Gambar collage di di atas ini ialah gambar saya dan suami, manakala gambar di bawah gambar saya ialah gambar kawan saya (Rahmawati Mat Isa) dan suaminya. Saya dan Rahmawati Mat Isa berkawan dan sekelas sejak darjah satu hinggalah sekolah menengah. Masuk tingkatan enam pun sekelas. Akhirnya kami masuk universiti yang sama, iaitu USM..pun mengambil kursus yang sama. Kertas major dan minor pun sama, cuma semasa di tahun pertama, kami berpisah desasiswa. Tahun kedua dan ketiga kami menjadi roomate di rumah sewa yang sama di Cangkat Minden.
Di USM, ramai yang "confius" dan berfikir kami ni kembar, mungkin sebab wajah kami hampir seiras. Ke mana- mana sahaja kami pergi pasti bersama- sama. Dengan kehendak-Nya juga, suami kami pun housemate di sebelah rumah sewa kami di Cangkat Minden. Kami berkahwin pada tarikh yang sama iaitu 7/10/1993 dan melahirkan anak pertama pada tahun yang sama juga, cuma berbeza bulan. Kami juga pernah mengajar di sekolah yang sama selama setahun di SMK Tasek Permai. Kami sama-sama mempunyai 5 orang cahaya mata, 3 lelaki dan 2 perempuan. Banyak sangat kebersamaan kami sepanjang hidup kami. Semoga persahabatan kami kekal hingga jannah. Terima kasih Rahmawati Mat Isa atas persahabatan kita selama ini. Luv u. 🥰🥰🥰

No comments:
Post a Comment