TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Sunday, March 23, 2014

Terharu...

Berita Harian :  Selasa 25 Mac 2014

The Star : 26 Mac 2014

Berita Harian : 27 Mac 2014

Berita Harian : 27 Mac 2014

"Di kala media membuat tuduhan-tuduhan tidak berasas, sekurang-kurangnya sajak Norzuraidah Md Nor dapat mengubati luka dan kesedihan kami sekeluarga.  Terima kasih" - Ahmad Idris Zaharie.



      Terharu! Hanya sepatah perkataan itu yang mampu saya ungkapkan tatkala terbaca komen balas saudara Ahmad Idris Zaharie (anak kepada Kapten Zaharie) terhadap sajak saya yang dimuat naik di halaman Friends of Captain Zaharie MH370 pada 21 Mac 2014.  Sajak saya yang pertama iaitu "Pulanglah MH370" terilham kerana saya terlalu memikirkan MH370.  Sebaik sahaja selesai berdoa, saya terus menzahirkannya di dada Kristal Bening. Sajak kedua saya yang berjudul "Terkhusus Untukmu...Kapten Zaharie Ahmad Shah" yang berselang tujuh hari dengan sajak pertama pula, terilham kesan daripada kekecewaan saya apabila membaca dan mendengar tuduhan demi tuduhan yang tidak berasas terhadap Kapten Zaharie.  Kalau saya yang tidak pernah mengenali beliau begitu terluka dengan tuduhan-tuduhan tersebut, apatah lagi keluarga beliau.  Saya turut merasai kelukaan, kesakitan dan kesedihan keluarga beliau.  Kedua-dua sajak saya itu sekadar  tanda sokongan saya terhadap MH370 dan Kapten Zaharie.  Kepada media dan mana-mana pihak yang suka menangguk di air keruh, hentikanlah fitnah kalian terhadap Kapten Zaharie!


       Saya menyeru semua rakyat Malaysia agar terus berdoa untuk MH370 dan semoga Kapten Zaharie dan krew yang lain serta semua penumpang MH370 selamat dan kembali ke pangkuan kita dalam masa yang terdekat.  Selagi tiada bukti yang menunjukkan MH370 terhempas, usah berhenti berharap!

No comments:

Post a Comment