Dua minggu lepas, saya dan keluarga saya pulang ke kampung sempena cuti persekolahan penggal satu. Dari rumah, kami melalui Jalan Ampang. Semasa suami saya memberhentikan kereta di lampu merah di simpang empat Taman Dagang, Ampang, saya terpandang satu papan iklan gergasi di kiri jalan. Bersatu kita gempak, bercerai kita kokak! Saya terkedu sebentar. Setelah lampu hijau, suami saya meneruskan perjalanan. Pada masa itu barulah saya teringat untuk mengambil gambar papan iklan itu tetapi sudah terlambat. Saya menyuruh anak perempuan saya membaca papan iklan itu dan saya mula membebel. Anak perempuan saya memberitahu saya bahawa papan iklan tu sudah lama di situ. Oh betulke? Macam mana selama ini saya tidak perasan? Hari ini saya baru berkesempatan untuk mengambil gambar papan iklan itu semasa saya pulang dari mengambil anak saya di UTM Kuala Lumpur.
Sebagai seorang pencinta bahasa dan guru bahasa Melayu, saya benar-benar kecewa dan sedih akan penggunaan bahasa slanga pada papan iklan gergasi di tengah-tengah bandar Ampang. Peribahasa Melayu yang indah sudah hilang keindahannya dek perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Apakah peranan dan fungsi kerajaan serta Dewan Bahasa dan Pustaka? Apakah mereka sudah tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk bertindak? Sudah butakah mata mereka membiarkan sahaja bahasa Melayu diperkosa sedemikan rupa? Inikah gambaran usaha kerajaan memartabatkan bahasa Melayu? Inikah contoh bahasa yang ingin kita terapkan dalam jiwa rakyat Malaysia dan beginikah cara kita menyayangi bahasa Melayu? Di bumi Malaysia sendiri bahasa Melayu dirobek-robek dan diperkosa di depan mata pihak berkuasa, namun mereka membisu seribu bahasa. Oh malangnya nasib bahasaku!
Saya menyokong tulisan saudara Herman Hermawan bahawa bahasa Melayu kini hilang identitinya kerana telah diubah sesuka hati, baik dari segi struktur ayat, mahupun pemilihan diksi. Jika kita tidak dapat menerima perubahan yang seperti ini dalam penggunaan bahasa, bukanlah bererti kita berfikiran sempit kerana tidak dapat menerima transformasi. Hal ini demikian kerana perubahan seperti ini sememangnya bukanlah suatu transformasi, tetapi lebih tepat jika disebut sebagai degenerasi atau mutasi bahasa. Bahasa Melayu telah berevolusi sehingga menghasilkan ungkapan yang tertera pada papan tanda berkenaan.
Pada saya, penggunaan slanga dalam ungkapan tersebut benar-benar mencemarkan bahasa. Jika kini sudah begitu nasib bahasa Melayu, cuba bayangkan nasib bahasa Melayu dalam tempoh sepuluh tahun akan datang. Tepuk dada, tanya akal!
Apa pendapat anda?

***********************
Seminggu kemudian, saya telah melaporkan hal ini kepada rakan saya, seorang Munsyi Bahasa, dan meluahkan kekesalan saya akan ketidakpekaan Dewan Bahasa dan Pustaka tentang hal ini. Beliau menjelaskan hal ini mungkin disebabkan DBP terlepas pandang, namun beliau berjanji untuk memanjangkan hal ini kepada DBP. Beliau juga menjelaskan kepada saya bahawa peranan masyarakat amat penting untuk melaporkan hal-hal sedemikian kepada pihak yang berkuasa. Dua minggu kemudian, saya mendapati papan iklan tersebut sudah tiada di situ dan mungkin telah diturunkan oleh pihak yang berkuasa. Alhamdulillah. Seminggu kemudian juga setelah saya bercerita tentang hal ini kepada rakan-rakan guru bahasa Melayu dalam sembang-sembang santai, saya diberitahu oleh seorang rakan guru bahawa perkataan 'gempak' dan 'kokak' itu merupakan dialek Kedah. Jika benar pun, pada saya, slogan yang telah mantap sebegitu tidak patut dialih kepada dialek daerah kerana dialek daerah merupakan bahasa basahan atau bahasa tidak rasmi.
No comments:
Post a Comment