TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Wednesday, March 19, 2014

Terkhusus Untukmu...Kapten Zaharie Ahmad Shah


Tanggal 8 Mac 2014
tarikh perkenalan
kutatap wajahmu
di dada berita
cuba aku selami  
untuk kukenal dirimu 

Kau bukan sesiapa denganku
bukan ayah
bukan abang
bukan adik
bukan juga suami
namun 
dirimu dekat di hati
bukan kerana aku cinta
hanya kerana 
aku mengagumi

Fitnah datang
bertubi-tubi
dari segenap arah
bagai panah tak bermata
menusuk jiwa
apa dayamu
tak mampu menepis
kerna engkau 
entah di mana

Kutulikan telinga
tak sanggup mendengar
kubutakan mata
tak sanggup membaca
tuduhan demi tuduhan
yang dilemparkan kepadamu
tidak aku mempercayainya
walau sebesar zarah

Keluargamu terluka
aku juga
pulanglah segera
agar kau bisa bersuara
menyangkal segala cela
yang semakin bermaharajalela

Aku bersama yang lain
yakin dan percaya
kau punya segala jawapan
untuk setiap persoalan
dan segala tindakanmu
berdasarkan akal yang waras

Aku bersama yang lain
yakin dan percaya
nyawamu kau pertaruhkan
demi MH370

Yakinlah
percayalah
Allah sentiasa bersamamu...











4 comments:

  1. Alhamdulilah.. sy dgr byk sgt tohmahan kpd kapten zaharie. Purata menuding jari pd beliau. Even sy xknal beliau tp dr kata2 kakak sy yg pernah bekerja dgn beliau, beliau adalah kapten yg plg berdisplin di MAS. Sy sgt2 simpati pd family beliau.. da lah kehilangan suami/ayah/abg/anak/adik xtau ke mana then kene tohmahan camni plak. Hope mereka bykkn bersabar.. kami disini sentiasa bersamamu Kapten!!..

    Doakan kami xkan putus utk MH370

    Tq puan. Serius bait kata2 yg sgt dlm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama...sebagaimana yang terzahir, begitu jugalah keyakinan saya terhadap beliau...saya menangis mengenangkan beliau dan MH370..saya lemas apabila mendengar dan membaca tuduhan demi tuduhan terhadap beliau..kalau saya begitu terluka, apatah lagi keluarga beliau...sama-samalah kita terus berdoa kepada Allah agar beliau serta penumpang dan crew yang lain selamat dan kembali ke pangkuan kita semua...usah berhenti berharap...

      Delete
  2. Like u, my family and me feel exactly what u felt era described in the poem ,beautifully written , for a person I haven't got acquainted but have trust in him that he deserves better than what has been thrown at him. To me, one is innocent till proven guilty . to his family,I would like to say, there are many out there supporting your dad. We pray that blessings be with captain zaharie his family not forgetting u too. Bravo to u.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqvm..I appreciated your comment. Yes, i believed that i am not alone to support Captain Zaharie and his family. We all shared the same feeling. Thanks again.

      Delete