Barakahkah ilmu yang dituntut jika pelajar mengumpat dan
memfitnah guru? Pelajar mengutuk dan
mengumpat guru-guru merupakan fenomena biasa kini. Pelajar tidak menyukai guru lalu mengumpat guru
tersebut, mungkin disebabkan beberapa faktor.
Antara sebabnya ialah sikap guru itu sendiri seperti selalu berbahasa kasar dengan pelajar, suka
mengejek pelajar, terlalu garang, tiada diplomasi dan sebagainya. Jika pelajar tidak menyukai guru tersebut,
memang logiklah, namun ada juga pelajar yang tidak menyukai guru, selalu
mengumpat guru atau sangup memfitnah
guru hanya kerana diri sendiri yang bermasalah.
Guru yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan. Jika begini keadaannya, berkatkah ilmu yang
dituntut oleh pelajar berkenaan?
Jawapannya pasti tidak. Guru sama
tarafnya dengan ibu bapa, harus
dimuliakan, bukannya dikeji. Sesiapa
atau mana-mana pelajar yang melukakan hati guru, sama seperti mereka melukakan
hati kedua ibu bapa, jadi pasti Allah akan memberi balasan atas perbuatan
mereka. Mungkin mereka akan gagal dalam
peperiksaan atau mungkin Allah akan membalasnya
melalui ahli keluarganya. Semuanya
mungkin berlaku kerana Allah maha berkuasa.
Guru juga ada yang
bermasalah. Mereka yang termasuk dalam
golongan ini seharusnya memuhasabah diri dan berusaha untuk membaiki diri agar dicontohi
pelajar. Jangan berbahasa kasar dengan
pelajar, jangan suka mengumpat rakan sekerja apatah lagi di hadapan pelajar, atau
suka menyibuk bertanya kepada pelajar tentang guru itu dan guru ini, demi
mencari kelemahan rakan sekerja. Pelajar
pula berasa seronok, lalu menambah perasa untuk menyedapkan cerita, lalu
tersebarlah cerita yang tidak benar iaitu fitnah. Jka hal ini berlaku, adakah Allah akan
memberkati ilmu anda? Fikir-fikirkanlah
wahai pelajar…
No comments:
Post a Comment