Oh, saya baru sahaja terperasan tentang pengikut blog saya ini apabila seseorang menegur saya bahawa blog saya tidak mempunyai ramai 'follower'. Yalah, baru 22 orang, tetapi "ada saya kisah?" (hehehehe...jawapan trend sekarang, tumpang sekaki...) Mungkin blog saya tidak popular dan entri-entri saya juga tidak popular, tetapi tidak mengapa. Saya membina blog ini bukan untuk mencari populariti mahupun 'follower', tetapi semata-mata kerana saya suka menulis. Kristal Bening terilham hasil daripada minat saya yang suka berkarya. Ia sebagai ganti diari saya. Jika ada sesiapa yang membaca atau terbaca tulisan saya, terima kasih saya ucapkan dan jika ada yang meninggalkan komen, ia merupakan satu bonus untuk saya. Saya tetap akan menulis dan berkarya walaupun tiada sesiapa pun yang sudi membacanya. Noted!
Di dalamnya ada jiwa yang bersemayam dan di relung hati ia bertahta. Rindunya seharum mawar biru di taman larangan dan semerbak kasturi di taman firdausi. Kasihnya seluas hamparan bumi, sebanyak butiran pasir di gurun sahara dan sebening embun yang menitis. Cintanya seindah kerdipan bintang kejora di langit ketujuh dan seteguh karang di dasar lautan yang terdalam.
.
Saturday, April 27, 2013
Follower Oh Follower...
Oh, saya baru sahaja terperasan tentang pengikut blog saya ini apabila seseorang menegur saya bahawa blog saya tidak mempunyai ramai 'follower'. Yalah, baru 22 orang, tetapi "ada saya kisah?" (hehehehe...jawapan trend sekarang, tumpang sekaki...) Mungkin blog saya tidak popular dan entri-entri saya juga tidak popular, tetapi tidak mengapa. Saya membina blog ini bukan untuk mencari populariti mahupun 'follower', tetapi semata-mata kerana saya suka menulis. Kristal Bening terilham hasil daripada minat saya yang suka berkarya. Ia sebagai ganti diari saya. Jika ada sesiapa yang membaca atau terbaca tulisan saya, terima kasih saya ucapkan dan jika ada yang meninggalkan komen, ia merupakan satu bonus untuk saya. Saya tetap akan menulis dan berkarya walaupun tiada sesiapa pun yang sudi membacanya. Noted!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment