>
TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Friday, December 13, 2013

Tak Mungkin Kerana Sayang...



             “Dear Farah, next week I am going to Malaysia for a vacation.  I am going to buy a house there  as my second home.  It is a part of investment. I am really eager to see you in live. Just wait for me. I have a surprise for your honey.  Love you.”


        Farah membaca semula email yang dihantar oleh Moris Christopher sebentar tadi.  Dia terpaku seketika.  "Biar betul! Mamat salleh ni nak datang ke Malaysia? Farah berasa cuak.  Bagaimana kalau betul-betul dia datang dan mahu bertemu dengannya?  Macam mana dia harus berhadapan dengan mat salleh itu?  Dia bukannya fasih sangat berbahasa Inggeris.  Dia lebih mahir menulis dalam bahasa Inggeris daripada bertutur dalam bahasa Inggeris. Farah terus membalas email Moris.  

        “Moris, actually, I'm glad you are coming to Malaysia for a vacation. I never thought that you will come to Malaysia so soon. Anyway, welcome to Malaysia.  The weather here is quite hot, don't be suprise ok? When you arrive at Kuala Lumpur soon, please call me, ok?”
        
  Sebenarnya baru sebulan Farah mengenali Moris Christopher melalui facebook.  Semuanya bermula apabila Moris menghantar permintaan untuk menjadi rakannya.  Setelah mengkaji latar belakang Moris seadanya, Farah terus menerima pelawaan Moris sebagai rakan facebooknya. Sejurus itu, Moris menegurnya melalui 'message inbox'.  Dia memperkenalkan dirinya dengan agak mendalam.   Moris merupakan warga Britain, berusia 35 tahun dan berstatus duda. Moris merupakan seorang pengurus besar di sebuah syarikat minyak dan gas di Britain serta anak tunggal kepada sebuah keluarga berada di Britain. Farah menatap beberapa keping gambar Moris dalam pelbagai gaya yang dikirimnya melalui email. Orangnya memang kacak lagi bergaya. Sebenarnya  Farah sendiri begitu teruja apabila lelaki British itu menjelaskan bahawa dia terpikat pada Farah setelah melihat gambar profil Farah dalam akaun facebooknya.  Entah kenapa, hatinya begitu beria-ria untuk mengenali Farah dengan lebih dekat. Padanya, Farah begitu istimewa di matanya dan ada sesuatu yang unik pada diri Farah yang membuatkan dia benar-benar mahu mengenali Farah. Katanya lagi, mungkin tuhan telah menemukan dia dengan orang yang tepat untuk menjadi sahabatnya.  Dia berharap semoga Farah dapat menghilangkan kesunyian dan kesedihan hatinya selama ini. Kembang kuncup hati Farah apabila membaca pengakuan Moris. Adakah dia sudah jatuh cinta terhadap lelaki British itu? Ah, tak mungkin, hatinya menafikan.  Dia menganggap Moris sebagai sahabat sahaja, tidak lebih daripada itu. Tidak mungkin dia berkahwin dengan lelaki asing. 

  Teringat Farah pada pesanan ibunya yang selalu mengingatkannya setiap kali dia pulang ke kampung.  Pesan ibunya, jika dia mahu memilih pasangan, biarlah pasangannya itu lelaki Melayu dan mempunyai pegangan agama yang kuat, jadi tidak mungkin ibunya akan menerima lelaki bangsa asing sebagai menantunya.  Eh, apalah aku ni, melalut sampai ke situ pulak, Farah tersenyum sendiri.  

      Selama sebulan dia mengenali Moris,  lelaki itu begitu mesra berbicara dengannya dalam ruangan ‘chatting’ mahupun melalui email.  Bahasa yang digunakan lelaki itu sungguh romantis dan mampu mencairkan hati mana-mana perempuan yang membacanya.  Farah tidak menafikan bahawa dia turut merasakannya. Farah juga turut beremosi apabila Moris menceritakan kesedihan dan kesunyiannya setelah bercerai dengan bekas isterinya setahun yang lepas.  Dia begitu kecewa dan hidupnya terumbang-ambing kerana dia sangat mencintai bekas isterinya, tetapi dia tidak menyangka bahawa bekas isterinya itu sanggup curang terhadapnya.  Katanya lagi, sejak itu, hatinya tertutup untuk menerima mana-mana wanita sebangsa dengannya sebagai teman hidup.  

   Sebagai seorang sahabat yang baik dan sangat memahami kelukaan sahabatnya, Farah cuba memujuk Moris, menenangkannya dan memberi nasihat-nasihat yang begitu berguna kepada lelaki itu untuk meneruskan hidupnya. Farah berasa teruja apabila Moris membalas bahawa dia sangat beruntung kerana mengenali Farah yang mampu memahaminya dan menceriakan hidupnya kembali.   Walau apapun, Farah agak terkejut apabila Moris meluahkan perasaan terhadapnya  melalui email.  Farah terpana seketika tatkala membaca luahan hati Moris.  Ayat-ayat yang digunakan oleh Moris untuk menyatakan isi hatinya sungguh sentimental.  Ya Allah, Moris mencintainya dan mahu berkahwin dengannya!  Saat itu perasaan Farah bercelaru.  Dia keliru.  Adakah aku juga mencintainya?  Dia termenung sejenak.  Oh, tidak, tak mungkin, keluh Farah sendiri.  Dia harus berterus terang dengan Moris bahawa dia tidak mencintai Moris.  Farah berhati-hati menulis agar Moris tidak tersinggung dan berasa malu akan penolakannya.  Walau apapun, dia tetap mahu bersahabat dengan Moris.

    “Moris, when ever I read your message, I took a deep breath and I was speechless.  I don't know what to say.  I really don't know what I feel exactly.  Yes, I was so surprised! I really appreciate your feeling towards me.  I am very happy to know how much you love me, but your hopes towards me are too high.  I'm scared if I am unable to full fill your hopes, and you will come out with a broken heart.  You are so perfect, like a prince.  You have everything in your life, handsome, rich, kind-hearted, loving, caring, healthy and so on, and I strongly believe that you will meet your soulmate soon, trust me.  Moris, why not we just be friends. We can be good friends, and it will last forever. And as a good friend, I give you my words. From now on, I will make you happy  and you will never feel lonely anymore. I am the one that you can trust very well. I am the one who will give you a shoulder to cry on. I am the one who will never leave you forever.” 

    Setelah selesai menaip emailnya, Farah membaca semula ayat-ayatnya.  Hmmm, tak over sangatke ni? tanyanya dalam hati.  Setelah berpuas hati dengan tulisannya, Farah menekan butang ‘send’.  Farah agak berdebar-debar menanti balasan daripada Moris.  Apakah reaksi Moris nanti setelah membaca balasannya itu Kecewakah dia?  Farah menunggu agak lama.  Setelah 30 minit berlalu, Moris membalas emailnya. 

    “Honey, I do believe in friendship and understanding.  If we are not fated to be together, we still can remains as friends, more friends the merrier.”

    Farah berasa amat lega setelah membaca balasan ringkas daripada Moris.  Syukurlah Moris dapat menerima penolakannya dengan tenang.  Kini Farah dan Moris masih bersahabat.

                             ****************************

    Pagi itu semasa bersarapan di kantin pejabat, Farah menerima satu panggilan telefon daripada satu nombor yang tidak dikenalinya.  Nombor itu agak pelik, dan sudah tentunya ia bukan nombor dari Malaysia.  Farah terus menjawabnya.  Kedengaran satu suara lelaki di hujung talian. 
           
    “Hello Farah, surprise…, am Moris. I am here in Malaysia.”  Farah terkejut yang amat sangat mendengar suara itu.  Pelat British begitu pekat kedengaran pada suara itu.

   “What? You are here? You really surprised me, Moris.  Anyway, welcome to Malaysia,” jawab Farah lancar.  Wah, tak sangka pula dia bahawa dia boleh bertutur dengan lancar seperti itu! 

        “Where are you now, Moris?

       “At  the arrival hall at the KLIA and still waiting for my luggages.”

     “Moris, where are you going to stay? Have you make any resevation at any hotels? Did you come alone? “

   “Yes, am alone. Am always travel alone.  I will stay at JWW Marriot Hotel at Putra Jaya.  I have a surprise for you, Farah.  I will call you later, bye honey.”

     “Ok, Moris, take care.”

    Farah berfikir-fikir sendiri.  Setelah urusan Moris di lapangan terbang selesai dan  dia ‘check in’ di hotel, pasti Moris mahu menemuinya.  Dia berasa berdebar-debar untuk bertemu  Moris.  Apakah ‘surprise’ yang dikatakan oleh Moris yang dibawanya untuk Farah?  Farah tersenyum.  Hmm, tak sabarnya, mesti sesuatu yang istimewa, telahnya lagi.  Setelah selesai bersarapan, Farah masuk ke pejabat. 

      Lebih kurang pukul 11 pagi, Farah sekali lagi menerima panggilan daripada Moris, namun suara Moris kedengaran cemas di hujung talian.  Moris bercakap terlalu laju dengan pelat Britishnya menyebabkan Farah kurang faham butir-butir kata yang diperkatakan oleh Moris.  Setelah Farah meminta Moris bertenang dan menceritakan semula masalahnya, barulah Farah memahami masalah yang menimpa Moris.  Rupa-rupanya pihak imegresen telah menyita  barang-barangnya.  Farah sungguh terkejut mendengar aduan Moris, tapi kenapa? 

       “I really don’t know.  Farah, please help me. I’m scared,” balas Moris  pendek apabila Farah bertanya sebabnya. Perbualan Moris dan Farah terputus secara tiba-tiba. Tiba-tiba  juga telefon bimbit Farah berdering.  Dia melihat nombor yang tertera pada skrin telefonnya.  Nombor yang tidak dikenalinya.  Farah menjawab telefonnya. Kedengaran satu suara lelaki Melayu di hujung talian.

         “Assalamualaikum, ni cik Farah ya?

          “Ya, saya, siapa yang bercakap ni?” tanya Farah pula.

         “Saya Fahmi dari pejabat imegresen KLIA. Betulkah cik Farah ni kawan Moris Chritopher dari Britain?”                   
           “Ya, kenapa dengan dia?” soal Farah dengan cemas.

         “Maaf cik Farah, lelaki British ni bagi tahu saya supaya bercakap dengan cik.  Saya pun tak berapa nak faham loghat Britishnya. Macam ni cik.  Kawan cik ni bawa duit lebih rm 20k dalam bentuk tunai.  Dia tak declare dalam borang jumlah tersebut.  Bila kami check luggage dia, kami dapati memang ada duit tersebut dalam bentuk tunai. Mengikut undang-undang Malaysia, pelancong asing tak boleh bawa masuk duit tunai lebih daripada RM 10k.  Kalau nak bawa lebih, kena declare. Kalau tak, dia boleh didakwa sebagai penyeludup dan  barang-barangnya akan disita,” ujar lelaki yang bernama Fahmi itu.  Lelaki itu masih lagi bercakap dengan Farah dan kelihatan Farah terangguk-angguk.  Akhirnya Farah terduduk di kerusinya. Farah benar-benar tidak tahu begitu peraturannya kerana dia sendiri tidak pernah melancong keluar negara.

            “Ya Allah, apa dah jadi ni? En, Fahmi, boleh tak saya nak bercakap dengan kawan saya tu?”

              “Boleh, sekejap ya.”

           “Moris, they called me just now.  They told me that you bring too much money in cash and it is against the law here.  The limit is only  RM10 thousand.  Supposely, before you come to Malaysia, you have to declare your money and other valuable things that you bring along to the immigration in your country. Maybe they will call your embassy to report about this case and maybe they have to follow further procedurs."

        “Why don’t you ask them what to do?”

       “I did, but they said they are waiting for the answers from the HQ.  If they find out you are guilty, they will send you back to UK.  Your money and everything valuables will go to the National Bank here, and you will be charge as smuggler. So, you have to hire a lawyer to defend youself.  Ohh Moris, why did you bring so much money?”

     “Please Farah, help me.  They want some money to release my case.  They want rm 10k. Do you have any?  Am promise to pay you double when everything is settled,” rayu Moris di hujung talian. 

     “What?” Farah terkedu.  Dia tidak menyangka sama sekali begitu sikap pegawai imegresen.  Apabila Farah bertanya kepada Fahmi, kenapa Moris harus membayar duit sebanyak itu, Fahmi menerangkan bahawa semua pegawai amat sibuk pada hari itu, jadi jika Moris mahu kesnya dipercepat, dia harus membayar mereka.

        “Kenapa macam ni?.  Ini rasuah namanya!” bentak Farah.

       “Entahlah cik.  Saya ni sorang je, mana mereka nak dengar.  Jadi kalau mat salleh ni nak cepat, terpaksalah bayar.  Kalau tak dia kena masuk lokap dulu sehingga kesnya selesai esok.” 

     “Ya Allah, kasihannya Moris,” bisiknya sendiri.  Farah buntu.  Dia mahu mambantu Moris tetapi dia tidak ada wang sebanyak itu.

      “Moris,  I already called the man in charge.  He said he will see you soon because he is busy right now to settle your case.  Please be patient ok?  Moris, I really want to help you but I dont have that sum of money.  I am not rich like you.  This is not because I am stingy.  Don’t you have any credit cards to withdraw your money?"

       “No honey.  I didn’t bring them  with me.  These men are so bad to ask money from me to release my case.  This is a nightmare, honey.  Am promise to sue them for what they have done to me.  Honey, how much money do you have?  I beg you, please let me borrow it.  I swear I will pay you double!”

      “Moris, I only have RM 5k in my account,” jelas Farah jujur.  Wang itu ialah wang simpanannya yang ada sekarang.  Itulah sahaja simpanannya jika berlaku hal-hal kecemasan.

       “Farah, if you don’t have RM 10k , RM 5k will be alright. They said they will accept RM 5k. Please Farah.  You are my only friend I have here.  Now I am in a big trouble, I beg you Farah, please help me," rayu Moris lagi.  
       
       Farah berasa serba salah.  Dia tidak sampai hati jika Moris terpaksa bermalam di dalam lokap.  Jika kesnya dilaporkan ke pihak imegresen di negaranya, dia akan didakwa sebagai penjenayah.  Kesannya, reputasi dan pekerjaannnya akan turut terjejas. 

          "Alright, Moris.”  Farah akhirnya menyatakan persetujuannya.  Kalau bukan dia, siapa lagi yang akan menolong Moris?  Bukankah dia sudah berjanji akan menjadi sahabat Moris dalam apa-apa jua keadaan pun, dan mungkin ini merupakan ujian dalam persahabatannya, lagi pun Moris sudah berjanji akan memulangkan wangnya secepat mungkin.  

     “Thank you so much honey.  I owe you.  I promise to pay you double  when I go back to UK.”

     “Moris, please be patient ok.  After office hour, I will transfer my money to their account.  They promise to release your luggage then.”

        “Ok, thank you again, Farah.”

      Petang itu selepas waktu pejabat, Farah bergegas ke bank CIMB.  Dia terpaksa mengeluarkan wangnya melalui buku akuan kerana jumlahnya melebihi RM 3k. Setelah itu, Farah pulang ke rumahnya.  Dia mahu menunggu perkembangan kes Moris di rumah sahaja. Sebaik  sahaja dia sampai di rumah, dia terus menelefon Moris.

       “Moris, I asked the officer incharge to buy you some food and he said he has bought a Mc Donald set for you.  Is it true? Please eat them or just take a bite, ok.  You have to eat something.  Please be strong, Moris.  I am so sorry for what was happened.  This is not your fault.  You just dont know the rules. Thats all.  Don't worry, everything will be fine, ok.”

        “Thank you Farah. They did, but I don’t’ have appetite to eat.”

       “Moris, did they release your luggage as they promised?”

      
        “They are still process with the form.”

       “Moris, I could not imagine if this happen to me.  I feel sorry for you. For sure you are very tired and feel uncomfortable.  I hope everything  will be fine. I’m worried about you. I keep thinking about you. Moris.”

       “Honey, dont worry. I promise, once I am release, I will pay back your money.”

      “Moris, please stop thinking that I am worried about my money.  No, no, I am worried about you! I am worried about your safety! This is your first trip to Malaysia and you have a very bad experience. I am so sorry for what was happened to you.”

      “Yes honey, I know you are worried about me. I am safe here. The people are very nice to me.”

       Petang itu, Moris menelefon Farah untuk memberitahu Farah bahawa kesnya sudah selesai dan dia akan pulang ke Britain pada malam itu juga untuk menyelesaikan masalahnya itu dengan pihak imegresen di negaranya.  Di berjanji bahawa dia akan datang semula ke Malaysia untuk bertemu Farah dan memulangkan wang Farah yang dipinjamnya.  Farah hanya mampu berdoa agar semuanya dipermudah oleh Allah.

   Malam itu sebelum Farah melelapkan mata, dia termenung.  Dia masih lagi berfikir tentang hal yang terjadi kepada Moris hari itu.  Setelah agak lama berfikir, dia seperti teringat sesuatu.  Dia berasa pelik akan peristiwa yang berlaku siang tadi.  Baru dia perasan, bagaimana Moris boleh pulang secepat itu? Adakah tiket kapal terbang ke UK pada malam itu? Kenapa Moris tidak menelefon keluarganya di Britain untuk menyelesaikan masalah di lapangan terbang tadi?  Kenapa begitu banyak wang yang diminta oleh pihak imegresen? Kenapa dia tidak pergi ke lapangan terbang petang tadi dan berjumpa dengan Moris atau Fahmi? Banyak lagi persoalan yang muncul dalam kepalanya yang tidak mampu diberikan jawapan.  

       Tiba-tiba Farah mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon Moris.  Hanya bunyi beep yang panjang kedengaran di telinga Farah.  Farah mencuba beberapa kali namun masih sama.  Farah cuba pula mendail nombor telefon yang digunakan oleh Fahmi.  Tiada jawapan.  Farah mencuba lagi, namun masih tiada jawapan. Farah termenung semula. Dia berasa tidak sedap hati. Akhirnya Farah meletakkan telefon bimbitnya kembali di atas meja di sisi katilnya. Farah kemudiannya menarik selimut. Dia mahu tidur kerana dia sudah mengantuk.  Dia berharap Moris akan menelefonnya esok.  

       Esoknya, tepat jam 9.00 pagi, Farah menelefon Fahmi. Beberapa kali dia mencuba tetapi tiada jawapan.  Farah mencuba pula nombor Moris.  Sama juga. Yang kedengaran hanya bunyi beep yang panjang.  Farah mulai resah.  Dia termenung panjang.  Dia kembali berasa tidak sedap hati. Akhirnya dia mendail nombor operator lalu meminta nombor pejabat imegresen KLIA.  Setelah itu dia mendail nombor tersebut dengan penuh debaran.

     “Hello, pejabat imegresen KLIA, boleh saya bantu?”  kedengaran satu suara di hujung talian.  Suara seorang  lelaki.
          “Hello, saya Farah Abdul Rahman, saya nak tanya, ada tak pihak imegresen menahan seorang lelaki warga Britain semalam kerana mempunyai masalah bagasi?” tanya Farah resah.

        “Tak ada cik. Untuk pengetahuan cik, pihak imegresan tidak ada kuasa untuk menahan sesiapa pun.  Pihak yang berkuasa menahan penumpang yang mempunyai masalah bagasi ialah pihak kastam,” ujar pegawai imegresen itu.

           “Boleh saya tanya, kenapa ya cik?”

       Dalam keadaan serba salah, Farah menceritakan segala-galanya kepada pegawai tersebut. 

         “Maaf cik, saya rasa cik dah kena tipu.  Dah banyak kes macam ni berlaku dan dah ramai yang jadi mangsa, kebanyakannya wanita. Kenapa cik tak telefon kami terlebih dahulu sebelum transfer duit cik ke akaun mereka?”

          “Entahlah, saya dah panik masa tu sebab risaukan dia, lagi pun saya mati-mati ingat memang lelaki yang mendakwa dirinya Fahmi tu seorang pegawai imegresen,” jawab Farah agak lemah.

      “Untuk pengetahuan cik, sebarang urusan yang berkaitan dengan kerja, semua badan kerajaan menggunakan nombor pejabat, bukannya nombor persendirian."  

         Farah mengeluh mendengar penerangan pegawai yang memperkenalkan dirinya sebagai Rizal itu.  Kenapa dia begitu bodoh sehingga begitu senang ditipu? Air matanya menitik apabila dia terkenang duitnya sebanyak RM 5 ribu yang disimpan  itu lenyap sekelip mata.

      “Cik, saya nasihatkan cik supaya buat report di balai. Saya rasa mereka ni bekerja dalam kumpulan.  Secara peribadi, saya sangat bersimpati pada cik,” ujar Rizal lagi.
  
     “Yalah, terima kasih encik Rizal kerana sudi membantu,” balas Farah.

        “Sama-sama.”

    Farah termenung lagi.  Dia mengutuk dirinya sendiri kerana terlalu naïf dan terlalu senang diperdaya.  Itulah kelemahan dirinya.  Farah berfikir lagi sama ada mahu membuat laporan atau tidak.  Akhirnya dia mengambil keputusan untuk membuat laporan di balai polis walaupun dia yakin dia tidak mungkin akan mendapat duitnya semula. 

     Sejak itu, Farah masih mendail nombor Moris dengan harapan lelaki itu terbuka hatinya untuk menjawab panggilannya, namun Farah terus hampa.  Dia juga menulis email kepada Moris dan menuntut wangnya dikembalikan.

     “To Moris Christopher or what ever your name is!  You know, I am very very fool.  Fool enough to trust someone like you. I never thought that I have been cheated by someone that I trust so well. Your acting as a lonely rich man from UK is wonderful, so real and marvellous. Well done to you and your team! Ohh my, it is only a game to cheat people who are really very kind-hearted like me!

     Setelah sebulan berlalu dan tiada balasan daripada Moris, akhirnya Farah yakin semua yang berlaku itu merupakan ujian Allah terhadapnya dan duit lima ribu itu memang bukan rezekinya.  Farah redha, namun dia akan lebih berhati-hati pada masa hadapan.  Itulah janjinya pada dirinya sendiri.







Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

Friday, November 29, 2013

Cinta Bahasa Badan...


Indahnya cinta
bukan sekadar sebuah ucapan
jauh sekali pada sentuhan
ia terbit dari hati
tersimpan dalam jiwa
terlukis pada senyuman
tergambar pada lirikan

Rindu meresahkan
menyesak dada
rasa tak keruan
sakit, namun membahagiakan

Terhapus  rindu yang bergelora
hanya dengan sebuah renungan
yang menikam kalbu

Bibir tak mampu mengungkapkan 
namun hati mengerti
itulah cinta
terjemahan bahasa badan...






Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

Bukan Kerana Benci...

       


         Dahlia berdiri longlai di muka pintu rumahnya. Hatinya penuh mengharap agar kelibat Haris muncul di depannya. Doanya tidak lekang dari bibir.  Sesekali air matanya tumpah dan mengalir deras di pipi.  Dibiarkannya sahaja.  Dahlia memandang pekat malam tak berbintang dengan harapan yang menggunung.   Sesekali Dahlia teresak-esak.  Segala rasa bersatu di dalam hati.  

         "Haris, baliklah sayang..." rengek Dahlia sendiri dalam sendu.  Dia tidak mampu membayangkan di mana Haris tidur malam ini.  Sudah makankah dia?  Solatkah dia?   Macam-macam soalan menerpa mindanya.  Dahlia memandang jam di dinding.  Jam menunjukkan pukul 11.30 malam.  

         Dahlia masuk ke bilik air untuk mengambil wuduk.  Dia mahu solat hajat agar Haris pulang dengan selamat.  Dahlia menangis dalam sujud, memohon Allah membuka hati Haris untuk pulang ke rumah.  Setelah itu, Dahlia kembali ke muka pintu, menunggu Haris dengan penuh harapan. Dahlia mengintai Johan di dalam bilik.  Johan sudah berdengkur.   Senang sungguh lelaki itu tidur.  Anak tidak pulang selamba sahaja, desis Dahlia di dalam hati. Sebelum masuk tidur, Johan menukar mangga kunci gril.  Apabila Dahlia bertanya sebab dia berbuat demikian, dengan nada tinggi Johan menjawab, "Kalau dia balik, biar dia tidur di luar, biar dia rasakan."   Jawapan Johan merisaukan hati Dahlia.   "Sampai hati, abang," bisik Dahlia perlahan.  Air matanya menitik lagi.  Hatinya benar-benar bimbang. Kalaulah Haris pulang dan dia tidak dibenarkan masuk, pasti Haris akan pergi semula. Tidak,  Dahlia tidak mahu perkara itu berlaku.  Dalam diam, tanpa pengetahuan Johan, Dahlia menukar semula mangga kunci gril kepada mangga asal dengan tangan terketar-ketar.  Dia takut Johan terjaga.  Setelah itu, Dahlia duduk bersimpuh di muka pintu. Hatinya tidak putus- putus berdoa agar Haris pulang ke rumah.  Air matanya terus mengalir sambil bibirnya menyeru nama Haris.  

         Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi, namun Dahlia masih setia di muka pintu.  Mata Dahlia terasa berat. Kepalanya pula terasa berdenyut-denyut. Tiba-tiba Johan keluar ke ruang tamu.  Dahlia hanya memandang Johan tanpa kata. Johan terus menghempaskan badannya di atas sofa panjang. Dia terus memejamkan mata, menyambung tidurnya.   Hati Dahlia berasa sedikit terubat melihat Johan. Rupa-rupanya Johan juga risau akan Haris dan sanggup menemaninya di ruang tamu.  Kemudian, muncul pula Miasara, anaknya yang paling bongsu di ruang tamu.  Si kecil itu juga mahu menunggu kepulangan Haris. Miasara tidur di hadapan tv.  Dahlia kemudiannya menutup pintu lalu berbaring di sebelah Miasara sambil mengusap rambut si kecil.    Akhirnya Dahlia turut terlena di samping Miasara.

        Dahlia tiba-tiba terjaga apabila terdengar suara azan subuh dari masjid di belakang rumah. Kepalanya kembali berdenyut.  Sambil berselawat, perlahan-lahan Dahlia bangun dan duduk di atas sofa. Dia memandang jam dinding.  Jarum jam menunjukkan pukul 5.35 pagi.  Tiba-tiba Dahlia teringatkan Haris.  Hatinya kembali  risau dan sedih, manakala tubuhnya kembali longlai.  Haris tak pulang!  Dahlia membuka pintu, menjeguk ke luar  rumah. Air matanya kembali menitis.  "Haris," rintih Dahlia.  Mungkin terkejut dengan bunyi pintu yang dibuka, Johan terjaga. Dahlia memandang wajah Johan dengan linangan air mata. Johan terus bangun dan menuju ke dalam bilik.  Johan kemudian masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Setelah Johan keluar dari bilik air, Dahlia pula masuk ke bilik air. Johan dan Dahlia solat subuh berjemaah. Setelah selesai solat subuh, Dahlia menangis lagi sambil berdoa. Johan mengejutkan anak-anak yang lain.

     "Abang,"...seru Dahlia dalam sendu.  Johan memandang Dahlia tanpa kata. 

      "Abang, kalau Haris tak pulang juga tengah hari nanti, kita buat report polis ya, bang."  Johan tidak menghiraukan kata-kata Dahlia.  Air mata Dahlia semakin deras mengalir.

       "Abang..." seru Dahlia lagi.

    "Yalah...," jawab Johan acuh tak acuh.  Johan sebenarnya lemas melihat air mata Dahlia.  Dia tahu Dahlia terlalu risau.  Dia juga sebenarnya risau tetapi dia lelaki dan dia tidak boleh menangis kerana perkara itu. 

         "Abang, Lia tak pergi kerja hari ni.  Kepala Lia sakit, lagi pun Lia nak tunggu Haris pulang."

             Hati Johan belas melihat  wajah isterinya.  Mata Dahlia bengkak dan mukanya kelihatan sembab. Johan tahu dan sedar bahawa Dahlia menangis sejak malam tadi. Memang patutlah kalau Dahlia sakit kepala kerana dia asyik menangis sejak semalam.

                 "Yalah," jawab Johan ringkas.

     Pagi itu Johan dan anak-anaknya ke pejabat tanpa bersarapan.  Biasanya Dahlia akan menyediakan sarapan untuknya dan anak-anak, tetapi pagi itu Dahlia tidak menyediakan apa-apa.  Johan akur Dahlia sedih dan tidak ada hati untuk menyediakan sarapan. Setelah itu Johan menghantar  anak-anak ke sekolah.

      Setelah kelibat Johan dan anak-anaknya sudah tidak kelihatan, Dahlia kembali termenung di muka pintu.  Dahlia menangis lagi sambil menyeru nama Haris.  Dia tidak mampu berfikir bagaimana keadaan dan nasib Haris di luar sana.  Mungkinkah haris diculik oleh penjahat? Pelbagai soalan muncul di benaknya.

         "Ya Allah ya Tuhanku, selamatkan Haris walau di mana dia berada.  Bukakanlah hatinya agar dia pulang ke rumah."  Dahlia berdoa lagi tanpa henti.  Dahlia berasa kepalanya semakin kuat berdenyut.  Dahlia menyapu minyak angin di kepalanya kemudian berbaring di atas katil.
Jam menunjukkan pukul 8.00 pagi.  Dahlia mencapai telefon bimbitnya di atas meja solek. Dahlia  menelefon pejabatnya dan memberitahu bahawa dia cuti sakit pada hari itu. Setelah itu Dahlia termenung sambil memandang telefon bimbitnya. Perlukah dia menelefon ibu dan ayahnya di kampung dan memberitahu perkara itu kepada mereka? Tidakkah nanti perkhabaran itu akan merisaukan mereka? Dahlia berkira-kira sendiri.  Akhirnya Dahlia membuat keputusan untuk memberitahu mereka tentang Haris. Bukan niatnya untuk merisaukan mereka, tetapi Dahlia memerlukan doa daripada mereka agar  Haris pulang ke rumah.  

             Sambil berkisah tentang Haris kepada ibu dan ayahnya, air mata Dahlia tumpah lagi.  Hajah Fatimah dan Haji Zainal banyak menasihati dan menyabarkan Dahlia. Mereka menyuruh Dahlia berdoa tanpa henti, solat sunat hajat dan membaca al-Quran.  Mereka juga berjanji untuk solat hajat dan mendoakan Haris  agar Allah membukakan hati Haris untuk pulang ke rumah. Setelah bercakap dengan ibu bapanya, hati Dahlia berasa sedikit tenang.  Tidak beberapa lama kemudian, kakak, abang dan adik Dahlia menelefon Dahlia untuk bertanya khabar tentang Haris sambil menenangkan Dahlia. Kata-kata nasihat dan pujukan mereka menyebabkan Dahlia kembali bersemangat. Dahlia begitu bersyukur kerana mempunyai ibu bapa dan adik beradik yang prihatin akan masalahnya. Setelah selesai berbual dengan mereka, Dahlia mengerjakan solat hajat dan berdoa lagi dengan linangan air mata.  Hatinya tak pernah henti berdoa untuk Haris.

       Dahlia keluar ke ruang tamu.  Dia membuka pintu sambil memandang ke luar rumah.  Setiap kali dia memandang ke luar rumah, hatinya berasa sangat sayu. Tidak kelihatan kelibat Haris.  Tiba-tiba Dahlia terasa hendak termuntah.  Kepalanya juga semakin berat.  Dia terus ke dapur mencari panadol namun gagal. Yang ada hanya 'ponstant'. Dahlia terlebih dahulu makan sekeping roti yang dicicah air milo sekadar untuk mengalas perut sebelum menelan sebiji ponstant. 'Tak kisahlah apa pun, yang penting sakit kepalanya dapat dikurangkan,' bisiknya di dalam hati.  Dahlia kembali ke ruang tamu dan dia terus berbaring di atas sofa panjang.  Dia harus tidur sekejap agar sakit kepalanya hilang.  Sambil termenung, Dahlia terkenang semula peristiwa pagi semalam sebelum Haris keluar dari rumah.  

         Pagi Ahad itu, entah macam mana, dia bertanyakan kad pengenalan Haris.  Haris menjawab acuh tak acuh. Tiba-tiba juga Johan yang mendengar perbualannya dengan Haris menyuruh Haris mencari kad pengenalannya pada waktu itu juga.  Haris masih bersikap acuh tak acuh sambil menjawab dengan nada suara yang agak tinggi bahawa dia akan mencarinya nanti. Jawapan Haris memang agak kasar. Dahlia berasa panas hati dengan jawapan Haris kerana tidak lama lagi Haris akan menduduki peperiksaan PMR.  Kalau kad pengenalannya hilang, macam mana, sedangkan Haris baru sahaja menukar kad pengenalan baharu. Sejak beberapa hari kebelakangan ini, dia selalu berasa panas hati dengan sikap Haris. Pagi itu merupakan kemuncaknya apabila Johan masuk campur dan turut memarahi Haris kerana sikap Haris seolah-olah mencabar kesabaran Johan. Johan mungkin sedikit mengasari Haris tetapi tidaklah sampai mengangkat tangan ke muka Haris. Dahlia melihat Haris menangis.  Dahlia cuba menyabarkan Johan lalu Johan dan Dahlia meninggalkan Haris di dalam biliknya.

       Dahlia terus ke dapur untuk menyiang ikan dan membersihkan lauk pauk yang baru dibeli oleh Johan dari pasar.  Johan kemudiannya memberitahu Dahlia bahawa dia, Miasara dan Hairi mahu ke kedai buku di pekan. Setelah itu, Dahlia menjenguk Haris di dalam biliknya.  Dia melihat Haris masih menangis di dalam bilik.  Timbul rasa menyesal di dalam hati Dahlia kerana peristiwa sebentar tadi.  Dia kemudiannya memujuk Haris sambil menyuruh Haris mencari kad pengenalannya segera.  Setelah itu, Dahlia menyambung kerjanya di dapur.

         Setelah Dahlia siap memasak, dia ke bilik Haris.  Haris tiada di dalam bilik.  Dahlia mencari Haris di seluruh rumah tapi kelibat Haris tidak kelihatan.  Tiba-tiba hati Dahlia berasa cemas.  Dahlia bertanya tentang Haris kepada Fathiah yang sedang menyiapkan kerja sekolah di meja di ruang makan.  Fathiah memberitahu Dahlia bahawa Haris baru sahaja keluar dari rumah. Menurut Fathiah lagi,  Haris membawa beg sandang, beberapa buah buku dan bekas pensil. Fathiah fikir Haris sudah memberitahu Dahlia bahawa dia hendak keluar. Dahlia memandang jam dinding. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengh hari.  Biasanya Haris akan pergi ke masjid di belakang rumah untuk belajar bersama-sama kawan-kawannya. Begitulah rutin Haris pada setiap hujung minggu. Dahlia berasa lega apabila memikirkan bahawa Haris keluar untuk belajar, namun hatinya sedikit panas kerana Haris tidak memberitahunya sebelum keluar dari rumah.  

            Setelah Johan pulang, Haris masih belum pulang. Dahlia sekeluarga menikmati hidangan  tengah hari tanpa Haris.  Dahlia pada mulanya menyuruh Hairi menjemput Haris pulang untuk makan tengah hari bersama-sama namun menurut Johan, biarlah Haris belajar, nanti kalau dia lapar, tahulah dia untuk pulang. Setelah makan tengah hari, Dahlia dan Johan serta Miasara mahu menghantar Haikal ke stesyen bas.  Haikal akan pulang ke UITM. Semasa berada di stesyen bas Pudu, Dahlia menelefon Fathiah di rumah untuk bertanya tentang Haris.  Fathiah memberitahunya bahawa Haris masih belum pulang.  Hati Dahlia mula risau. Dia melaporkannya kepada Johan tetapi tiada respon daripada Johan. Dahlia memujuk hatinya sendiri.  Petang itu setelah pulang dari stesyen bas, Haris masih belum pulang juga.  Hati Dahlia semakin risau.  Dia sudah berfikir macam-macam, namun Johan tetap tenang.

       Akhirnya apabila azan maghrib berkumandang, dan Haris masih juga tidak pulang, Dahlia mula tidak keruan. Johan dan Hairi mula mencari Haris di masjid namun kelibat Haris tidak kelihatan.  Selepas solat maghrib, Johan dan Hairi mencari Haris lagi, kali ini dengan bantuan Abang Rahim, jiran sebelah rumah.  Mereka mencari Haris di masjid, di seluruh taman perumahan, cafe cyber dan bertanya kepada rakan-rakan Haris yang dikenali, namun Haris gagal ditemui. Sejak itulah Dahlia mula menangis hinggalah hari ini.


               ***************************************************

            Dahlia terlena agak lama di atas sofa.  Tiba-tiba dia terjaga apabila terdengar suara orang memanggil dari luar rumah.  Hati Dahlia berbunga riang. Hariskah itu? Dahlia mengerling jam di dinding.  Pukul 11.15 minit pagi. Dahlia menjenguk ke luar, rupa-rupanya Bangla jual carpet. Harapannya musnah berkecai. Lemah longlai tubuhnya.  Dia terduduk di muka pintu.  

              "Haris, baliklah sayang," rintih Dahlia dalam sendu. 

                Tengah hari itu Johan pulang. Seperti yang dijanjikan dengan Dahlia, mereka akan membuat laporan polis tentang kehilangan Haris.  Sudah 24 jam berlalu dan Haris masih belum pulang, maka mereka boleh membuat laporan. Dahlia bersiap seadanya sebelum keluar.  Dia melihat wajahnya di cermin. Matanya bengkak dan mukanya sembab serta pucat. Tengah hari itu hujan turun agak lebat. Sebelum ke balai polis, Dahlia singgah di klinik untuk berjumpa doktor.

      Di balai polis, Johan memberi keterangan tentang kehilangan Haris.  Dahlia cuma memerhati dan mengangguk-angguk apabila pegawai polis yang mengambil keterangan itu membaca semula laporan tersebut kepada Johan dan Dahlia.  Pegawai polis itu meminta Johan dan Dahlia datang semula ke balai polis pada petang itu untuk berjumpa dengan Inspektor Azlina yang akan mengambil kes Hairi.  Seperti yang dijanjikan, pada pukul 3.30 petang, Johan dan Dahlia kembali ke balai polis untuk berjumpa Inspektor Azlina.  Setelah mengambil keterangan yang lebih terperinci daripada Johan dan Dahlia, Inspektor Azlina berjanji akan mencari Haris.  Menurut Inspektor Azlina, biasanya remaja lelaki yang lari dari rumah akan pulang semula ke rumah dalam masa dua tiga hari.  Mereka lari dari rumah hanya kerana hal yang remeh temeh seperti dimarahi ibu bapa.  Mereka juga tidak pergi jauh kerana mereka hanya keluar sehelai sepinggang.  Mereka akan pulang ke rumah kerana mereka tiada hala tuju. Dahlia sangat lega mendengar penerangan Inspektor Azlina. Dalam hatinya, dia terus berdoa agar Haris pulang secepat mungkin.  Sebelum Johan dan Dahlia beredar, Inspektor Azlina sempat berpesan kepada Johan dan Dahlia agar memberitahunya jika Haris pulang.  Kes Haris akan dibatalkan jika dia pulang dan meminta Johan agar membawa Haris berjumpa dengannya.   

       Petang itu semasa Dahlia melipat kain, dia terdengar pintu gril dibuka.  Hatinya berdebar-debar.  Dia cepat-cepat ke pintu.  Hatinya kecewa.  Yang pulang bukan Haris, tetapi Hairi.  Hairi baru pulang dari masjid.  Hairi seperti faham akan perasaan ibunya yang mengharap Haris yang muncul di muka pintu.   Dia tidak berkata apa-apa lalu terus masuk ke dalam bilik. Selepas itu dia meminta izin daripada Dahlia untuk keluar bermain bola di padang. Dahlia hanya mengangguk lemah.  Dahlia menyambung kerjanya melipat kain.  Kira-kira pukul 6.30 petang, sewaktu  Dahlia sedang memasak di dapur, dia terdengar pintu gril dibuka.  Dahlia tidak terburu-buru menjenguk ke ruang tamu kerana fikirnya Hairi yang baru pulang dari padang.  Tiba-tiba Dahlia terpandang Haris yang baru masuk ke dalam biliknya.  Dia sangat terkejut namun gembira.  Dia berkali-kali memanjat syukur kepada Allah kerana Haris telah pulang dengan selamat.  Dahlia meluru ke arah Haris.  Haris kelihatan letih. Dahlia mahu bertanya banyak soalan kepada Haris namun disabarkan hatinya apabila dia teringat pesanan ibunya agar tidak terus menanyakan pelbagai soalan kepada Haris jika dia pulang.  "Biarkan dia tenang terlebih dahulu," pesan Hajah Fatimah pagi tadi. Dahlia memeluk Haris tapi tiada respon daripada Haris.  

            "Haris dah makan?" tanya Dahlia lembut.

            "Belum," jawab Haris pendek sambil mencapai tuala.

           "Haris mandi dulu, lepas tu Haris makan ya," pujuk Dahlia lagi.  Haris hanya mengangguk.

             "Haris pergi mana sebenarnya?"

              "Masjid." 

           Dahlia mahu bertanya lagi tapi dipujuk dirinya sendiri agar bersabar. Biarkan Haris mandi, makan dan bertenang dulu, bisiknya sendiri.  Dahlia kemudian menelefon Johan dan memberitahu Johan tentang kepulangan Haris.  Johan berpesan kepada Dahlia supaya tidak membenarkan Haris keluar semula walaupun ke masjid.  Dia akan pulang segera dan akan membawa Haris ke balai polis untuk berjumpa dengan Ispektor Azlina.  Dahlia juga menelefon ibu, ayah, kakak, abang dan adiknya untuk memberitahu khabar gembira itu.  Alhamdulillah, itu respon mereka semua. Sementara menunggu kepulangan Johan, Dahlia mengambil kesempatan bertanya segala-galanya kepada Haris, namun Haris menjawab ringkas sahaja.  

        "Sabarlah wahai Dahlia," Dahlia memujuk hatinya sendiri.

           Setelah Johan pulang dan membersihkan diri, Dahlia dan Miasara mengikut Johan dan Haris ke balai polis untuk berjumpa Inspektor Azlina. Inspektor Azlina meminta Johan dan Dahlia menunggu di luar biliknya kerana dia mahu bercakap dengan Haris seorang diri.  Kedengaran suara Inspektor Azlina yang kadang-kadang tinggi, kadang-kadang rendah bertanya itu dan ini kepada Haris. Agak lama juga perbualan antara Inspektor Azlina dengan Haris.  Tidak lama kemudian, Haris keluar dari bilik Inspektor Azlina diiringi Inspektor Azlina.

            "Puan, Haris beritahu saya dia keluar dari rumah sebab encik dan puan selalu memarahi dia tanpa sebab. Katanya puan dan encik tak sayangkan dia."  Air mata Dahlia tumpah lagi.  Dia sedih mendengar pengakuan Haris.  

     "Awak tahu tak Haris, kalau emak dan ayah awak tak sayangkan awak, mereka tak akan buat laporan polis. Mereka marah awak tentu bersebab.  Awak tengok muka emak awak, mata emak awak bengkak sebab menangis. Kalau emak awak tak sayangkan awak, dia tak akan kisah awak lari dari rumah.  Saya bagi amaran kepada awak, lain kali kalau awak buat lagi perkara ini, kami tidak akan teragak-agak akan masukkan awak ke dalam lokap.  Nasib baik awak balik sebelum kami buat gerakan mencari awak esok, kalau tidak pasti perkara ni akan jadi lebih rumit." Haris hanya menunduk dan mengangguk sekali sekala.

       "Sekarang, pergi minta maaf dengan emak dan ayah awak," arah Inspektor Azlina.  Haris akur.  Dia melutut di hadapan Dahlia sambil memohon maaf.  Dahlia memeluk erat Haris sambil menangis. 

         "Haris, mama dan papa tak pernah bencikan Haris.  Kami sayang semua anak-anak kami.  Mama dan papa dah maafkan Haris tapi Haris kena janji dengan mama dan papa yang Haris tak akan buat macam lagi ya."  Dahlia mengusap kepala Haris.  Haris mengangguk.  Dia juga turut menangis. Kemudian Haris meminta maaf daripada Johan pula.  Johan memeluk Haris erat-erat.

           "Terima kasih, Inspektor.  Kami pulang dulu."
Inspektor Azlina tersenyum sambil mengiringi Dahlia, Johan, Miasara dan Haris keluar dari biliknya.

           Dahlia berjanji dengan dirinya sendiri bahawa dia tidak akan berkeras lagi dengan anak-anaknya.  

              "Terima kasih, Allah," ujarnya sambil menadah tangan.

             

                





         



        



        
    

Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

Wednesday, November 27, 2013

Pensyarah VS Guru...



Assalamualaikum....


      Semalam saya terbaca satu artikel yang panjang lebar yang ditulis oleh seorang Profesor Jusa B dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam, yang mungkin mewakili suara para pensyarah lain keseluruhannya.  Artikel tersebut adalah tentang ketidakpuasan hati beliau dan para pensyarah lain kerana tiada pelarasan / penstrukturan semula gaji pensyarah.  Dalam artikel itu, beliau menulis tentang beban tugas pensyarah yang sangat mencabar dan berat, malah membandingkan beban tugas pensyarah dengan beban tugas guru yang menurut beliau beban tugas pensyarah lebih berat daripada beban tugas guru, tetapi guru menerima gaji lebih tinggi daripada pensyarah, dan menurut beliau perkara ini sangat tidak adil.  Ada pula komen-komen yang memperlekeh pekerjaan guru.  

       Saya termenung sejenak.  Saya faham masalah mereka walaupun saya hanya seorang guru.  Jika benar-benar mahukan kenaikan gaji, 'buatlah sesuatu'. Saya tidak mahu menyenaraikan beban tugas guru kerana bagi saya, setiap pekerjaan ada cabaran tersendiri. Hanya mereka yang mengalaminya yang memahami beban tugas masing-masing. Janganlah diperlekeh pekerjaan guru atau pekerjaan orang lain hanya kerana mahu mendapat pembelaan dan pengiktirafan. Tidak baik begitu. Kenapa kami harus dipersalah jika menerima gaji yang lebih tinggi? Mungkin itu sudah rezeki kami. Mungkin kesatuan pensyarah tidak begitu kuat untuk memaksa kerajaan berbuat 'sesuatu' tentang gaji pensyarah.  Jadi bersatulah wahai golongan pensyarah agar suara anda didengar oleh kerajaan. Tidak berapa lama dahulu golongan guru juga menjadi mangsa ketidakpuasan hati para doktor.  Kasihan kami golongan guru.  Kami tidak bersalah apa-apa kepada anda. Yang pastinya, kami mendidik anak-anak doktor dan juga pensyarah dengan penuh dedikasi seperti kami mendidik anak-anak petani, buruh dan nelayan tanpa sebarang prejudis.

- Kita sama-sama pendidik.







Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

Saturday, October 5, 2013

Pasrah...


Pesananmu telah kubaca
kau mohon kemaafan
atas segalanya
antara kita

Aku maklumi
aku mengerti
aku juga begitu
sudah lama hati memaafkan
namun tak daya aku menulis
membalas pesananmu

Semoga kau mengerti
kita tak akan kembali berteman
seperti dahulu
bukan kerana dendam
bukan kerana benci
itu mahuku
biarkan aku 
tak perlu lagi menyapa
simpan sahaja senyummu untuk yang lain
aku pasrah begini
kerana 
begini lebih baik untuk kita
dan kerana aku tahu
aku tak layak berteman denganmu

Kudoakan dirimu dirahmati-Nya selalu
terima kasih atas persahabatan
suatu waktu dahulu....


Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

Wednesday, September 4, 2013

Hipokrit...



           Tatkala terpandang caranya tanpa sengaja, tergiang-giang baris-baris ayat yang pernah diucapkan kepada saya dahulu..."maaf, saya hanya bercakap apabila ditegur terlebih dahulu....dan saya hanya bercakap pasal kerja sahaja.."  Ohhh, sungguh HIPOKRIT!!! 



         Mahu berubah? Kelihatannya tidak kekal dan bersifat sementara sahaja.  Hanya saya yang disisih...tak mengapa, saya redha.  Kini saya lebih mengerti, mungkin semuanya sekadar alasannya untuk menghindari saya kerana saya TIDAK LAYAK menjadi sahabatnya...

Terima kasih atas segalanya.....

Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

Wednesday, June 26, 2013

Warkah Cinta...


Assalamualaikum....

               Secara kebetulan semasa saya sedang membincangkan tajuk variasi bahasa dengan pelajar-pelajar saya pagi tadi sewaktu berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran BM di dalam kelas, saya ada menyebut tentang penggunaan panggilan-panggilan hormat yang melambangkan bahasa halus.  Antaranya ialah panggilan kekanda, adinda, bonda, ayahnda, nenda dan sebagainya, selain bahasa istana.  

           Tiba-tiba saya teringat pengalaman saya menulis surat dahulu, lalu saya bercerita kepada pelajar-pelajar saya bahawa saya selalu menulis surat kepada ibu saya sewaktu saya belajar di universiti.  Panggilan hormat yang saya gunakan di dalam surat tersebut  untuk merujuk ibu saya ialah 'bonda'.  Saya juga sering menulis surat kepada bapa dan ibu saudara saya yang tinggal di Johor dan Kuala Lumpur pada waktu itu dan merujuk mereka dengan panggilan 'ayahnda dan bonda'  juga. Saya masih ingat, kandungan isi surat saya begitu sopan dan saya menggunakan bahasa formal dengan ejaan lengkap  namun bersifat mesra.  Apabila mengenangkannya, saya berasa agak bangga (bukan riak) kerana saya sudah menggunakan bahasa yang baik sejak zaman persekolahan lagi.  Jadi tak hairanlah kalau saya akhirnya menjadi guru bahasa Melayu, kan?

            Tiba-tiba saya juga teringat bahawa saya pernah menulis surat cinta kepada jejaka hati saya sepanjang saya berada di Perlis. Maklumlah, dulu manalah ada telefon bimbit untuk kami bermesej-mesej, jadi terpaksalah kami berhubung melalui surat. Saya berada di sana kurang lebih dua bulan kerana membuat latihan mengajar  (LM2) pada waktu itu.   Setiap kali saya menulis surat, saya akan bercerita segala-galanya kepada beliau, kerana dengan berbuat demikian, kerinduan saya terhadap beliau terubat.   Memang saya sendiri tidak percaya bahawa saya boleh menulis hingga 10 muka surat setiap kali saya menulis surat kepada beliau, dan saya memaksa beliau membalas 10 muka surat juga kepada saya.  Walaupun pada awalnya beliau tidak mampu, namun beliau berusaha demi cinta beliau terhadap saya.  Ahirnya, beliau berjaya juga memenuhi permintaan saya. 

           Sebenarnya bukan isi surat atau kisah cinta kami yang hendak saya tulis di sini.  Saya sekadar berkongsi cerita dengan pelajar-pelajar saya bahawa pada waktu itu, walaupun saya hanya menulis surat cinta, namun saya menggunakan bahasa yang gramatis dengan ejaan yang lengkap.  Selain itu, saya juga memfailkan semua surat cinta kami sebagai bahan dokumentasi sejak dulu, hahahaha..(rujuk gambar hiasan).  Saya mengamalkan sistem 'failing' sejak dulu dan saya sangat cerewet tentangnya.  Oleh sebab itu jugalah saya mendidik pelajar-pelajar saya mengamalkan sistem 'failing'  yang sama untuk subjek bahasa Melayu.  Fail yang lengkap, rapi dan mempunyai indeks. Mungkin kerana teruja mendengar cerita saya, pelajar-pelajar saya meminta saya membawa surat-surat tersebut ke sekolah kerana mereka mahu membaca surat-surat saya itu.  Oh tidak!  Saya fikir, cukuplah sekadar saya memuat naik gambar surat-surat saya itu di sini sebagai bukti.  Harap mereka berpuas hati...:D


Wassalam....
            

             

Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

Jerebu...


Siang jadi kelam
malam jadi hitam
hela nafas tak puas
dada bagai dihimpit
mata pedih berair
kepala pening kadang berdenyut
tekak mual meloya
itulah penangan jerebu

Sekolah cuti
anak-anak seronok
mak bapak bising
anak-anak siapa nak jaga?

Jerebu di Kuala Lumpur salah siapa?
padan muka, kata mereka...
asap pulang kepada tuan
sindiran atau hakikat?
atau sekadar alasan untuk menyorok tangan...

Bumi makin tenat
dek tangan yang rakus 
membakar segala yang tumbuh
meranap segala yang tegak
bumi merintih
menunggu ajal yang kian mendekat
namun tak siapa yang cakna

















Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

Saturday, June 15, 2013

Pesanan Keramat Seorang Guru...


           Pada 13 Mei 2013 yang lepas, saya telah ditanda pada sekeping gambar di 'facebook' oleh seorang bekas pelajar saya  (saudara Ierwan Ismail) yang pernah saya ajar 13 tahun yang lepas di sekolah lama saya iaitu HSBM (Sek. Tinggi Bukit Mertajam). Saya mengajar beliau  di tingkatan enam rendah (2000) dan enam atas (2001).    Sebaik sahaja saya melihat gambar tersebut, saya berbisik di dalam hati, subhanallah....Saya sebenarnya tersentuh melihat gambar itu.  Gambar itu tidak mempunyai apa-apa keistimewaan, selain hanyalah sebuah catatan ringkas pada sekeping kertas.  Saya sendiri sebenarnya sudah lupa bahawa saya pernah menulis catatan tersebut sehinggalah saya membacanya semula.
                        
              "Ierwan anak didikku,
    
                      Semoga Ir dapat jawab soalan peperiksan dengan jayanya, dapat keputusan cemerlang dan dapat masuk (belajar) ke universiti.  Semoga bebelan cikgu menjadi motivasi untuk Ir berjaya dan terus berjaya, tetapi jangan lupa akan cikgu ya.....and lastly, stay cute.
                                                                                        
                                                                                                                                                  Salam kasih sayang daripada orang KL to be,
                                                                                                         -Cikgu Zu-"


                Saya tersenyum tatkala membaca catatan saya itu.  Saya berasa lebih tersentuh dan terharu apabila bekas pelajar saya itu memberitahu saya bahawa pesanan terakhir itu saya tulis di dalam  buku 'autograf' beliau semasa saya hendak berpindah ke Kuala Lumpur pada akhir tahun 2001.  Pada tahun 2002, saya mula mengajar di Ampang, Selangor.  Beliau telah mengoyak helaian yang tertulis catatan saya itu agar senang dibawa oleh beliau ke universiti. Apabila saya memerhatikan gambar tersebut, ternyata kertas catatan saya itu tidak mempunyai tanda lipatan atau gumpalan.  Jadi saya membuat rumusan sendiri bahawa beliau begitu cermat dan berhati-hati menjaga helaian catatan saya itu seolah-olah catatan itu sangat berharga kepada beliau.  Kata beliau lagi, catatan saya itu mempunyai nilai yang tersendiri kepada beliau. Oleh sebab itulah beliau menyimpannya hingga kini kerana ia menjadi pemangkin semangat beliau. Menurut beliau lagi, beliau biasa mengalami kegagalan, namun beliau berjaya bangkit untuk berjaya.  Pesanan saya itu merupakan salah satu faktor yang menjadi perangsang kepada beliau untuk berjaya.  Alhamdulillah, beliau kini sudah berjaya.  Beliau kini bergelar pensyarah dan mempunyai sebuah keluarga bahagia yang sangat sempurna di mata saya. Tahniah Ierwan bin Ismail.  Cikgu bangga akan awak dan cikgu juga bangga kerana pernah mempunyai seorang pelajar seperti awak.

               Sesungguhnya saya tidak menyangka bahawa sepanjang saya menjadi guru, rupa-rupanya kata-kata, nasihat dan kadang-kadang bebelan saya menjadi sumber inspirasi kepada sebahagian besar bekas pelajar-pelajar saya.  Saya sangat bersyukur kerana berjaya 'mendidik' mereka.  Saya juga berasa sangat bahagia kerana mereka masih mengenang saya hingga kini...

               Saya juga teringat  seorang bekas pelajar saya dari sekolah yang sama dengan Ierwan, cuma bekas pelajar saya ini lebih 'senior' daripada Ierwan.  Nama beliau ialah Azizi bin Mohamad.  Beliau kini merupakan seorang 'konsultan' yang berjaya. Beliau telah berkahwin dengan rakan sekelas beliau yang juga merupakan bekas pelajar saya dahulu.  Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. 

                 Sewaktu saya mengajar Azizi, saya baru sahaja menjadi guru selama beberapa tahun.  Oleh sebab saya masih baru mengajar, kenangan saya tentang keseronokan menjadi seorang mahasisiwi masih kuat melekat dalam minda saya.  Pada waktu itu, saya selalu bercerita kepada para pelajar saya tentang seronoknya pengalaman menjadi seorang mahasiswi.  Segala aktiviti saya semasa saya menjadi mahasiswi di universiti (USM), saya ceritakan kepada para pelajar saya.  Tujuan saya berbuat demikian agar mereka dapat membayangkan keseronokan tersebut  dan mengalami sendiri pengalaman menjadi mahasiswa dan mahasiswi universiti.  Akhirnya, saya berkata kepada mereka, andai mereka mahu merasai sendiri pengalaman tersebut, mereka harus belajar bersungguh-sungguh agar mendapat keputusan cemerlang dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke universiti idaman mereka.  Saya masih ingat, bagaimana terujanya mereka tatkala mendengar cerita saya tentang pengalaman-pengalaman indah saya di universiti.  Setelah Azizi menduduki peperiksaan STPM, akhirnya beliau berjaya melanjutkan pelajaran di UKM. 

                  Waktu berlalu.  Pada suatu hari, tanpa diduga, saya telah menerima sekeping poskad  daripada Azizi.  Azizi pada waktu itu sedang belajar di tahun pertama di UKM dalam jurusan Sains Sosial atau Sains Kemasyarakatan (saya tidak begitu pasti). Saya masih ingat ayat-ayat yang ditulis oleh Azizi pada poskad itu hingga kini.  

              " Assalamualaikum Cikgu.
  
                              Saya sekarang sedang belajar di UKM.  Cikgu, kini saya merasai sendiri apa yang cikgu ceritakan kepada saya dahulu tentang pengalaman cikgu semasa belajar di universiti.  Apa yang cikgu alami, saya juga alami dan merasainya.  Memang seronok, cikgu.  Terima kasih cikgu kerana mengajar saya hingga saya berjaya melanjutkan pelajaran di universiti.

                                                                                                               Daripada bekas anak muridmu,
                                                                                                                   Azizi bin Mohammad."

               Saya tidak pasti sama ada Azizi masih ingat atau tidak tentang poskad yang dikirimnya kepada saya dahulu.  Apa-apa pun, saya juga berbangga kerana pernah mempunyai seorang pelajar seperti Azizi.    Hingga kini, kami masih berhubung melalui facebook.  

                 Itulah dua cerita tentang pelajar saya yang begitu menghargai nasihat-nasihat saya.   Mungkin ada lagi  bekas pelajar-pelajar saya yang lain yang turut menjadikan nasihat dan kata-kata saya sebagai motivasi kepada mereka untuk melakar kejayaan dalam hidup mereka.  Mereka merupakan antara dua orang pelajar saya daripada beribu-ribu pelajar saya yang lain yang telah berjaya menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara. 

                Sebenarnya ramai juga bekas pelajar saya yang menjadi rakan saya  di laman facebook.  Jika ada bekas pelajar-pelajar cikgu yang membaca tulisan cikgu ini dan cerita mereka hampir sama seperti Ierwan dan Azizi, maafkan cikgu kerana  tidak menyebut nama anda. Segala yang ditulis ini sekadar untuk menjadi kenangan cikgu  pada masa akan datang.  Wallahhuallam....

                        

Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.