Setelah bahunya terasa lenguh kerana asyik mengadap laptop dek menaip laporan kewangan syarikatnya sejak pagi, Suraya mengeliat kecil, sambil mendepakan kedua-dua tangannya, mengendurkan otot-otot yang agak tegang. Dia menyandarkan badan langsingnya di kerusi dengan malas. Sesekali dia menguap dan matanya mengerling jam di dinding biliknya. Hmmm...sudah jam 6.00 petang. Suasana pejabat Melati Holding sunyi sepi. Mungkin semua staf sudah balik, fikirnya sendiri. Dia bangun dari kerusi dan mengintai dari pemidai cermin biliknya. Sah, hanya dua tiga orang staf sahaja yang masih kelihatan di ruang legar pejabat dan mereka pun sedang bersiap-siap untuk pulang. Yang lain sudah pulang. Suraya kembali ke mejanya, mahu menutup laptopnya, tapi tiba-tiba dia berubah fikiran. Dia terus login ke akaun facebooknya dan terpaparlah di skrin laptopnya, halaman utama facebook. Dengan tak semena-mena juga dia teringatkan Iskandar. Terus dia masuk ke profil Iskandar. Dikliknya butang gambar, lalu tertera gambar-gambar Iskandar dengan pelbagai gaya. Ditatapnya gambar-gambar Iskandar satu persatu. Selama ini dia tak pernah ada waktu untuk melihat gambar-gambar Iskandar tetapi hari ini hatinya tergerak untuk berbuat begitu. Suraya mencari-cari gambar Iskandar bersama-sama keluarganya, isteri dan anak-anaknya, tapi hampa. Yang ada hanya gambar Iskandar bersendirian. Suraya berasa agak hairan kerana rakan-rakan lelakinya yang lain banyak memuat naik gambar mereka bersama-sama keluarga, bersama isteri dan anak-anak tercinta. Hampa terasa hatinya kerana tidak dapat melihat wajah isteri Iskandar. Tiba-tiba Suraya berasa dirinya tidak layak bersahabat dengan Iskandar tatkala menatap gambar-gambar Iskandar berposing berlatarbelakangkan rumah dan kereta-kereta mewahnya. Hmm..melancong pulak kat oversea bagai, getus Suraya sendiri. Kemudian dia meneliti komen balas rakan-rakan Iskandar, ada yang bergelar Datuk. Lebih lagi dia terasa dirinya tidak layak berteman dengan Iskandar. Tiba-tiba dia terpandang gambar Iskandar yang berposing sakan di beranda rumahnya, dengan gaya seorang model, lantas dia menulis komen pada gambar itu.
“Gaya lentok gitu..he he he…”
“Sekali tengok macam pelakon Hairie..he he he,” Suraya ketawa sendiri setelah menaip komen-komen tersebut.
Tiba-tiba muncul notification ”Iskandar menulis komen pada gambarnya”. Suraya mengeklik pada notification itu. Sungguh dia tidak menyangka Iskandar juga sedang 'online', tapi Suraya tidak melihat pula nama Iskandar dalam senarai rakan sedang bersembang.
”Posing maut you, jangan mare,” Iskandar membalas komen
Suraya. Suraya tergelak kecil. Dia lantas membalas komen Iskandar.
Suraya. Suraya tergelak kecil. Dia lantas membalas komen Iskandar.
”Nasib baik tak jatuh cinta..opppsss...”Suraya tersengih sendiri.
”Tulah, dulu jual mahal sangat,” balas Iskandar.
Suraya terkedu. Ehh mamat nih, biar betul, getusnya.
Suraya terkedu. Ehh mamat nih, biar betul, getusnya.
”Ehh..kita tak tahulah," balas Suraya pula.
”Or pura-pura?”
Hati Suraya sedikit terusik. Benarkah?
Hati Suraya sedikit terusik. Benarkah?
”Betulll...lagipun kita ni kan orang perempuan...”
”Perempuan Melayu Terakhir...”
”Ha ha ha..walau apapun, kenangan dulu tak akan pernah terpadam...” Suraya memberanikan diri menulis komen itu.
”Tulah pasal...”
”Sapa cari pasal?”
”Nabil kata...Lu fikirlah sendiri....”
”Ha ha ha....”
”Su view picture-picture Is tapi tak ada satu pun gambar Is dengan family, wife dan anak-anak. Teringin juga nak tengok gambar wife Is. Lagi satu, bila view picture-picture Is, rasa diri ini tak layak berkawan dengan Is. I'm not in your class.” tulis Suraya.
“Is insan biasa saja, insan yang tak punya apa-apa untuk diketengahkan. Is pernah memakai dua helai kain ihram menadah tangan memohon doa kepada Allah. Betapa kerdilnya Is. Oh ya, boleh tanya tak? Apa ada pada class atau status. Semuanya sementarakan. Kepada Allah kita semua akan kembali, so no worries”
”Ada hasrat di hati Su nak jemput Is dan family ke rumah Su open house raya nanti tapi bila Su tengok gambar rumah Is, kereta Is, hasrat itu Su kuburkan sebab Su jadi malu kalau Is datang rumah Su, rumah orang miskin...hu hu hu..”
”Perasaan tu bukan sahabat sejati tu. Kuburkan ia. Semaikan benih sama rata. Tiada beza antara kita. Itu duniawi. Kalau Su tengok di belakang tabir, besarnye kerak tuu.”
”Is terima Su sebagai kawan seadanya?” tanya Suraya.
“Yalah.. kenapa, tak percaya? Percayalah…” balas Iskandar.
"Thanks Dr. Ir. Hj. Iskandar...and a 'Datuk' will be....he he he"
"I like...ha ha ha..."
Malam itu setelah siap mengemaskan dapur dan melihat si bongsu menyudahkan homeworknya, Suraya membuka laptop. Niat di hati untuk menyambung laporan petang tadi yang belum siap. Tiba-tiba sembangnya dengan Iskandar petang tadi terimbas kembali. Hatinya jadi resah. Dia mesti mendapatkan kepastian daripada Iskandar. Jika tidak, hatinya tidak akan tenang selamanya. Tapi...besoklah. Itu keputusan yang dibuat.
Esoknya, pada waktu rehat, Suraya tidak keluar makan bersama rakan-rakan sepejabat seperti biasa. Dia mahu bersendirian. Sudah dibulatkan hatinya dan dia memberanikan dirinya untuk bertanya kepada Iskandar tentang hal itu agar hatinya kembali tenang. Melalui 'msg inbox', dia mengajukan pertanyaan yang benar-benar memerlukan kekuatan hati, kerana risiko dan kesannya amat besar kepadanya yang bergelar seorang wanita dan isteri.
”Is, Su nak bertanya, jujurnya. Benarkah apa yang selalu Is berkias dengan Su atau sekadar gurauan semata-mata, maksud Su, benarkah dulu Is pernah menyimpan perasaan terhadap Su? Su minta maaf sekiranya soalan Su ini menampakkan Su ini seorang wanita yang tidak berbudi bahasa. Su sekadar ingin merungkaikan segala yang terbuku di hati. Jika tidak benar dan sekadar gurauan, anggaplah soalan itu tidak pernah Su ajukan. Is jangan risau, kita sudah cukup dewasa, jadi jawapan jujur daripada Is tak akan mengubah apa- apa pun, percayalah.” Tulis Suraya panjang lebar.
Kemudian Suraya mengeklik butang kirim, diikuti satu keluhan lega, tetapi sejurus selepas itu, tiba-tiba sahaja Suraya berasa menyesal yang amat sangat kerana bertindak begitu. Dia mahu memadamkan kirimannya itu, tapi sudah terlambat. Walaupun dia memadamkan kirimannya, pesanan itu telah pun diterima oleh Iskandar. Suraya agak terkejut kerana Iskandar terus membalas kirimannya. Dia tidak terfikir secepat itu Iskandar akan membalasnya.
”Benar. Why? Maaf andainya jawapan ini mengguris hati Su..”
Suraya terpana seketika dengan jawapan Iskandar. Memang dia tidak menduga, tapi dia bersyukur kerana segala teka tekinya terjawab.
“Ya Allah, kenapa dulu Is tak berterus terang dengan Su? Is tahu tak, Su juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Is. Sewaktu Is nak ke UTM dulu, Su menangis kerana tak sanggup berpisah dengan Is, tapi apa daya Su.”
“Benarkah Su? Is ingat Su dah ada yang punya masa tu.. Thats why bila Lina bagi nombor phone Su, immediately Is call. Remember ?”
“Ya, dan Su sangat teruja. Walaupun kita tak bertemu jodoh, tapi Su sangat bahagia kerana baru hari ini Su tahu bahawa kasih Su dulu tak bertepuk sebelah tangan.”
“Me too.”
“Terima kasih Is. Su harap kita akan jadi good friends forever...”
“Thank you very much”
”Jadi Su ni cinta pertama Islah ya?
“Ya, sebab tu naive sangat.”
”Meaning?”
“Takut nak mula…”
“Takut nak mula apa..?”
“Takut nak bagitahu Su dulu..”
”Ohhh...tulah pasal. Itu namanya tak ada jodoh. Selama mana Is mengenang Su? Su lama merindui Is, tapi setelah Is pergi tanpa khabar berita, Su mungkin terlupa seketika pada Is, namun kenangan antara kita dulu tak pernah terpadam hingga kini.”
”Anak Is berapa orang, Isteri orang mana? Mesti dia cantikkan ?”
“A daughter, 5 years old. Isteri orang Kedah. Itulah, dulu Is cari Su kat USM, tapi tak jumpa, tup-tup jumpa orang lain.”
“Ha ha ha...sekali lagi itu namanya tak ada jodoh. Anak Is kecil lagi. Bila Is kahwin sebenarnya? Anak bongsu Su pun dah tujuh tahun. Kenapa lambat sangat?”
”Nanti ya, got meeting.”
Sembang antara Suraya dan Iskandar melalui msg inbox terputus di situ. Suraya menutup laptopnya. Dia termenung seketika. Dadanya terasa ringan. Hatinya terasa lapang. Kemudian dia bingkas bangun menuju ke kamar solat menyertai rakan-rakan yang lain untuk menunaikan solat zohor.
****************************
****************************
Seperti biasa sebelum meneruskan kerja-kerja rutin di pejabat, semua staf kanan Melati Holdings akan berkumpul di Bilik Persidangan untuk mendengar taklimat pagi daripada Pengurus Besar dan Suraya sebagai Penolong Pengurus Bahagian Kewangan tidak terkecuali. Taklimat biasa yang membosankan. Tiba-tiba tumpuan Suraya diganggu oleh signal masuk pesanan ke telefon bimbitnya. Hatinya berdebar tatkala melihat nama si pengirim pesanan, Iskandar. Tanpa berlengah lagi, Suraya terus membaca pesanan dalam 'inbox'.
“Wife read the messages in facebook. Missunderstood those messages ... Sorry for the troubles. Actually this is the past time. We are adult and professional and also ‘beragama’. Sometimes check and balance is needed. That life of marriage…. I'm happy with my family .. She's pretty for me and a good mother for my daughter.”
Suraya terasa badannya lemah. Hatinya dipagut resah dan dia berasa sangat-sangat bersalah. Ya Allah, apa aku dah buat ni?rintihnya dalam hati. Tidak terniat langsung di hatinya untuk merosakkan rumahtangga Iskandar, tidak sama sekali, tapi dia sebagai wanita dan juga isteri, memahami perasaan isteri Iskandar pada waktu itu, dan dia sendiri pasti akan salah faham jika berada di tempat isteri Iskandar. Suraya segera membalas pesanan Iskandar.
”OMG..sorry..maksud pertanyaan Su kenapa lambat...ialah kenapa lambat dapat anak...bukan kenapa lambat reply msg Su. Sorry for all the troubles. Su dah beritahu awal-awalkan, pengakuan Is tak akan mengubah apa-apa pun. Kita dah berkeluarga dan berumur. Maaf sekali lagi. Su faham perasaan wife Is. Sampaikan salam Su pada dia. Tiada niat untuk merampas suami tercintanya.” Tak semena-mena hatinya terasa sayu. Lama juga Suraya menunggu balasan daripada Iskandar, tetapi hampa. Tak apalah, pujuknya sendiri.
Dua hari kemudian, sewaktu Suraya bersantai-santai di halaman rumah, dia login ke akaun facebooknya melalui telefon bimbitnya. Sengaja dia masuk ke profil Iskandar untuk melihat jika ada status terbaharu daripada Iskandar. Alangkah sedihnya Suraya apabila mendapati Iskandar telah 'unfriend' dirinya, lalu dia mengirim msg ringkas kepada iskandar.
”Thanks sebab remove Su...”
Iskandar terus membalas. “Misscomunication….I’m at Terengganu now. Will call later. Actually no hurt feeling just incident happened. Very very sorry.”
Suraya memujuk hatinya agar bersabar. Bukan niatnya untuk mengganggu Iskandar, tapi dia akan sabar menunggu panggilan daripada Iskandar, untuk mendengar penjelasan sebab Iskandar remove dirinya. Selepas seminggu, Suraya masih tidak menerima apa-apa panggilan mahupun pesanan daripada Iskandar, lalu dia nekad untuk mengirim pesanan kepada Iskandar.
”Still busy?”
”Meeting now..”
”Sorry”
”Its ok”
”Just to say sorry again for all the troubles. No intention to repeat the old story. Let it remains as the sweet memories of the past times. Just to be best friend forever. Don’t worry about me..I’m just fine...but a little sad coz you remove me..”
“Its ok..Sorry…it temporarily remove to settle anarchy…her friends faced problems coz of FB things, but ours is different...I will off FB and will on again once it settled. Sorri ya…”
“Ya..me too…”
Sejak hari itu, Suraya tidak lagi mendengar sebarang khabar berita daripada Iskandar. Akhirnya Suraya kehilangan Iskandar buat kali kedua. Kali ini bukan sebagai kekasih pujaan hati, sebaliknya dia kehilangan Iskandar sebagai sahabat baiknya. Suraya mengutuk dirinya. Kenapalah dia menanyakan soalan cepumas itu kepada Iskandar. Kerana soalan itulah, Iskandar membuat pengakuan berani mati dan kerana pengakuan itu jugalah, rumahtangga Iskandar berantakan, mungkin, dan kerana rumahtangga Iskandar berantakan, menyebabkan Iskandar terpaksa 'unfriend' dirinya untuk menjernihkan keadaan dan akhirnya dia dan Iskandar tidak lagi bersahabat. Suraya mengeluh panjang. Mungkin inilah yang dinamakan takdir.
Tiba-tiba fikiran Suraya melayang kembali ke zaman persekolahannya dahulu, sewaktu dia dan Iskandar belajar di tingkatan enam rendah di sekolah yang sama. Iskandar merupakan pelajar baharu yang mendaftar di sekolahnya. Ditakdirkan mereka sekelas. Suraya tidak mampu melupakan semua kenangan waktu dahulu. Mana mungkin dia mampu melupakan seorang pelajar lelaki bernama Iskandar, yang sentiasa tersenyum ramah kepadanya, dan dia sendiri hanya mampu membalas dengan senyuman juga. Melalui senyuman, hati berbicara. Tanpa kata, tanpa lafaz, cinta berputik dalam diam. Iskandar dan dia tidaklah terlalu rapat, tetapi pandangan mereka selalu bertaut. Apabila mata bertentang mata, hati berdebar tidak terkira. Malu tidak terkata. Wajahnya berubah merah padam. Selayaknyalah debar seorang gadis sunti apabila berhadapan dengan jejaka idaman hati. Apabila Iskandar mendekati untuk bertanyakan sesuatu, ada getar di hatinya dan apabila sehari Iskandar tidak hadir di kelas, hati resah, rindu pun menyapa. Suraya menjadi tidak keruan apabila mendapat khabar Iskandar berjaya diterima masuk ke UTM, mengambil jurusan Diploma Kejuruteraan. Hatinya menangis tidak berlagu. Tidak dapat dibayangkan hidupnya di situ tanpa Iskandar dan Iskandar juga kelihatannya tidak begitu gembira. Kenapa? Entahlah! Suraya akhirnya terpaksa melepaskan Iskandar dengan satu perasaan yang maha berat. Siapalah dia untuk menahan pemergian Iskandar. Dia hanyalah gadis biasa yang hanya mencintai Iskandar dalam diam. Biarlah, dia pasrah. Dia rela melepaskan Iskandar kerana dia sendiri yakin bahawa Iskandar tidak pernah mencintainya. Siapalah dia di hati Iskandar. Azamnya selepas pemergian Iskandar, dia akan belajar bersungguh-sungguh, ke menara gading. Itulah impian dan cita-citanya. Tiada lagi cinta yang menemani. Hakikatnya, Suraya menderita kerana merindui Iskandar untuk beberapa ketika, namun dipujuk hatinya yang lara. Siapalah dia untuk merindui Iskandar, sedangkan Iskandar pergi langsung tiada khabar berita. Pergi juga tidak pernah kembali. Masa berlalu dan waktu telah melekakan Suraya dan akhirnya Suraya mula melupakan Iskandar perlahan-lahan.
”Mama, macam mana nak buat homework ni?” rengek si bongsu, Halyana, mematikan lamunan Suraya. Suraya mengeluh. Kemudian dia terseyum memandang Halyana. Wajah polos itu diusapnya dan kedua-dua belah pipi montel itu dikucupnya penuh kasih. ”Cinta Mama hanya untuk Papa, Sayang.” Si bongsu terpinga-pinga, tidak memahami. Suraya tergelak kecil melihat wajah puteri bongsunya itu yang sedang kehairanan. Dia bersyukur dengan apa yang dimiliknya sekarang. Iskandar adalah masa silamnya dan suaminya serta anak-anaknya kini adalah masa hadapannya. Terima kasih Allah...
wow!
ReplyDelete