TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Monday, October 30, 2023

Solidariti Palestine...

 







Palestine
bumi Anbia'
kini kembali berdarah
saban hari 
bedilan menggila
dari peluru tak bermata
dentuman bom di mana-mana
menghancurkan
meranapkan 
segala yang teguh berdiri
menjadi debu-debu
tiada yang tersisa...

Anak-anak yang tak berdosa
wanita
warga tua 
dan semua yang bernyawa
di bumi Palestine
menjadi sasaran kekejaman
Israel laknatullah 
tanpa belas
membunuh sepuas hati
menzahirkan dendam kesumat
dan berikrar
untuk melenyapkan seluruh rakyat Palestine
di bumi Gaza

Wahai dunia
di manakah perikemanusiaanmu?
hanya menjadi penonton 
membisu seribu bahasa
menutup mata hati
tatkala Palestina berdarah

Dunia Arab
rakyatmu berhibur berpesta
seiring Palestine dibom
nilai kemanusiaanmu mati
nilai empatimu lenyap 
berkubur ditelan sikap tak peduli
semoga Allah melaknatimu

Ya Allah
ampunilah kami
hamba-Mu yang lemah
tiada daya
untuk turut berjuang
bersama para mujahid
mempertahankan bumi Anbia'
daripada musuh Islam

Ya Allah
hanya doa dan harapan
yang mampu kami panjatkan kepada-Mu
moga bisa menjadi senjata paling ampuh
untuk mengiringi perjuangan para mujahid
juga wang ringgit yang kami dermakan
moga bisa menjadi pemangkin semangat
agar rakyat Palestine
tetap teguh berjuang
hingga titisan darah terakhir

Wahai para syuhada'
gugurmu tak akan pernah sia-sia
kerana...
janji Allah itu pasti
syurgalah tempatmu yang abadi

Inilah soladariti kami
untukmu Palestine

Pray for Palestine!
Free Palestine!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kononnya, Hamaslah punca serangan balas dendam oleh Zionist terhadap Gaza sehingga mereka bertekad untuk melakukan genoside (pembunuhan beramai-ramai) ke atas rakyat Palestine. Hakikatnya, rakyat Palestine telah dijajah oleh Zionist sejak 75 tahun yang lalu. Setiap hari ada saja rakyat Palestin dibunuh, ditangkap, ditahan, diseksa, wanita-wanitanya dirogol, rumah-rumah dan harta benda mereka dirampas serta mereka diusir dari tanah mereka sendiri...tetapi tiada siapa pun yang mempedulikannya, sehinggalah pada tarikh 7 Oktober 2023, apabila Hamas bangun bertindak kerana selama ini Hamas hanya mempertahankan diri (sentiasa diserang oleh Zionist), maka seluruh dunia mengecam Hamas. Sesungguhnhya, wajarlah tindakan Hamas itu
    kerana Gaza adalah milik rakyat Palestine dan tindakan Hamas itu ialah tindakan untuk mengusir penjajah.

    Dungunya mereka yang buta sejarah kerana terpedaya oleh propanganda Zionist. Pengecutnya Zionist dan sekutu-sekutunya kerana telah mengerahkan segala bala tentera dan menggunakan segala senjata moden hanya untuk menggempur wilayah Palestine yang kecil itu. Dayuslah Zionist dan sekutu-sekutunya kerana mensasarkan orang awam dalam peperangan itu. Semoga Allah memberi kemenangan mutlak kepada Palestine. Insya-Allah.

    ReplyDelete