TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...
Showing posts with label My Novel. Show all posts
Showing posts with label My Novel. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

Masihkah Ada Cinta...(Promo)


              
       Mengisahkan Marina, seorang isteri yang kecewa akan suaminya, Farid yang curang terhadapnya semasa dia mengandungkan anak ketiga mereka.  Tekanan yang dialami oleh Marina menyebabkan dia keguguran. Semasa pertengkaran, Farid telah menjatuhkan talak satu ke atas Marina tanpa sengaja.  Walaupun Farid menyesal dan memujuk Marina agar mereka  rujuk semula, Marina menolak kerana dia begitu kecewa  akan  sikap  Farid.  Untuk melupakan kekecewaan hatinya, Marina melanjutkan pelajaran ke peringkat PHD.  Semasa dia belajar, dia bertemu semula dengan rakan lamanya,  cinta pertamanya dan cinta baharu, tapi hatinya  merindui yang lain.....cinta siapakah yang akan dipilih oleh Marina untuk mengisi kesunyian hatinya?