Lagu
Guru…. (Melodi lagu Ibu nyanyian P.Ramlee) (semua pelajar)
Guru guru
Engkaulah penyuluh hidupku
Bila kubersedih
Engkau nasihat selalu
Guru guru
Engkaulah penyuluh hidupku
Mendidikku selalu
Wahai guru
Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hdidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu
Guru guru
Engkaulah penyuluh hidupku
Tak jemu mencurahkan ilmu
Wahai guru
Guru guru
Engkaulah penyuluh hidupku
Bila kubersedih
Engkau nasihat selalu
Guru guru
Engkaulah penyuluh hidupku
Mendidikku selalu
Wahai guru
Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hdidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu
Guru guru
Engkaulah penyuluh hidupku
Tak jemu mencurahkan ilmu
Wahai guru
Tap tap tap tap tap (bunyi kasut guru) – (semua pelajar)
Semua bangun….. (seorang pelajar lelaki)
Selamat sejahtera cikgu (semua pelajar)
Selamat sejahtera , baiklah, awak semua
boleh duduk (seorang pelajar perempuan)
Terima kasih cikgu (nada upin dan ipin) (semua pelajar)
Cikcikgu cikcikgu
Terima kasih cikgu
Cikcikgu cikcikgu
Terima kasih cikgu
Cikcikgu cikcikgu
Gurindam jiwa lagu diseru
Buat mengubat hati yang rindu (semua pelajar)
Pantun ini terkhusus untukmu
Dari kami untuk cikgu
Gajus muda dicicah garam
Sedap rasanya walaupun pahit
Pelbagai karenah pelbagai ragam (pelajar perempuan)
Guru tak heran tak pernah serik
Sejarah, BM dan juga
Ekonomi
Subjek pilihan tingkatan enam
Soal disiplin tiada kompromi (pelajar lelaki)
Hormati guru asas kejayaan
Wajah ayu lagi menawan
Puteri jelita Pulau Sentosa (pelajar perempuan)
Jangan degil tak baik melawan
Kelak dirimu akan binasa
Jauh berjalan Pendekar Sidik
Duduk di kali melepaskan penat (pelajar lelaki)
Guru mengajar dan juga mendidik
Pantang duduk walaupun penat
Badan penat terasa perit
Mari makan pulut semangat (pelajar perempuan)
Vokal lantang sesekali menjerit
Bukan marah tetapi bersemangat
Hang Tuah pahlawan terbilang
Nama tersohor di serata pekan (pelajar lelaki)
Cemerlang, gemilang dan juga
terbilang
Itulah harapan yang guru gantungkan
Burung helang menyambar mangsa
Gegak gempita seluruh desa (pelajar perempuan)
Ajaran guru ilmu berharga
Semangat dan keikhlasan demi anak
bangsa
Antara syabu dan juga ganja
Dadah heroin lagi berbahaya (pelajar lelaki)
Guru pencetus kegemilangan
berganda
Pelajar penggerak wawasan negara
Anak Cina bermain tongkang
Tongkang pecah dipukul taufan (pelajar perempuan)
Sudah berjaya melakar
kecemerlangan
Jasa guru tak akan kami lupakan
Rajin sungguh anak petani
Lepas membajak mandi di
perigi (semua
pelajar)
Budi bahasa amalan murni
Guru dihormati tidaklah rugi
Baiklah pelajar, minggu lepas cikgu suruh awak
buat latihan A.
Seperti yang dijanjikan, hari ni kita
akan bincang.
Ahmad, sila jawab….. (seorang pelajar perempuan)
Jeng jeng jeng… (semua pelajar)
Saya tak buat cikgu.. (pelajar lelaki)
Hah? Tolong berdiri ! (seorang pelajar perempuan)
Lily? Sila jawab…. (pelajar perempuan)
Jeng jeng jeng… (semua pelajar)
Saya buat cikgu tapi tertinggal di
rumah… (pelajar perempuan)
Hah? Tolong berdiri! (pelajar perempuan)
Muttu? ( seorang pelajar perempuan )
Alamak kantoiiii (semua pelajar)
Ayoyo..saya tarak buat cikgu (seorang
pelajar lelaki)
Awak pun sama? Tolong
berdiri…. (seorang pelajar perempuan)
Kalau macam ni sikap awak, hari ni
kita semua tak payah belajar…awak buat
kerja sendiri dan cikgu buat kerja
cikgu..puas hati awakkan? Awak sukakan?
(pelajar perempuan)
Dan cikgu pun merajuk
(pantun)
Keluar kelas keraskan hati (semua
pelajar)
Murid panggil cikgu tak nak masuk
Pelajar turut susah hati
Hahaha..tak tahu (pelajar lelaki)
Hahaha..tak tahu (semua pelajar)
Engkaulah (semua pelajar
lelaki)
Engkaulah (semua pelajar
perempuan )
Ehh, engkaulah (seorang pelajar lelaki)
Jom kawan-kawan
Mari kita sama-sama (semua pelajar)
Pergi pujuk cikgu
Minta maaf ramai-ramai
Cikgu , cikgu kami minta maaf,
Kami janji akan buat kerja cikgu (semua pelajar)
Cikgu masuklah kelas
Maafkan kami…
Maafkan kami..
(semua pelajar)
Maafkan kami
Maafkan kami
Maaafkan kami
Barapa banyak maaf daaa…. (seorang
pelajar perempuan)
(Melodi lagu maafkan kami oleh P.
Ramlee)
Cikgu pun diam sahaja
Murid menangis rasa bersalah
Lalu cikgu pun berkata (pantun)
Baiklah, cikgu pun minta maaf (semua pelajar)
Jom kita masuk kelas
Cikgu marah sebab sayang (pantun)
Cikgu harap awak sedar (semua pelajar)
Murid angguk, tanda faham
Wahai anak didikku
Kau harus rajin belajar, tekun
dan juga taat (sajak)
Usah dibazirkan waktumu dengan
perkara yang sia-sia (seorang pelajar perempuan)
Jadikan buku teman terbaikmu
Kelak kau lulus dengan cemerlang
Nanti dapat masuk
universiti pilihan
Belajar pula kursus yang
diinginkan
Tak mahukah kamu?
Murid angguk tunduk sahaja
Rasa kesal menerjah dada (semua pelajar)
Pesanan guru tersemat di dada
Akan ingat sampai bila-bila
Maafkan kami cikgu
(semua pelajar)
Terima kasih cikgu

