TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Tentang Saya

Seorang Norzuraidah


2008
2007





           


2010


2013


2014 vs 2007


2014
2014

          











        
2014
2014


2015

2015


2015
2015

2016



2016

2015


2016

2016


Mei 2016
Oktober 2016

Oktober 2016

             Ya Allah, atas rahmat-Mu, aku bahagia menjadi diriku yang kini, yang dikelilingi mereka yang mencintai dan menerima diriku seadanya...sebagai wanita, sahabat, anak, isteri, ibu dan pendidik...dan jadikanlah aku sebagai hamba-Mu yang takut akan azab neraka-Mu...

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh....

             Di halaman ini, saya ingin berkisah tentang diri saya dari sisi seorang wanita, isteri, ibu, anak, saudara kandung dan juga guru/pendidik.  Semua yang saya tulis ini sekadar untuk berkongsi pengalaman diri menjadi seorang Norzuraidah.

           Sebenarnya saya tidak tahu di mana saya hendak bermula.  Mungkin dengan cara memperkenalkan diri saya sendiri, merupakan pembuka kalam yang menarik. Insya-Allah…

            Saya merupakan anak ketiga daripada enam orang adik beradik kepada pasangan Tn. Haji Md Nor dan Hjh. Kamsiah bt Mohd Jani.  Saya dilahirkan di Kg Parit Melana, Melaka pada tahun 1970.  Saya menerima pendidikan rendah di Sek. Ren. Keb. Kota, Kota Bharu, Kelantan (1977-1982), dan meneruskan pendidikan menengah, (tingkatan 1- 6 Atas) di Sek. Men. Keb. Kota, Kota Bharu, Kelantan (1983-1989). Setelah itu saya menyambung pengajian  di USM selama 4 tahun dalam kursus Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan (Kepujian) dan menerima ijazah pertama saya  pada tahun 1994. Pada tahun 1997, saya menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan berjaya menerima ijazah Sarjana Pendidikan (Kurikulum) pada tahun 2000. Walau bagaimanapun, perjuangan saya dalam usaha menuntut ilmu belum selesai kerana cita-cita saya untuk meneruskan pengajian ke peringkat  tertinggi iaitu PHD belum terlaksana.

       Saya mula berkhidmat sebagai guru di Sek. Tinggi Bukit Mertajam, Seberang Perai (1994-2001), kemudian bertukar ke SMK Tasik Permai, Ampang, Selangor (2002) dan terkini mengajar di SMK Taman Tasik, Ampang Selangor (2003-kini).   


Norzuraidah Dari Sisi Seorang Isteri


Raya 2015
Dis 2014

Dis 2014



Okt 2014

Raya 2014



Raya 2013
Raya 2012



Raya 2007

Ulang tahun perkahwinan ke-9





2007


Raya 2010





From Cherating with love...

        Saya telah berkahwin dengan jejaka pilihan hati, iaitu Engku Abdul Aziz bin Tuan Mat pada usia 23 tahun, iaitu semasa saya masih menuntut di USM pada tahun terakhir pengajian saya. Perkahwinan kami direstui keluarga kedua-dua belah pihak. Suami saya bukan cinta pertama saya, namun beliau merupakan cinta terakhir saya, insya-Allah. Beliau hadir ke dalam hati saya tepat pada waktunya, merawat luka di hati saya dan membahagiakan saya hingga kini. Saya bersyukur kepada-Nya kerana menghadiahi saya seorang Engku Abdul Aziz, yang akan menemani saya selama hayat saya, di dunia dan juga di akhirat,  insya-Allah. Saya mencintainya sepenuh hati kerana Allah dan semoga beliau juga mencintai saya sepenuh hati, juga kerana Allah. 

  
Norzuraidah Dari Sisi Seorang Ibu

Sept 2016





















           


           Hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta, saya dikurniai lima orang cahaya mata yang comel dan bijak.  Mereka merupakan permata hati saya.  Merekalah racun, mereka jugalah penawar.  Mereka ialah harta termahal saya dan amanah Allah kepada saya dan suami. Saya berbangga dikurniai cahaya mata seperti mereka dan saya menerima setiap daripada mereka seadanya, kelebihan dan kekurangan mereka.  Saya mencintai dan menyayangi mereka tanpa syarat, kerana Allah. Dengan didikan yang kami berikan, saya berdoa  agar mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah yang mampu membawa saya dan suami ke syurga. Putera sulong saya, Engku Ariff Imran @ Along (17 tahun),  putera kedua, Engku Ariff Iskandar @ Angah (16 tahun), putera ketiga, Engku Ariff Danial @ Abang Chik (14 tahun), puteri keempat, Engku Ellyna Natasya @ Kakak (11 tahun)  dan puteri bongsu, Engku Alya Syafiqah @ Baby (8 tahun). 
    
Norzuraidah Dari Sisi Seorang Anak.

              Saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana mengurniai saya ibu bapa seperti Tn. Hj. Mohd Nor bin Hj. Taib dan Hjh. Kamsiah bt Mohd Jani.  Jika mereka mencintai dan menyayangi saya sepenuh hati mereka kerana Allah tanpa syarat, saya mencintai dan menyanyangi mereka lebih  daripada itu, juga kerana Allah.  Ibu bapa saya ialah segala-galanya bagi saya. Mereka berdua merupakan bekas guru. Bapa saya merupakan bekas guru dan  bekas pengetua sekolah menengah, manakala ibu saya merupakan bekas guru sekolah rendah.  Kecintaan saya terhadap dunia pendidikan mungkin diwarisi daripada mereka.  Mereka merupakan guru yang dikagumi oleh para pelajar mereka.  Bekas pelajar mereka ialah beberapa orang rakan-rakan saya.  Hingga kini  rakan-rakan saya masih mengenang kedua ibu bapa saya sebagai guru terbaik yang pernah mendidik mereka.  Terlalu banyak pengorbanan yang telah dibuat oleh mereka  untuk saya dan adik-beradik saya.  Mereka telah berjaya mendidik saya sehingga saya menjadi saya seperti hari ini.  Ibu saya telah berjaya mendidik saya menjadi  seorang isteri yang dikagumi suami dan seorang ibu yang dibanggakan oleh anak-anaknya. Terlalu banyak jasa mereka kepada saya, namun tidak terbalas rasanya jasa mereka itu kepada saya.  Hanya Allah yang mampu membalas jasa mereka. Yang termampu saya lakukan ialah sentiasa mendoakan  mereka tanpa jemu dan berusaha menjadi anak yang baik, membahagiakan mereka dan selalu ada  di sisi mereka jika mereka memerlukan saya.  Terima kasih Umi. Terima kasih Abah. Terima kasih untuk segala-galanya dan anakmu ini juga memohon keampunan  daripadamu berdua untuk segala air matamu yang pernah tumpah untuk diri ini.  

















  





Norzuraidah Dari Sisi Seorang Saudara Kandung.

            Saya merupakan anak ketiga daripada enam orang adik- beradik.  Kakak sulong saya, Pn. Norhalina @ Kak Long (45 tahun), abang saya, En. Mohd Khairul Zahrin @ Abg Arin (44 tahun), adik lelaki saya, En. Md Khairul Dathran @ Abang Chik (39 tahun), adik perempuan kelima, Pn. Norasilah @ Kak Lah (34 tahun) dan adik perempuan bongsu, Pn. Norilyani @ Adik (32 tahun).  Saya amat menyayangi mereka sepenuh hati kerana Allah. Betapa indah kenangan zaman kanak-kanak saya bersama mereka.  Ingin saya coretkan semua kenangan indah itu di sini, tapi terlalu banyak.  Nantilah, jika saya berkesempatan, akan saya tulis juga semuanya, insya-Allah.


Kak Long Sekeluarga


Kak Lah Sekeluarga
Kak Long Dan Saya


Kak Lah, Saya Dan Kak Long

Saya Dan Adik


Adik Sekeluarga

Saya dan Kak Long
Saya Dan Abang Arin
Keluarga Abang Arin & Abang Chik


Norzuraidah Dari Sisi Seorang Guru / Pendidik 


           Di sekolah, saya lebih dikenali dengan gelaran Cikgu Zue.  Saya merupakan Guru Akademik Tingkatan Enam dan mengajar subjek Bahasa Melayu (selama 17 tahun) serta Pengajian Am (baru sahaja masuk tahun ketiga). Saya juga merupakan guru Penyelaras Sidang Redaksi sejak tahun 2008. Saya amat mencintai tugas saya sebagai pendidik.  Saya sayang akan semua pelajar saya seperti anak-anak saya sendiri. Saya juga berbangga mempunyai para pelajar yang rajin, tekun dan taat. Saya mahu para pelajar saya mengenang saya kerana cara saya mendidik mereka dan saya mahu menjadi seorang guru / pendidik yang luar biasa, bukan yang biasa-biasa, yang sentiasa ada di hati  para pelajar saya selamanya. Alhamdulillah, hingga kini  saya masih dikenang dengan cara saya, cara seorang cikgu Zue, oleh bekas pelajar-pelajar saya.  Dahulu saya dicop sebagai guru yang garang.  Maaf, sebenarnya mereka silap. Saya tidak garang tetapi saya TEGAS sebenarnya!  Garang dan tegas itu berbeza, tetapi tidak mengapalah, yang penting mereka tahu sebab saya TEGAS. Semuanya demi kecemerlangan mereka, dunia dan akhirat.  

           Saya selalu memberitahu mereka bahawa jika mereka ingin cemerlang, mereka harus mempunyai sikap yang positif iaitu rajin, tekun, dan tawakkal.  Saya suka mengambil contoh diri saya sendiri sebagai analogi.  Saya menjelaskan kepada mereka bahawa saya bukanlah manusia istimewa yang dianugerahkan oleh Allah kepintaran semulajadi.  Saya pelajar biasa-biasa sahaja, namun saya tetap boleh menjadi pelajar cemerlang hanya kerana saya sangat rajin, tekun dan  memberi perhatian sepenuhnya kepada pengajaran guru di dalam kelas. Semua nota saya kemas dan sentiasa kemas kini, dan oleh sebab itu saya sangat suka membaca nota saya.  Saya menerapkan cara dan kaedah pembelajaran saya kepada para pelajar saya.  Saya juga selalu memberitahu mereka bahawa faktor yang membezakan pelajar cemerlang dengan pelajar tidak cemerlang ialah sikap.  Pelajar cemerlang ialah pelajar yang rajin, tidak suka bertangguh dan menelaah pelajaran tanpa jemu manakala pelajar yang tidak cemerlang ialah pelajar yang malas, suka bertangguh dan cepat jemu menelaah pelajaran. 
                      Sejak minggu lepas, saya telah membuat sedikit transformasi di dalam kelas saya.  Saya memulakan kelas saya dengan bacaan doa dan saya meminta pelajar-pelajar saya mengaminkan doa saya.  Saya berharap doa saya itu dapat menembusi dan menyerap ke dalam hati para pelajar saya dan semoga Allah memakbulkan doa saya itu. Walaupun saya tidak pernah lupa mendoakan pelajar-pelajar saya setiap kali selepas solat sebagaimana saya mendoakan anak-anak saya, namun saya berpendapat, para pelajar saya akan lebih terkesan apabila saya mendoakan mereka dan menyebut nama setiap orang daripada mereka di dalam kelas. Lebih menyentuh perasaan!!! Segala yang saya tulis ini sesekali tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar berkongsi pengalaman saya sebagai guru dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Wallahua'lam.



























































Keluarga Tercinta...






Raya 2012



Raya 2013





No comments:

Post a Comment