Yang Berusaha, Encik Muhamad Zulkifli bin Ahmad Kharman Shah, Pengetua Smktt,
En. Zulhasnan, PKP Smktt,
Pn. Rohasni, PK Hem
Pn. Afidah, PK Kokurikulum,
Pn. Azlina, PK T6
Pn. Nik Masniyana,
PK PPKI
Para GKMP,
Para jemputan kehormat - Tn. Hj. Muhamad, Tn. Hj. Mohamad Hatta, Datin Hajah Rohani dan En. Lye Jin San serta rakan-rakan PK SPM.
Sahabat-sahabat GATE yang dikasihi, dan
rakan-rakan Tasik yang disayangi.
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Terimalah serangkap pantun daripada saya sebagai pemula bicara.
Penglipulara kerjanya bercerita
Menghibur raja dan juga rakyat jelata
Sebenarnya kelu lidahku untuk berkata-kata
Namun, demi semua kugagahi jua..
Semoga persahabatan yang terjalin kekal abadi hingga janah.
Sayang selalu
Surely going to miss SMKTT.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat GATE yang bersusah payah menganjurkan Majlis Perpisahan untuk saya pada hari ini dengan begitu sempurna. Saya sangat-sangat terharu.
Saya nak bercerita sikitlah pasal sejarah saya di SMK Taman Tasik.
2002 - Saya mula berpindah ke Selangor dari Pulau Pinang. .. dah riki sekolah SMKTT sebab ada T6, tapi dapat SMK Tasek Permai. Di sana, mula berkenalan dengan En. Muhammad. Beliau pada waktu itu ialah Setiausaha Kokurikulum kalau tak silap. Setahun di SMK Tasek Permai, saya minta tukar antara daerah ke SMK Taman Tasik. 2003 mula lapor diri di smktt di bawah Pengetua Pn. Junaidah Tukimin.
Selepas itu Pengetua bertukar ganti, Pn. Rozainum - Pn. Zaini, Pn. Maimon dan terkini En. Zulkifli.
Di Tasik, orang yang banyak membimbing saya ialah En. Zulhasnan. Dari beliau sebagai guru disiplin, kemudian beliau jadi bos saya sebab unit majalah di bawah pengurusan HEM, kemudian beliau kembali ke Tasik sebagai PKP, sikap keprihatinan beliau tetap sama. Terima kasih banyak2 Cikgu Zulhasnan kerana banyak membimbing saya. Jawatan PK Kokurikulum waktu itu kemudinanya diganti oleh Tn. Hj. Muhammad. Beliau juga seorang bos saya yang sangat prihatin. Selalu bertanya khabar pasal majalah.
Tiga tahun di Tasik, Tn. Hj. Muhammad naik pangkat ke SMK Pandan Indah. Selepas itu bos HEM digantikan pula oleh Pn. Rohasni. Jujurnya, saya tidak sempat bekerja di bawah Pn. Rohasni kerana sejak beliau datang ke Tasik, majalah tidak diterbitkan akibat covid19.
Di SMK Taman Tasik, saya banyak belajar perkara baharu. Banyak pengalaman berharga yang saya kutip di sini. Saya rasa bertuah kerana berpeluang bekerja di bawah semua pentadbir yang baik dan memahami. Di sini juga saya mengenali dan mempunyai sahabat-sahabat yang baik dan yang banyak membantu saya dari semua segi.
Pengalaman 14 tahun sebagai guru setiausaha majalah juga amat bermakna buat saya. Tanpa saya sedari, tanggungjawab sebagai setiausaha majalah menyerlahkan potensi saya dalam bidang penulisan dan penerbitan. Alhamdulillah..
Terima kasih kepada semua AJK guru majalah yang banyak membantu saya selama ini. You are the best.
Kepada semua guru T6, saya sayang kalian ketat-ketat. Terlalu banyak kenangan indah kita bersama-sama di sini.
Kepada sahabat-sahabat guru arus perdana dan PPKI, saya juga sayang kalian ketat-ketat. Kalian semua terlalu baik menyantuni akak.
Kepada semua AKP, terima kasih tak terhingga kerana banyak membantu saya dalam semua segi.
Pn. Hairani, Pn. Shima, Pn. Rosmawati dan paling special, Cik Sella yang terlalu banyak membantu saya dalam ha-hal2 yang berkaitan majalah. Luv u all.
Kepada semua warga SMKTT, nama kalian semua akan sentiasa tersemat dalam hati ini dan tak mungkin saya lupakan.
Kepada sahabat-sahabat PK SPM 2019-2019, terima kasih kerana banyak mengajar saya. Pengalaman menjadi Penyelia Kawasan SPM juga sangat bermakna buat saya.
Akhir kalam, saya mohon ampun dan maaf kepada para pentadbir, semua rakan guru dan seluruh warga Tasik jika ada khilaf saya kepada kalian sepanjang saya di SMKTT. Maaf juga jika pernah tersinggung atau terguris hati dengan kata-kata atau gurauan saya selama ini. Terima kasih juga untuk segala-galanya.
Sebelum saya menamatkan ucapan, saya akan mendeklamasikan sebuah sajak yang menzahirkan perasaan saya sejak saya mendapat keputusan perpindahan ini.
Menghitung Hari
Detik berlalu
semakin pantas terasa
semakin dekat waktu
hati terasa perit
bagai disiat-siat
sayu
hiba
segala rasa bersatu
menyesak dada
namun...
tak siapa tahu
Walau bibir masih tersenyum
walau tawa masih kedengaran
namun...
dalam hati
pedih menahan tangis
Sesungguhnya
tak siapa mengusir
tak siapa membenci
tapi harus memilih
dia.. antara semua
kerana isteri itu...
pendamping suaminya
dalam susah
dan juga senang
Semakin dekat waktu
kaki terasa longlai
terasa berat untuk melangkah
meninggalkan bumi Ampang
tanah tercinta
20 tahun
penuh kenangan
suka dan duka
namun...
hanya yang manis
akan kekal dalam ingatan
dan juga sanubari
yang bakal dibawa
sebagai memori terindah
pabila melangkah
ke bumi
Cik Siti Wan Kembang
Selamat tinggal Tasik
Selamat tinggal sahabat-sahabat
Selamat tinggal kesayangan-kesayangan
Selamat tinggal kenangan
Selamat tinggal semua
Kenang daku dalam doa kalian
Jika ada sumur di ladang
boleh kita menumpang mandi
jika ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi
Sekian, terima kasih.
Semoga persahabatan yang terjalin kekal abadi hingga janah.
Sayang selalu
Surely going to miss sahabat2 semua.
Selamat tinggal Tasik
Selamat tinggal sahabat-sahabat
Selamat tinggal kesayangan-kesayangan
Selamat tinggal kenangan
Selamat tinggal semua
Kenang daku dalam doa kalian
Jika ada sumur di ladang
boleh kita menumpang mandi
jika ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi
Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat GATE yang telah bersusah payah menganjurkan satu majlis perpisahan untuk saya dengan begitu sempurna. Saya sangat-sangat terharu.
Macam-macam menu lazat disediakan oleh sahabat-sahabat tersayang. Tq Tq Tq
Terima kasih juga atas hadiah-hadiah yang diberikan. Semuanya sungguh bernilai buat saya.
Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada sahabat2 GATE sekiranya saya pernah terkasar bahasa, tersilap tutur kata dan terkhilaf perbuatan dengan kalian sepanjang kita bersahabat dan bekerja bersama-sama di SMKTT.
Kak Azlina, Nani, Bi, Tini, Kak Ma, Mala, Ana, Jatt, Lela, kak Azah, Wah, Ja, kak Sally, kak Azua, kak Nor, kak Ros, Jun, Wan Ju, Prema, Parames, Fum, Pei Pei, Cikgu Lye, Cikgu Pasu, dan Cikgu Jamal..I love u all..sahabat selamanya..nama- nama kalian tersemat kukuh dalam hati ini...forever n after..
Terima kasih kepada semua warga Tasik iaitu para pentadbir, guru-guru dan AKP yang hadir dan meraikan saya pada majlis perpisahan saya. Saya amat-amat terharu dan menghargainya.
Kepada yang tidak dapat hadir, jangan risau. Saya faham situasi kalian. Ada yang bertugas sebagai pemeriksa lisan SPM, ada yang cuti sakit, ada yang dikurantin dan sebagainya. InsyaAllah, jika ada rezeki dan panjang umur, pasti kita akan berjumpa lagi.
InsyaAllah saya akan turun semasa hi -tea guru nanti. Nak bergambar dengan semua untuk kenangan
Terima kasih juga atas hadiah-hadiah yang diberikan. Semuanya sungguh bernilai buat saya.
Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua warga Tasik sekiranya saya pernah terkasar bahasa, tersilap tutur kata dan terkhilaf perbuatan dengan kalian sepanjang kita bersahabat dan bekerja bersama-sama di SMKTT.
Jujurnya, pengalaman saya di SMKTT selama 19 tahun amat-amat bermakna buat saya. Saya banyak mengenali orang-orang yang baik di sini. Kalian semua (para pentadbir, rakan-rakan guru - GATE/Arus Perdana/PPKI dan staf sokongan) menyantuni saya dengan baik dan ramah. Saya pasti akan merindui kalian semua.
Selamat tinggal Tasik
Selamat tinggal sahabat-sahabat
Selamat tinggal kesayangan-kesayangan
Selamat tinggal kenangan
Selamat tinggal semua
Kenang daku dalam doa kalian
Jika ada sumur di ladang
boleh kita menumpang mandi
jika ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi
No comments:
Post a Comment