Lagu
Guru…. (Melodi lagu Ibu nyanyian P.Ramlee) (semua pelajar)
Guru guru
Engkaulah penyuluh hidupku
Bila kubersedih
Engkau nasihat selalu
Guru guru
Engkaulah penyuluh hidupku
Mendidikku selalu
Wahai guru
Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hdidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu
Guru guru
Engkaulah penyuluh hidupku
Tak jemu mencurahkan ilmu
Wahai guru
Guru guru
Engkaulah penyuluh hidupku
Bila kubersedih
Engkau nasihat selalu
Guru guru
Engkaulah penyuluh hidupku
Mendidikku selalu
Wahai guru
Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hdidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu
Guru guru
Engkaulah penyuluh hidupku
Tak jemu mencurahkan ilmu
Wahai guru
Tap tap tap tap tap (bunyi kasut guru) – (semua pelajar)
Semua bangun….. (seorang pelajar lelaki)
Selamat sejahtera cikgu (semua pelajar)
Selamat sejahtera , baiklah, awak semua
boleh duduk (seorang pelajar perempuan)
Terima kasih cikgu (nada upin dan ipin) (semua pelajar)
Cikcikgu cikcikgu
Terima kasih cikgu
Cikcikgu cikcikgu
Terima kasih cikgu
Cikcikgu cikcikgu
Gurindam jiwa lagu diseru
Buat mengubat hati yang rindu (semua pelajar)
Pantun ini terkhusus untukmu
Dari kami untuk cikgu
Gajus muda dicicah garam
Sedap rasanya walaupun pahit
Pelbagai karenah pelbagai ragam (pelajar perempuan)
Guru tak heran tak pernah serik
Sejarah, BM dan juga
Ekonomi
Subjek pilihan tingkatan enam
Soal disiplin tiada kompromi (pelajar lelaki)
Hormati guru asas kejayaan
Wajah ayu lagi menawan
Puteri jelita Pulau Sentosa (pelajar perempuan)
Jangan degil tak baik melawan
Kelak dirimu akan binasa
Jauh berjalan Pendekar Sidik
Duduk di kali melepaskan penat (pelajar lelaki)
Guru mengajar dan juga mendidik
Pantang duduk walaupun penat
Badan penat terasa perit
Mari makan pulut semangat (pelajar perempuan)
Vokal lantang sesekali menjerit
Bukan marah tetapi bersemangat
Hang Tuah pahlawan terbilang
Nama tersohor di serata pekan (pelajar lelaki)
Cemerlang, gemilang dan juga
terbilang
Itulah harapan yang guru gantungkan
Burung helang menyambar mangsa
Gegak gempita seluruh desa (pelajar perempuan)
Ajaran guru ilmu berharga
Semangat dan keikhlasan demi anak
bangsa
Antara syabu dan juga ganja
Dadah heroin lagi berbahaya (pelajar lelaki)
Guru pencetus kegemilangan
berganda
Pelajar penggerak wawasan negara
Anak Cina bermain tongkang
Tongkang pecah dipukul taufan (pelajar perempuan)
Sudah berjaya melakar
kecemerlangan
Jasa guru tak akan kami lupakan
Rajin sungguh anak petani
Lepas membajak mandi di
perigi (semua
pelajar)
Budi bahasa amalan murni
Guru dihormati tidaklah rugi
Baiklah pelajar, minggu lepas cikgu suruh awak
buat latihan A.
Seperti yang dijanjikan, hari ni kita
akan bincang.
Ahmad, sila jawab….. (seorang pelajar perempuan)
Jeng jeng jeng… (semua pelajar)
Saya tak buat cikgu.. (pelajar lelaki)
Hah? Tolong berdiri ! (seorang pelajar perempuan)
Lily? Sila jawab…. (pelajar perempuan)
Jeng jeng jeng… (semua pelajar)
Saya buat cikgu tapi tertinggal di
rumah… (pelajar perempuan)
Hah? Tolong berdiri! (pelajar perempuan)
Muttu? ( seorang pelajar perempuan )
Alamak kantoiiii (semua pelajar)
Ayoyo..saya tarak buat cikgu (seorang
pelajar lelaki)
Awak pun sama? Tolong
berdiri…. (seorang pelajar perempuan)
Kalau macam ni sikap awak, hari ni
kita semua tak payah belajar…awak buat
kerja sendiri dan cikgu buat kerja
cikgu..puas hati awakkan? Awak sukakan?
(pelajar perempuan)
Dan cikgu pun merajuk
(pantun)
Keluar kelas keraskan hati (semua
pelajar)
Murid panggil cikgu tak nak masuk
Pelajar turut susah hati
Hahaha..tak tahu (pelajar lelaki)
Hahaha..tak tahu (semua pelajar)
Engkaulah (semua pelajar
lelaki)
Engkaulah (semua pelajar
perempuan )
Ehh, engkaulah (seorang pelajar lelaki)
Jom kawan-kawan
Mari kita sama-sama (semua pelajar)
Pergi pujuk cikgu
Minta maaf ramai-ramai
Cikgu , cikgu kami minta maaf,
Kami janji akan buat kerja cikgu (semua pelajar)
Cikgu masuklah kelas
Maafkan kami…
Maafkan kami..
(semua pelajar)
Maafkan kami
Maafkan kami
Maaafkan kami
Barapa banyak maaf daaa…. (seorang
pelajar perempuan)
(Melodi lagu maafkan kami oleh P.
Ramlee)
Cikgu pun diam sahaja
Murid menangis rasa bersalah
Lalu cikgu pun berkata (pantun)
Baiklah, cikgu pun minta maaf (semua pelajar)
Jom kita masuk kelas
Cikgu marah sebab sayang (pantun)
Cikgu harap awak sedar (semua pelajar)
Murid angguk, tanda faham
Wahai anak didikku
Kau harus rajin belajar, tekun
dan juga taat (sajak)
Usah dibazirkan waktumu dengan
perkara yang sia-sia (seorang pelajar perempuan)
Jadikan buku teman terbaikmu
Kelak kau lulus dengan cemerlang
Nanti dapat masuk
universiti pilihan
Belajar pula kursus yang
diinginkan
Tak mahukah kamu?
Murid angguk tunduk sahaja
Rasa kesal menerjah dada (semua pelajar)
Pesanan guru tersemat di dada
Akan ingat sampai bila-bila
Maafkan kami cikgu
(semua pelajar)
Terima kasih cikgu
Bicara Berirama ni hasil nukilan saya sendiri setelah melihat kecomelan pelajar sekolah rendah beraksi dalam pertandingan Bicara Beirama via youtube. Jadi saya mahu merealisasikannya kepada pelajar-pelajar saya (pelajar 6 rendah) untuk persembahan Hari Guru. Dalam bayangan saya nampak mudah, rupa-rupanya susah betul hendak melatih mereka, apatah lagi dengan masa yang begitu terbatas. Terima kasih kepada Pn. Nasywah kerana turut bertungkus-lumus melatih mereka. Selebihnya tahniah dan terima kasih kepada Ruben (pelajar L6SCBio) yang bertindak sebagai ketua kumpulan dan juga pengarah. Anda sungguh komited dan sabar dengan karenah rakan-rakan anda.Pada mulanya saya agak berdebar-debar untuk menonton persembahan mereka...takut banyak kesilapan yang bakal berlaku, namun akhirnya saya sangat teruja dan sangat berpuas hati dengan persembahan mereka, walaupun pergerakan mereka tidak begitu selaras. Hal itu saya maklumi kerana mereka hanya berlatih selama 3 hari (itu pun sekadar beberapa jam sahaja sehari). Tahniah kepada semua peserta yang terlibat dalam persembahan Bicara Berirama.
ReplyDeleteMesti best, teringin nak tengok...
ReplyDeleteIzin kan saya guna skrip ni utk melatih murid tahun 6 sempena hari guru mei mendatang.
ReplyDeleteSilakanlah, semuanya kerna Allah..saya sangat berbesar hati...kalau ada videonya, postkanlah di sini ya...
DeleteBoleh tak kalau saya nak guna untuk persembahan akhir tahun
ReplyDeletemohon untuk menggunakan pantun di atas.. (; - cikgu shila
ReplyDeleteAssalam puan..minta izin gunakan skrip ini..tapi sya akan ubah sedikit..minta halal puan..
ReplyDeletetahniah! Usaha yang baik. Mohon kongsi.. saya nak cuba pertama kali dengan pelajar saya.
ReplyDeleteassalamualaikum..boleh x saye nk guna skrip ni untuk persembahan hari guru ??
ReplyDeleteassalamualaikum..boleh x saye nk guna skrip ni untuk persembahan hari guru ??
ReplyDeleteassalamualaikum...mohon saya gunakan skrip ni untuk persembahan pelajar ari guru nanti
ReplyDeleteAssalamualaikum puan...bagus ideanya... mohon izin puan untuk persembahan murid..
ReplyDeleteSalam....mohon izinkan saya gunakan skrip puan utk persembahan kanak-kanak prasekolah saya. Bagus sgt idea nih. Alhamdulillah...terbaik
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Bagus sekali skrip puan..mohon digunakan ya..Semoga segala urusan puan dipermudahkan.Terima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Bagus sekali skrip puan..mohon digunakan ya..Semoga segala urusan puan dipermudahkan.Terima kasih
ReplyDeleteWaalaikumsalam...tq..silakan jika bermanfaat
Delete