TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Saturday, January 26, 2013

Entahlah...


Assalamualaikum...


          Rasanya sudah agak lama saya tidak menulis.  Sejak zenbook  kesayangan buat hal tiga minggu lepas dan masuk bengkel ASUS selama seminggu, idea menulis tiba-tiba beku seketika.  Nampaknya novel saya tertangguh lagi, entah bila akan siap.   Alhamdulillah, kini zenbook kesayangan sudah pulih, namun aktiviti berkarya harus ditolak ke tepi terlebih dahulu kerana  kerja sekolah mula menimbun, sementelah pula, saya baru sahaja pulang daripada berkursus.  Banyak perkara yang harus dilakukan dan didahulukan.  Fikiran harus difokuskan kepada PBS BM STPM.  Soalan PBS kena buat sendiri.  Haish, jenuh juga hendak memerah otak  untuk bina lapan soalan karangan berformat berserta skema jawapan. Minggu depan dah kena mula buat PBS pertama, tapi soalan belum siap.

         Sekali sekala menjengah facebook, sekadar membaca status rakan-rakan sepintas lalu.  Sudah tidak ada hati untuk komen dan 'like'. Facebook terasa sungguh membosankan.  Mesej dalam inbox juga dibiarkan tanpa balasan.  Maaflah ya....terasa malas sangat nak balas.

         Semalam, semasa saya sedang mengajar di dalam kelas, tiba-tiba saya menerima satu mesej daripada nombor yang tidak dikenali.  Tatkala membaca mesej itu, hati berasa tidak enak.  Emosi sedikit terganggu, namun pengajaran diteruskan. Selepas tamat P&P, saya menerima mesej kedua, bertanya sebab saya tidak membalas mesej pertama.  Saya mengeluh.  Kenapa semua ini harus berlaku?   Salah faham dan syak wasangka! Tidak pernah terlintas di fikiran untuk mengulang kisah lama.  Setelah lama berfikir dan demi kebaikan bersama, keputusan dibuat.   Kini semuanya sudah muktamad.  Saya redha.  Tiada niat untuk memutuskan persahabatan/ silaturrahim, namun itulah yang terbaik agar tiada lagi hati yang terluka.  

1 comment:

  1. Jgn biarkan diri anda dibelenggu masalah..ewah dah mcm rancangan misteri nusantara la pulak

    ReplyDelete