Bismillahhirahmanirrahim...
Selawat dan salam kepada Nabi MUhammad saw. Mudah-mudahan Allah swt merahmati umur yang masih ada dan dapat lagi menyampaikan sesuatu kepada semua.
Hendak berdakwah tidak semestinya jadi ustaz atau ustazah, dan tidak semestinya maksum macam nabi. Cukuplah sekadar kita saling menegur dan mengingati antara satu sama lain dengan niat untuk sama-sama berubah ke arah kebaikan. Bukan kerana kita lebih baik tetapi kerana kita mahu diri kita dan mereka berusaha jadi yang terbaik di sisi-Nya. Cukup jugalah kita berdakwah dengan menggunakan bahasa yang santun dan berhemah, tidak perlulah sindir-menyindir. Cukuplah sekadar tersenyum ramah apabila teguran kita disalahertikan, kerana hanya Allah yang maha mengetahui.
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu semua dan bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." -Hassan A-Basri

Sebenarnya, selalu juga saya membaca status-status rakan fb yang marah-marah dan beremosi. Panjang benar bebelan mereka dan pada akhir perenggan, mereka hashtag:
#jangannaktunjukbaik...cermindirisendirisebelumnakteguroranglain
Oh, rupa-rupanya ada orang menegur mereka. Saya tak pasti hujung pangkal cerita, oleh itu saya tak tahu cerita sebenar. Ada juga yang saya tahu cerita sebenar apabila membaca sendiri teguran tersebut di dalam bahagian komentar. Tampak berhemah teguran itu tetapi tuan tanah tetap beremosi. Pada saya, jika ada orang menegur kita tentang apa-apa sahaja, terimalah dengan hati terbuka. Berlapang dadalah. Jangan berburuk sangka. Itu tandanya orang yang menegur itu mahu yang terbaik untuk kita.
Akhir kalam, manfaatilah media sosial dengan sebaik-baiknya agar ia menjadi saham untuk kita di akhirat, bukannya penyebab untuk kita diazab di akhirat.
"Berdakwahlah, walau hanya dengan satu ayat."

No comments:
Post a Comment