Assalamualaikum....
Tweet
Gambar Hiasan |
Memang sudah menjadi lumrah manusia, suka menjadi yang
pertama dalam segala hal. Mahu menjadi isteri
pertama, mahu menjadi yang pertama mencipta rekaan terbaharu, mahu menjadi yang pertama mengetahui sesuatu
berita sensasi, mahu menjadi yang
pertama yang menyampaikan berita sensasi, mahu menjadi yang pertama yang
mengucapkan tahniah dan takziah, dan segala macam yang pertama lagi. Baguslah…tetapi awas, kadang-kadang yang
pertama itulah yang menjadi penyebar fitnah!!!
Kadang-kadang
fitnah (berita yang tidak benar) itu disebarkan oleh golongan manusia yang
bukan berniat untuk memecahbelahkan, sebaliknya
dia sekadar mahu memberitahu masyarakat bahawa dia tahu segala-galanya
dan menjadi yang pertama yang mengetahui
segala-galanya, walaupun
sebenarnya berita itu adalah tidak benar atau telah ditokok tambah dengan
pelbagai perisa untuk menyedapkan jalan cerita agar kedengaran lebih
“happening”. Kesannya, maruah diri
mangsa fitnah pasti akan tercalar kerana
dipandang serong oleh masyarakat. Apa daya mangsa fitnah untuk membela dirinya
sendiri kerana cerita tentang dirinya dijaja di luar pengetahuannya.
Fenomena
atau gelaja suka menjaja cerita yang tidak benar kesahihannya (fitnah) berlaku di mana-mana sahaja dalam masyarakat,
baik di kampung, di bandar, dalam masyarakat kelas atasan, sederhana dan bawahan. Akan wujud golongan penglipurlara yang
bertindak sebagai tukang cerita, berbisik ke telinga seseorang ke seseorang
yang lain, kemudian siap berpesan, “jangan bagitahu orang lain tau...” Yang mendengar pula berbisik pula kepada yang lain, juga siap dengan
pesanan yang sama, “jangan bagitahu orang lain tau”…dan akhirnya fitnah tersebar
seluas-luasnya.
“Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan
binasa…”
Itulah
peribahasa Melayu dahulu kala yang masih terpakai hingga kini, memberi
peringatan dan pesanan kepada sesiapa sahaja agar mengawal lidah daripada
berkata sesuatu yang bakal merosakkan diri sendiri dan juga orang lain.
“Jagalah lidahmu agar tidak berkata yang sia-sia,
kerana perkataan yang sia-sia itu menjurus diri kepada fitnah dan umpatan….”
"Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Potongan hadis di atas membenarkan peribahasa
Melayu tersebut. Petang tadi sebelum terlelap menunggu azan asar, saya
terfikir-fikir tentang peristiwa yang telah berlaku di tempat kerja saya. Peristiwa tersebut membuatkan saya bermuhasabah,
memberi peringatan kepada diri sendiri bahawa
fitnah boleh memberi kesan yang besar kepada diri dan masyarakat, iaitu menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap diri sendiri serta mengaibkan seseorang
hingga boleh mewujudkan perbalahan dan perpecahan.
Apabila saya memuhasabah diri, rasanya lebih baik
saya duduk sahaja di dalam bilik kerja
saya, dan melakukan kerja-kerja saya sendirian, kerana hal itu dapat mengelakkan saya daripada mendengar cerita-cerita yang tidak
benar dan turut menyebarkan fitnah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa
saya yang lepas.
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Surah 49, Al-Hujurat :6)
"Lebih baik berdiam diri daripada berkata yang sia-sia."
"Dosa menyebarkan fitnah itu lebih besar daripada dosa membunuh seorang manusia."
Wallah hua’lam….
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Surah 49, Al-Hujurat :6)
"Lebih baik berdiam diri daripada berkata yang sia-sia."
"Dosa menyebarkan fitnah itu lebih besar daripada dosa membunuh seorang manusia."
Wallah hua’lam….
No comments:
Post a Comment