjajah datang dan pergi silih berganti
bangsaku menjadi abdi di bumi sendiri
angkara khianat, dengki dan pentingkan diri
oleh pemimpin yang bernafsu tinggi
bangsaku dihina
bahasaku lenyap 

Negaraku
tanah tumpah darahku
kini bumi merdeka
tanggal 31 Ogos 1957
laungan keramat memecah hening pagi
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka !
menamatkan mimpi ngeri di bumi bertuah  

55 tahun sudah berlalu
negaraku pesat membangun
pemimpin memerintah silih berganti
menabur budi, mencurah bakti
tiga bangsa seia sekata
akur pada kata yang dikota   
perpaduan tonggak utama
sehati  dan sejiwa  
persefahaman  kunci segala
demi Malaysia
negara tercinta

Bangsaku
jangan  terulang sejarah yang dulu
bumi tergadai maruah dipijak
umpama Pak Pandir kalah menyabung
ayam kalah kampung tergadai....









Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

Monday, August 13, 2012

Sebuah Perjalanan Hidup...



Sebuah perjalanan hidup
penuh ranjau dan rintangan
ada suka, ada duka
yang suka diteruskan
yang duka dilupakan
yang indah jadikan kenangan
yang pahit jadikan sempadan

Muhasabah dan perbaiki diri
berserah hanya kepada-Nya
tetap gagah harungi badai
tutup kisah silam
buka lembaran baru
Insya-Allah bahagia menanti...



Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.