TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Saturday, February 27, 2016

Jom Menulis...



Assalamualaikum...


        Hmm...anda suka menulis? Anda nak menulis tetapi tidak tahu cara untuk memulakannya? Pada saya, menulis bukan semudah yang disangka dan bukan semua orang boleh menulis.  Ada cabaran dan kekangan yang perlu diatasi. Tidak dapat dinafikan bahawa bakat dan minat merupakan faktor kejayaan seseorang penulis.  Minat tanpa bakat, pasti tak menjadi, begitu juga bakat tanpa minat pun tidak akan membuahkan apa-apa kejayaan.  Bakat dan minat perlu seiring.  Bakat merupakan anugerah semulajadi oleh yang maha Esa, namun minat perlu dipupuk. Minat perlu disertakan dengan usaha yang bersungguh-sungguh, perlu ada perancangan disusuli tindakan, barulah membuahkan hasil. 

      Untuk menghasilkan penulisan yang baik, seseorang penulis perlu merancang penulisannya dengan cara mengenal pasti khalayaknya, mesej  atau pengajaran yang ingin disampaikan, dan bentuk penulisannya  sama ada coretan, rencana, puisi, cerpen, atau novel. Aspek bahasa juga perlu dititikberatkan.  Bahasa yang baik memberi kesan yang lebih mendalam terhadap penulisan kita.  Jika mahu menulis secara profesional, hadirilah  kursus yang berkaitan. Dewan Bahasa dan Pustaka banyak menawarkan kursus-kursus penulisan.  Jadi, apa tunggu lagi, jomlah kita...


No comments:

Post a Comment