Bismillah...
Susulan kisah kematian baby Adam yang tragis yang tular di facebook, saya terbaca satu posting tentang tanda-tanda penderaan di pusat jagaan kanak-kanak. Antaranya ialah anak menangis dan meronta kerana enggan ke pusat jagaan. Allahu, anak bongsu saya pernah mengalaminya sewaktu dia berumur 4 tahun. Sewaktu anak bongsu saya berumur 1-3 tahun, saya menggunakan khidmat pembantu rumah untuk menjaga anak-anak saya di rumah. Pembantu rumah saya pada ketika itu bernama Yani dan merupakan seorang wanita Indonesia berumur dalam lingkungan 27 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan yang berumur 6 tahun. Alhamdulillah, pembantu rumah saya ini sangat baik, berperwatakan lembut dan bersifat penyayang terhadap anak-anak saya, mungkin kerana dia sendiri merupakan seorang ibu. Pembantu rumah saya ini telah bekerja selama tiga tahun di rumah saya dan berjanji akan menyambung khidmatnya lagi di rumah saya. Saya berasa senang hati mendengar pengakuannya dan mengalu-alukannya, lebih-lebih lagi anak-anak juga memang menyayanginya.
Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, namun Allah jua yang menentukannya. Sebelum sempat saya memperbaharui permit Yani untuk tahun keempat, pembantu rumah saya menerima khabar buruk dari kampung bahawa suaminya sedang sakit tenat dan sedang terlantar di hospital. Keluarganya meminta dia pulang untuk menemui dan menjaga suaminya. Yani menjadi serba salah kerana dia telah berjanji dengan saya untuk meneruskan khidmatnya di rumah saya. Dalam masa yang sama, dia menangis sepanjang masa mengenangkan suaminya. Saya seorang majikan yang masih berhati perut. Saya faham keadaannya lalu saya memujuknya agar pulang sahaja ke kampung walaupun hati saya sendiri sangat berat untuk melepaskannya, anak-anak saya apatah lagi. Mereka menangis kerana tidak mahu berpisah dengan Yani. Dalam keadaan serba salah, Yani akhirnya pulang juga ke pangkuan suami dan keluarganya.
Sejak itu juga, saya tidak lagi menggunakan khidmat pembantu rumah kerana anak-anak saya sudah besar dan saya mahu mendidik mereka berdikari. Saya juga sebenarnya takut jika tidak mendapat pembantu rumah sebaik Yani. Sebelum saya menggunakan khidmat Yani, saya telah menggunakan khidmat beberapa orang pembantu rumah warga asing tanpa permit yang datang ke rumah saya pada waktu pagi dan pulang pada waktu petang serta khidmat seorang pembantu rumah berlesen dari Medan, namun dia hanya bekerja dengan saya selama empat bulan. Saya terpaksa menghantarnya pulang kerana tidak tahan akan sikap dan perangainya terhadap saya dan anak-anak saya. Saya sudah serik untuk menggunakan khidmat pembantu rumah selepasnya. Walaupun begitu, saya bersyukur kerana Allah telah menghantar Yani kepada kami.

Setelah kepulangan Yani ke kampungnya, saya menghantar anak bongsu saya yang berumur 4 tahun ke pusat jagaan kanak-kanak berdekatan dengan rumah saya. Anak-anak saya yang lain berumur 14, 12, 10 dan 7 tahun. Mereka menguruskan diri sendiri di rumah semasa saya bekerja. Anak saya yang sulong menguruskan adik-adiknya terutamanya yang berumur 7 tahun. Selama beberapa bulan saya menghantar anak bongsu saya ke pusat jagaan kanak-kanak itu, tidak ada apa-apa masalah yang berlaku. Segalanya berjalan lancar. Dia mudah membiasakan diri di pusat jagaan itu walaupun dia menangis juga pada minggu pertama saya menghantarnya ke situ. Pada saya, itu merupakan perkara biasa bagi mana-mana kanak-kanak sekali pun.
Beberapa bulan kemudian, anak bongsu saya mula menunjukkan perubahan tingkah laku yang sangat merisaukan saya. Dia mula menangis dan meronta kerana enggan ke pusat jagaan itu. Dia akan bersembunyi di bawah katil apabila saya mahu menghantarnya pada setiap pagi. Saya terpaksa menariknya keluar dari bawah katil. Jika saya berjaya membawanya masuk ke dalam kereta, dia akan duduk di bawah kerusi hadapan di dalam kereta dan akan memegang tali pinggang keledar seerat-eratnya kerana enggan keluar dari kereta sambil menangis semahu-mahunya. Jika suami saya mahu menghantarnya dengan motorsikal pula, dia tidak mahu naik ke atas motosikal. Begitulah keadaannya selama beberapa minggu. Setiap hari pasti ada sahaja drama air mata olehnya. Saya dan suami sangat risau akan tingkah lakunya namun kami terlalu naif untuk memahami perubahan tingkah lakunya. Saya selalu juga memujuk dan bertanya kepadanya sebab dia menangis dan tidak mahu ke pusat jagaan itu, namun dia hanya diam membisu menyebabkan saya selalu juga memarahinya dan beranggapan dia mengada-ngada. Allahu, kejamnya saya dan suami. Apabila keadaan itu berlanjutan, saya semakin risau.

Pada suatu hari, semasa saya sedang menonton tv bersama anak bongsu saya itu, dia tanpa sengaja bercerita kepada saya bahawa dia selalu dipukul oleh kakak X di pusat jagaan itu. Ya Allah, berderau darah saya mendengar pengakuan anak bongsu saya itu. Saya sangat terkejut tetapi dalam masa yang sama, saya terfikir, adakah anak saya sengaja mereka-reka cerita itu kerana dia tidak mahu ke pusat jagaan itu? Hati saya berdetik, masakan anak kecil itu berbohong. Saya mula menyoalnya lebih lanjut dan memujuknya dengan lembut agar dia menceritakan segala-galanya kepada saya. Menurut anak saya lagi, X selalu memarahinya jika dia tidak mahu tidur pada waktu tengah hari dan jika dia masih tidak tidur dan berbisik-bisik dengan kawannya, X akan menampar pipinya berkali-kali. Rambut panjangnya juga selalu ditarik-tarik, kepalanya ditujah-tujah dan punggungnya selalu dicubit dan dipukul. Ya Allah, panas hati saya mendengar pengakuan anak bongsu saya itu. Walaupun begitu, tiada kesan lebam pada badan anak saya itu yang saya lihat semasa saya memandikannya setiap hari. Saya memberitahu hal itu kepada suami saya. Melalui penceritaan anak saya, saya akhirnya dapat mengenal pasti pengasuh itu. Dia merupakan pengasuh baharu di pusat jagaan itu dan merupakan remaja lepasan SPM dan baru berumur dalam lingkungan 18-19 tahun pada ketika itu. Selama ini semasa saya menghantar anak saya, dialah yang menyambut anak saya. Rupa-rupanya selama ini dia hanya berlakon di hadapan saya dengan cara memperlihatkan sifat penyayangnya terhadap anak saya. Dia akan memeluk dan mengusap-ngusap rambut anak saya di hadapan saya.
Keesokan harinya, saya pergi ke pusat jagaan itu dan bertemu dengan X lalu menyoal siasatnya. Dia tidak mengaku akan perbuatannya. Saya juga menyoal siasat tukang masak di situ tetapi dia juga bersubahat dan menafikan bahawa X mendera anak saya. Saya akhirnya menelefon pemilik pusat jagaan tersebut dan menceritakan segala-galanya yang diceritakan oleh anak saya. Alangkah geramnya hati saya apabila pemilik pusat jagaan itu menuduh anak saya mereka-reka cerita dan mengatakan saya terlalu memanjakan anak saya. Saya mengugut untuk mengeluarkan anak saya dari tempat itu dan dia mengalu-alukannya. Panas hati saya mengenangkan sikapnya tetapi saya lebih bodoh dan kejam kerana masih menghantar anak saya di situ. Sebenarnya saya tiada pilihan lain. Saya pernah bercadang untuk menghantar anak saya ke satu lagi pusat jagaan kanak-kanak berdekatan dengan rumah saya tetapi pusat jagaan itu terlalu padat dan persekitarannya agak kotor. Jadi, dengan hati yang berat saya terpaksa juga terus menghantar anak saya ke pusat jagaan kanak-kanak yang lama.
Rakan sekerja saya ada memberitahu saya bahawa anaknya yang transit di situ selalu juga bercerita kepadanya bahawa ada seorang pengasuh di situ yang bermuka-muka. Di hadapan ibu bapa, dia menunjukkan sikap penyayang tetapi di belakang ibu bapa, dia akan sentiasa menengking, memukul dan mencubit kanak-kanak di situ dan orang itu ialah X. Berdasarkan cerita rakan sekerja saya itu, saya bertambah yakin bahawa anak saya berkata benar.
Beberapa minggu selepas itu, semasa saya menghantar anak saya di situ, berlaku sedikit kekecohan di pusat itu. Saya akhirnya berjaya mendapat berita bahawa X sudah dihalau oleh pemilik pusat jagaan itu pada malam tadi. Rupa-rupanya beberapa orang ibu bapa kanak-kanak lain datang menyerbu dan menyerang X di hadapan pemilik pusat jagaan itu sendiri kerana mendera anak-anak mereka. Sah, anak saya berkata benar dan kanak-kanak lain juga turut didera oleh X! Selepas pulang dari kerja, saya berpeluang bertemu dengan tukang masak di pusat jagaan tersebut. Dia bercerita kepada saya tentang perangai dan sikap panas baran X. Saya bertanya kepadanya, kenapa dahulu semasa saya bertanya kepadanya, dia menafikan segala tindakan X? Dia sekadar menjawab bahawa dia terpaksa berbuat demikian kerana dia sendiri takut akan X. Allahhuakhbar, sampai hatinya bersubahat dengan X! Sejak X diberhentikan dan dihalau serta merta oleh pemilik pusat jagaan itu, anak saya kembali ceria dan mahu ke pusat jagaan tersebut tanpa dipaksa-paksa. Tempat X digantikan oleh pengasuh baharu yang lebih baik.
Anak bongsu saya itu kini sudah di tingkatan dua. Walaupun peristiwa itu sudah lama berlaku, saya masih rasa bersalah. Kejamnya saya kerana saya masih tergamak menghantar anak saya ke pusat jagaan itu pada waktu itu walaupun saya tahu anak saya telah didera fizikal dan emosi. Namun begitu, syukurlah anak saya tidak mengalami trauma yang berpanjangan. Maafkan Umi, Sayang... atas kekhilafan dan kebodohan diri Umi dahulu.

No comments:
Post a Comment