Angin bergeser di celah daun adalah engkau
rotan menjalar di tubir cerun adalah engkau
batu merendap di lurah lumpur adalah engkau
air mengalir di alur sumur adalah engkau
Sewaktu aku meredah hutan kehidupan, awasilah aku
ketika aku tersesat haluan perjalanan, songsonglah aku
pabila aku tergelincir menyusur kali, sambutlah aku
tatkala aku terluka tersadung duri, pimpinlah aku
Akulah tiram, meresap mutiara cinta
akulah laut, menyambut pelaut setia
akulah pantai, menanti elusan santai
akulah bayu, memburu rindu terungkai
Apabila engkau datang bertandang
hutan tersergam lapang, laut pun tenang
malam terbentang terang, langit pun berbintang
alam tersenyum riang, kabus pun menghilang...
Puisi ini satu-satunya bukan hasil garapan saya. Puisi ini telah saya taip pada sehelai kertas dan melekatkannya pada kulit dalam album perkahwinan saya sekitar tahun 1993. Saya tidak pasti dan tidak ingat dari mana saya mendapat puisi ini. Saya telah cuba mencari sumbernya di google tetapi gagal. Puisi ini saya salin semula di dalam blog saya dek kagum akan keindahan bahasanya yang sangat puitis. JIka puisi ini milik seseorang, saya mohon izin untuk "copy & paste" di dalam blog saya ini.
ReplyDeletejangan taksub pada suami kerana aku juga suami hehee😅
ReplyDeletetak taksub eh..lebih-lebih lagi kepada suami macam awak..kui kui kui
ReplyDeleteaku setia kepada yang dua😑
ReplyDelete