Sebelum ni saya hanya mendengar cerita orang tentang scammer dan terfikir, macam manalah mangsa boleh terperdaya dengan mudah, tetapi pada hari ini, ia kena pada diri saya sendiri. Pada tengah hari tadi, saya mendapat satu panggilan melalui telefon rumah dan terdapat satu notifikasi suara mengatakan saya mempunyai satu panggilan yang tidak dijawab dan meminta saya menekan nombor 0. Kebetulannya, dua hari sebelum, saya menerima slip penghantaran barang yang meminta saya menuntut barang saya itu di pejabat pos laju di Taman Shamelin. Saya berfikir panggilan itu tentunya berkaitan dengan barang saya itu, lalu saya terus menekan nombor 0. Setelah saya menekan nombor 0, kedengaran suara seorang wanita di hujung talian. Dari lenggok percakapannya, saya mengagak wanita itu berbangsa Cina.
Wanita itu memberitahu saya bahawa dia dari pejabat pos laju. Wanita itu kemudiannya membaca nama saya, alamat saya dan no kad pengenalan saya dengan tepat. Wanita itu bertanya kepada saya, sama ada saya menggunakan dua kad pengenalan. Wanita itu menjelaskan lagi bahawa mereka telah menahan bungkusan pos saya kerana di dalam bungkusan itu terdapat beberapa kad pengenalan termasuk kad pengenalan saya sendiri. Wanita itu mengatakan bahawa saya disyakki terlibat dalam sindiket menjual kad pengenalan palsu. Bungkusan saya itu kononnya saya pos ke Sabah pada 11/11/2019. Setelah mendengar penjelasan wanita itu, saya menafikannya bersungguh-sungguh tetapi dalam masa yang sama, saya berasa sangat takut dan panik. Jantung saya seperti hendak luruh dan lutut saya menggeletar.
Wanita itu mengatakan bahawa mungkin saya merupakan mangsa aniaya pihak tertentu kerana sekarang ramai orang menipu lalu meminta saya membuat laporan kepada pihak polis. Wanita itu meminta saya mencatat beberapa maklumat dan meminta saya mengikut arahannya secepat mungkin, jika tidak, semua akaun bank saya akan dibekukan. Apabila saya mendengar wanita itu menyebut akaun bank, terus saya terfikir ini tentu kerja scammer, jadi saya tidak mencatat apa-apa seperti yang diminta. Wanita tersebut kemudiannya menyuruh saya membaca maklumat yang saya catat tetapi saya terus memutuskan talian. Walaupun saya telah memutuskan talian, saya masih berasa panik dan perasaan takut masih menguasai diri saya untuk seketika. Kini barulah saya faham kenapa ramai mangsa terpedaya, semuanya disebabkan perasaaan takut dan panik.

Selepas nyaris kena tipu oleh scammer pada tengah hari tadi, malam ni dapur saya pula meletup semasa saya sedang merebus spagetthi. Mungkin sudah sampai masanya ia "meninggal" setelah hampir 10 tahun berkhidmat kepada saya dengan setia. Banyak jasanya kepada saya. Saya redha dan bersyukur kerana tiada berlaku kecederaan kepada saya atau anak saya. Kami bernasib baik kerana tidak menunggu di depan dapur. Begitulah kisah saya hari ini.
No comments:
Post a Comment