Assalamualaikum....
Semalam saya terbaca satu artikel yang panjang lebar yang ditulis oleh seorang Profesor Jusa B dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam, yang mungkin mewakili suara para pensyarah lain keseluruhannya. Artikel tersebut adalah tentang ketidakpuasan hati beliau dan para pensyarah lain kerana tiada pelarasan / penstrukturan semula gaji pensyarah. Dalam artikel itu, beliau menulis tentang beban tugas pensyarah yang sangat mencabar dan berat, malah membandingkan beban tugas pensyarah dengan beban tugas guru yang menurut beliau beban tugas pensyarah lebih berat daripada beban tugas guru, tetapi guru menerima gaji lebih tinggi daripada pensyarah, dan menurut beliau perkara ini sangat tidak adil. Ada pula komen-komen yang memperlekeh pekerjaan guru.
Saya termenung sejenak. Saya faham masalah mereka walaupun saya hanya seorang guru. Jika benar-benar mahukan kenaikan gaji, 'buatlah sesuatu'. Saya tidak mahu menyenaraikan beban tugas guru kerana bagi saya, setiap pekerjaan ada cabaran tersendiri. Hanya mereka yang mengalaminya yang memahami beban tugas masing-masing. Janganlah diperlekeh pekerjaan guru atau pekerjaan orang lain hanya kerana mahu mendapat pembelaan dan pengiktirafan. Tidak baik begitu. Kenapa kami harus dipersalah jika menerima gaji yang lebih tinggi? Mungkin itu sudah rezeki kami. Mungkin kesatuan pensyarah tidak begitu kuat untuk memaksa kerajaan berbuat 'sesuatu' tentang gaji pensyarah. Jadi bersatulah wahai golongan pensyarah agar suara anda didengar oleh kerajaan. Tidak berapa lama dahulu golongan guru juga menjadi mangsa ketidakpuasan hati para doktor. Kasihan kami golongan guru. Kami tidak bersalah apa-apa kepada anda. Yang pastinya, kami mendidik anak-anak doktor dan juga pensyarah dengan penuh dedikasi seperti kami mendidik anak-anak petani, buruh dan nelayan tanpa sebarang prejudis.
- Kita sama-sama pendidik.
- Kita sama-sama pendidik.
macam ni la...
ReplyDeletecikgu dan pensyarah universiti ibarat...
driver teksi, dan driver kapal terbang...
pikir2 lah sendiri..