>
TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Sunday, December 4, 2016

Solidariti Rohingya

                             









Rohingya
malang nasibmu
di tanah airmu sendiri
darahmu mengalir saban hari
lelaki-lelakimu dibunuh dengan kejam
disiksa, dipancung dan dibakar tanpa belas
wanita-wanitamu diperkosa dengan lahap
anak-anakmu dicincang hidup-hidup
ditikam dan dirobek hingga terburai segala isi perut
kampungmu dibakar
mayat bergelimpangan
yang tinggal menjadi pelarian
diburu himgga ke lubang cacing
demi melenyapkan bangsamu di bumi Myammar merdeka
dendam kesumat bermaharajalela

Aung San Suu Kyi
pemenang Nobel Keamanan
konon berjuang atas nama demokrasi
dahulu pernah dipenjara di sebalik jeriji besi
meraih simpati di bumi sendiri
kini tembelangnya pecah
ternyata manusia hipokrit
membisu seribu bahasa
membutakan mata
membiarkan kekejaman berleluasa
juga sami-sami berkain jingga
serta askar-askar celoreng
ternyata
semuanya syaitan bertopengkan manusia
pembunuh paling kejam

Rohingya
kami akan selalu bersamamu
menyokong dan  membela nasibmu
kita saudara seagama
tak sanggup kami melihat
kekejaman terhadap kamu
di sini
dalam doa dan sujud kami
ada kamu
semoga syurgalah tempatmu nanti
dan semoga kezaliman disanggah
dan kau bebas di tanah airmu sendiri

Dunia
ke mana hilang segala perikemanusiaan
semuanya bisu sekadar memerhati
atau ini memang agenda kamu
untuk melenyapkan Islam di muka bumi?

Ya Allah
hanya Engkau yang maha besar
dan maha mengetahui
atas segalanya...









Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

No comments:

Post a Comment