Assalamualaikum.....
Masih lagi tentang keputusan pilihan raya ke-13. Saya sebenarnya sudah tidak larat hendak membaca atau terbaca komen-komen yang bersifat provokatif daripada para penyokong kedua-dua belah pihak, BN dan Pakatan Rakyat. Saling menyindir dan menuduh parti lawan masing-masing dengan pelbagai tuduhan. Saling 'like' dan 'share' pos dan link tertentu untuk menguatkan hujah masing-masing walaupun bahan yang di'like' atau di'share' tidak diketahui kesahihannya. Kalau benar, tak apalah, tetapi kalau tidak benar, itu fitnah namanya. Saya boleh 'unfriend' semua 'friend list' saya yang emosional itu jika saya mahu, tetapi saya malas untuk turut emosional.
Sudah-sudahlah wahai rakyat Malaysia. Rasanya para pemimpin sebenarnya lebih profesional menerima apa-apa keputusan, cuma para penyokong yang lebih sudu daripada kuah sehingga sudah ramai yang menjadi samseng. Saya takut akan fenomena yang berlaku di negara kita sekarang. Pihak yang kalah (satu pihak sahaja) sanggup mengadu dan meminta bantuan daripada pemimpin negara asing untuk menyelesaikan masalah dalaman negara sendiri. Wahai rakyat Malaysia, kenapa anda sanggup berbuat demikian? Kenapa anda sanggup meminta campur tangan kuasa asing? Wahai rakyat Malaysia, ambillah iktibar daripada sejarah negeri Melaka dahulu. Para pembesar Melaka berbalah sesama sendiri kerana masing-masing berebut kuasa. Oleh sebab sikap tamak akan kuasa dan sifat dengki, mereka sanggup meminta Portugis menyerang Melaka. Portugis mengambil peluang keemasan ini untuk menyerang dan menjajah Melaka dan seterusnya menjajah Tanah Melayu selama beratus-ratus tahun, diikuti penjajahan oleh Belanda dan akhirnya Inggeris.
Negara kita baru sahaja merdeka selama 55 tahun, adakah kita sanggup dan bersedia untuk dijajah lagi? Hal ini tidak mustahil berlaku memandangkan negara-negara Arab sudah pun dijajah oleh kuasa Amerika. Mereka datang dan menghuru-harakan negara serta merosakkan dan membunuh rakyat Arab dengan alasan yang rapuh. Kesannya rakyat menderita dan negara tiada lagi keamanan. Keadaan sebegitukah yang dimahukan oleh rakyat Malaysia? Mungkin kita sudah tidak akan hidup lama di bumi bertuah ini, tapi bagaimana dengan anak-anak kita dan generasi akan datang? Mahukah kita melihat generasi akan datang hidup menderita dan dijajah di bumi sendiri akibat perbuatan kita? Mungkin anda yang membaca atau terbaca tulisan saya ini akan menganggap saya bodoh dan berfikiran sempit, terpulanglah. Jika benar-benar mahu mencari keadilan, gunakanlah cara atau saluran yang betul dan selesaikanlah secara dalaman. Usah diuar-uarkan masalah kita kepada media asing dengan tujuan menagih simpati. Kuasa-kuasa asing sebenarnya menunggu peluang keemasan untuk campur tangan, apatah lagi ada pihak yang menagih bantuan mereka. Hal ini diibaratkan seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Sekali lagi saya menyeru rakyat Malaysia agar berdamailah demi negara Malaysia yang tercinta.

No comments:
Post a Comment