TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Saturday, July 8, 2017

Catatan Untuk Baby

Baby selepas kaki dismen pada hari kejadian



30 Mac 2017
Gambar x-ray kaki kanan Baby dari sisi berbeza.




Catatan ini Umi tulis khusus untuk puteri bongsu Umi, iaitu Engku Alya Syafiqah bt Engku Abdul Aziz a.k.a Baby.  Moga nanti, bila Baby sudah besar, Baby boleh membaca semula catatan ini dan mengenang kisah yang berlaku ini sebagai sebahagian daripada kenangan hidup Baby.  Anggaplah kecederaan yang Baby alami ini sebagai ujian kecil daripada Allah untuk Baby dan semoga Baby kuat menghadapinya, insya-Allah.

Segala-galanya bermula pada minggu latihan rumah sukan untuk sukantara sekolah. Semua ahli rumah sukan mula menjalani latihan lompat jauh, lompat tinggi, lompat kijang, lontar cakera, lontar peluru dan lontar lembing.  Pagi itu, pada 30 Mac 2017, jam 10.00 pagi, Baby sedang membuat latihan lompat jauh mewakili rumah sukan Dahlia di padang lompat jauh di belakang dewan sekolah sambil dipantau oleh 3 orang guru rumah sukan Dahlia, iaitu, Pn. Soh Chow Yitt, Madam Jojie dan Pn. Nurzalifah. Menurut mereka, sebaik sahaja Baby melompat dan melakukan pendaratan dan kaki kanannya mencecah tanah, tiba-tiba Baby menjerit dan terduduk di atas tanah.  Dia menangis sambil memegang kaki kanannya.  Guru-guru Baby memapah Baby ke tepi dewan.  Tiba-tiba juga atas tapak kaki kanan Baby membiru, lalu guru-guru Baby membeli ais dari kantin dan meletakkan ais pada kaki Baby yang membiru itu. Tidak lama selepas itu, kaki Baby mula membengkak.  Pada waktu itulah Pn. Soh menelefon Umi.  Umi yang pada masa itu sedang berada di bilik guru tingkatan enam terus ke tempat kejadian.  Apabila Umi sampai, Baby sedang menangis.  Umi melihat bengkak di kaki Baby dan menyangka kaki Baby hanya terseliuh dan bercadang untuk membawa Baby ke Klinik Sentosa. Umi dan Pn. Soh memapah Baby kerana Baby langsung tidak boleh berjalan. Madam Jojie membawa kasut Baby ke dalam kereta. Cikgu Iffah menawarkan diri untuk menemani Umi dan Baby ke Klinik Sentosa.


Setelah sampai di hadapan klinik Sentosa. Cikgu Iffah terlebih dahulu mengambil kerusi roda dari dalam klinik dan memapah Baby dari kereta ke kerusi roda.  Umi terus berlalu mencari parkir kereta agak jauh dari klinik. Di luar pintu klinik, Umi ditegur oleh seorang lelaki dalam lingkungan umur 40-45 tahun.  Lelaki itu mungkin pelanggan di kilink Sentosa itu kerana dia keluar dari klinik Sentosa.  Beliau menyruh Umi membawa Bay ke bahagian kecemasan Hospital Ampang kerana kecederaan Baby kelihatan serius., Umi memberitahunya bahawa mungkin kaki Baby hanya terseliuh, tetapi dinafikan oleh lelaki itu.  Katanya, manalah tahu ada tulang patah atau sebagainya.  Umi akhirnya akur dengan cadangan lelaki itu dan mengucapkan terima kasih kepadanya. Akhirnya Umi terus memandu ke bahagian kecemasan Hospital Ampang. Umi menurunkan Baby dan Cikgu Iffah di hadapan kaunter unit kecemasan.  Dua orang petugas mengambil butir-butir diri Baby untuk pendaftaran .  Baby duduk di atas kerusi roda. Semasa Umi mencari tempat parkir kereta, Cikgu Iffah menguruskan urusan pendaftaran Baby.  Setelah bertemu dengan pembantu dokktor di bilik no 7, kami menunggu lagi untuk berjumpa doktor.  Setelah nombor Baby dipanggil, kami masuk ke bilik no. 3.  Doktor memeriksa kaki Baby dan meminta umi membawa baby ke unit x-ray.

Di Unit x-ray, kami tidak menunggu lama.  Setelah selesai x-ray, kami masuk semula ke bilik no 3 untuk berjumapa dengan doktor tadi.  Hasil x-ray mendapati 3 tulang tapak kaki baby patah teruk. Kelihatannya doktor tersebut agak terkejut melihat  hasil x-ray kaki Baby.  Selepas itu, doktor meminta Umi membawa Baby ke bilik simen.  Di situ, Baby diperiksa sekali lagi oleh seorang HO perempuan. Menurut beliau, kemungkinan besar kaki Baby perlu dibedah untuk dimasukkan besi. Walau bagaimanapun, semuanya bergantung juga kepada keputusan doktor pakar tulang.  Tidak beberapa lama kemudian, seorang doktor lelaki Singh datang untuk memeriksa kaki Baby.  Setelah memeriksa kaki Baby, doktor tersebut meminta Umi dan Cikgu Iffah keluar sebentar kerana beliau akan menarik jari-jari kaki baby untuk membetulkan tulang yang patah. Dari luar bilik, Cikgu Iffah mendengar jeritan Baby. Umi tidak sanggup mendengar jeritan Baby, tambahan pula Umi sibuk membalas whassap rakan-rakan di sekolah dan family yang betanya keadaan Baby.  Setelah itu, kaki Baby disimen.


Semasa kaki Baby dismen, HO tersebut hanya dibantu oleh Umi dan Cikgu Iffah.  Setelah itu, doktor meminta Umi membawa Baby ke Unit X-ray sekali lagi kerana kaki Baby perlu dix-ray untuk mengetahui kedudukan tulang yang patah setelah ditarik oleh doktor.  Hasil x-ray kali kedua mendapati tulang Baby yang patah masih dalam keadaan yang sama seperti sebelum ditarik. Jadi doktor membuat keputusan untuk melakukan pembedahan pada kaki Baby dan memasukkan dawai ke dalam tulangnya supaya tulang-tulang itu berada dalam posisi yang normal.  Doktor pakar menetapkan tarikh appoinment pada hari Rabu minggu hadapannya untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan tarikh operation. Setelah mendapatkan ubat penahan sakit dari kaunter ubat, Umi mendapatkan kereta di tempat parkir kereta yang agak jauh. Umi singgah di kedai yang menjual pebagai barangan pesakit di lobi hospital untuk membeli tongkat kepada Baby.  Harga sepasang tongkat itu ialah RM69. Dalam perjalanan pulang, Umi sinnagh di Mc Donal untuk membelikan set burger kepada Bbay dan Cikgu Iffah. Setelah itu Umi menghantar Cikgu Iffah ke sekolah, dan terus memandu pulang.  Di rumah, Ku sedang menunggu di pintu dan memapah Baby masuk ke dalam rumah. Pada petang itu, Pn. Maimon mengirim whasap kepada Umi, bertanya khabar tentang Baby.


Keesokan harinya, ramai rakan-rakan guru bertanya kepada Umi tentang keadaan Baby. Mereka mendoakan kesembuhan untuk Baby.  Terima kasih rakan-rakan guru yang prihatin.  Keprihatinan rakan-rakan sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesedihan hati Umi.  Sebenarnya, Umi berasa kesal kerana kecederaan Baby disebabkan keadaan tapak pendaratan pelajar perempuan untuk latihan lompat jauh keadaan pasirnya padat.  Pasir yang padat menyebabkan hentakan yang kuat pada tapak kaki Baby semasa Baby membuat pendaratan, tambahan pula Baby hanya berkaki ayam semasa melakukan lompatan. Sepatutnya, di tapak pendaratan lompat jauh, pasirnya harus digemburkan selepas setiap lompatan dan pasir mesti dalam kuantiti yang banyak. Selepas kejadian yang berlaku kepada Baby, barulah pihak sekolah membeli selori lagi pasir untuk diletakkan di tapak pendaratan lompat jauh, bak kata pepatah, sudah terhantuk baru terngadah. Pelbagai alasan diberi untuk mempertahan pihak sekolah dan Baby juga dipersalahkan kerana berkaki ayam semasa membuat lompatan. Tak apalah, Umi redha, mungkin sudah takdir Baby, namun Umi tetap kesal kerana kecuaian pihak sekolah, Baby yang menjadi mangsa.


Pada hari Sabtu petang, Cikgu Noriah dan anak-anak perempuannya datang menziarahi Baby.  Terima kasih Cikgu Noriah, Liyana dan Nabila. Pada hari Ahad 2 April 2017, Umi dan Ku membawa Baby untuk bertemu dengan seoang tukang urut dan patah di Kampung Sungai Penchala.  Orangnya masih muda dalm lingkungan 35-40 tahun. Encik Ariffin namanya.  Beliau mengusap-ngusap jari-jari kaki Baby yang bersampung dengan tulang yang patah sambil membaca doa dan zikir.  Beliau juga membaca doa dan zikir pada air yang kami bawa.  Setelah itu, beliau berpesan supaya Baby berpantang 3 benda, iaitu jangan minum atau makanan sejuk dari peti sejuk, jangan minum air kelapa dan jangan sapu sebarang minyak pada mana-mana bahagian badan walaupun minyak angin atau minyak wangi.  Andai kata Baby terlanggar mana-mana pantang larang itu, air tawar itu harus dibuang terus.  Kami harus membawa Bbay berjumpa dengan En. Ariffin, 3 kali datang berjumpa  bagi melengkapkan 1 set pengubatan. Setelah itu, kami pun pulang. Baby memberitahu kami bahawa tulang-tulang kakinya terasa bergerak-gerak semasa En. Ariffin mengurut jari-jarinya.  Saya berharap itu merupakan petanda baik untuk Baby.  Moga-moga kakinya tidak perlu dibedah, insya-Allah.  Dua hari selepas itu, Umi terberi  nasi berlaukkan telur goreng mata yang letakkan kicap sejuk dari peti kepada Baby.  Selepas Baby memakannya, barulah Baby memberitahu Umi bahawa kicap tersebut masih sejuk.  Untuk kepastian, Umi menelefon En. Ariffin dan dia menyuruh Umi membuang air tawar yang diberi.  Umi terus membuang air tawar yang diberi oleh En. Ariffin. Hari Selasa 5 April 2017, Umi dan Ku sekali lagi membawa Baby berjumpa dengan En. Ariffin sebelum membawa Baby untuk janji temu  dengan doktor kali kedua.  Pada pertemuan kali kedua itu, Baby mennberitahu Umi bahawa tulang-tulangnya masih terasa bergerak tetapi tidak sekuat semasa perjumpaan kali pertama dahulu.


Pada tarikh janji temu keesokan harinya, Ku membawa Baby ke hospital ditemani Angah kerana Umi bekerja.  Ku memberitahu Umi bahawa kaki Baby bengkak.  Menurut staf dibilik simen, balutan yang pertama dahulu harus dibuka jika Baby berasa tidak selesa.  Baby mendapat janji temu yang baharu untuk pembedahan iaitu pada hari Rabu minggu hadapannya iaitu pada 12 April 2017. Walau bagaimanapun, Baby harus warded pada 11 April, iaitu sehari sebelum tarikh pembedahan. Umi berasa agak hampa dan sedih kerana kaki Baby terpaksa juga dibedah.  Nampaknya sia-sia sahajalah usaha Umi dan Ku membawa Baby berubat dengan En. Ariffin.  Astagfirullahhalazim,  Umi rasa berdosa pula keana mempunyai perasaan seperti itu.  Semuanya ketentuan Allah. Pergi berubat dengan En. Ariffin hanyalah merupakan satu usaha.  Andai kata tidak berhasil, Umi seharusnya redha.    Pada hari Ahad hujung minggu itu, Umi dan Ku sekali lagi membawa Baby berjumpa dengan En. Ariffin untuk perjumpaan kali ketiga dan terakhir.  Umi membeitahu En. Ariffin tentang keputusan x-ray dan menyatakan bahawa kaki Baby terpaksa dibedah juga.  En. Ariffin juga agak terkejut mendengar penjelasan Umi.  Tak apalah, mungkin sudah takdir Baby, kakinya terpaksa juga dibedah untuk dimasukkan besi dan dia tidak serasi dengan pengubatan En. Ariffin. Bukan juga niat Umi untuk menidakkan kepakaran En. Ariffin kerana kebanyakan pesakit lain yang berubat dengan En. Ariffin boleh berjalan selepas dua minggu berubat dengannya.



Kaki Baby selepas seminggu di simen - kelihatan bengkak

Pada pagi hari Selasa 11 April 2017, dengan ditemani Angah, Ku membawa Baby ke hospital untuk warded.  Baby dimasukkan ke wad kelas satu VVIP 8A bilik dua katil iaitu katil 16.  Sebenarnya Baby layak untuk dimasukkan ke bilik  satu katil.  Walau bagaimanapun, bilik satu katil telah pun penuh.  Baby brkongsi bilik dengan seorang Untie Cina.  Selepas selesai segala pendaftaran di wad, Ku dan Angah pun balik kerana Ku dan Angah perlu pergi bekerja.  Pada pukul 10.30 pagi, Umi menerima panggilan daripada seorang jururawat dari wad 8A hospital Ampang yang meminta Umi datang ke wad untuk urusan tandatangan surat kebenraran pembedahan dan bius.  Setelah menulis pada buku pergerakan keluar guru dan memberitahu Pengetua dan Cikgu Zulhasnan, Umi terus ke hospital Ampang.  Tepat jam 11.00 Umi keluar dari sekolah.  Setelah berpusing-pusing mencari tempat parkir kereta di sekeliling hospital, Umi akhirnya memarkir kereta di tempat letak kereta Restoran Mc Donald. Setelah itu Umi terus ke wad 8A.  Setelah berjumpa dengan jururawat yang menelefon Umi, Umi terus mendapatkan Baby.  Umi menghabiskan masa bersama dengan Baby sehinggalah seorang doktor HO datang untuk mengambil darah Baby.  Mungkin disebab beliau merupakan HO, beliau tidak begitu pandai melakukannya dan gagal mengambil darah Baby pada cubaan pertama.  Pada cubaan kedua pun, hanya sedikit sahaja darah Baby diambil. Baby mengerang menahan kesakitan semasa tangannya dicucuk. Umi meinta Baby bersabar dan banyak berdoa.  Tidak lama kemudian, datang seorang lagi doktor untuk mengambil darah Baby.  Umi menberitahunya bahawa darah Baby sudah pun diambil.  Beliau mejelaskan bahawa darah itu tidak cukup dan memohon maaf bagi phak rakannya kerana rakannya seorang HO dan tidak mahir melakukan kerja tersebut.  Umi terpaksa akur walau berasa sedikit kesal.


Akhirnya pada pukul 3.00 petang, Umi dan Baby dipanggil untuk berjumpa dengan pakar bius di tingkat 3.  Baby duduk di atas kerusi roda dan ditolak ke tingkat tiga oleh seorang jururawat. Umi hanya mengikut dari belakang. Di situ, Umi dan Baby mendengar penjelasan detail daripada Dr.  XXX tentang kaedah bius dan kesan sampingan yang mungkin berlaku.  Beliau meminta Umi memilih salah satu cara bius untuk Baby. Menurut Dr. XXX, alternatif pertama ialah bius kawasan lutut ke bawah sahaja dan merupakan kaedah paling selamat. Kedua, bius dari pinggang ke bawah yang menggunakan suntikan epidural dan yang ketiga, bius seluruh badan. Walau bagaimanapun untuk bius alternatif pertama, doktor pakar yang berpengalaman sahaja yang boleh melakukannya kerana susah untuk mencari salur darah  yang berkenaan di kawasan betis.  Umi meminta pendapat Dr. XXX tentang pilihan tersebut.  Menurut beliau lagi, jika Umi meminta nasihat beliau, beliau akan mengutamakan alternatif pertama, seterusnya kedua dan ketiga, mengikut kesesuaian dan kaedaan Baby pada masa pembedahan.  Umi akhirnya bersetuju dengan nasihat dan cadangan Dr. XXX. Akhirnya Umi menandatangani surat kebenaran bius dan pembedahan serta surat pengakuan jika berlaku apa-apa kesan sampingan yang tidak diduga dan juga surat kebenaran menerima tambahan darah jika berlaku pendarahan pada masa pembedahan. Walaupun Umi berasa takut semasa mendengar penjelasan detail doktor tentang kesan-kesan tidak terduga yang mungkin berlaku akibat bius, Umi cuba bertenang supaya Baby tidak takut. Menurut Dr. XXX, Baby akan dibedah lebih kurang pada pukul 8.00 pagi esok pada giliran yang kedua. Jadi Baby ahru berpuasa malam ini bermula jam 11 malam.  Setelah selesai berurusan dengan doktor bius, Baby dibawa semula ke wad 8A.  Petang itu, Umi membelikan burger dan bubur ayam untuk Baby.





Baby dan Umi pada petang sehari sebelum pembedahan





Orang sakit berselera makan

       Pada petang itu, Ku dan Kakak datang menziarahi Baby. Setelah satu jam di situ, Ku mahu pulang dahulu manakala Kakak tinggal di situ untuk menemani Umi pulang malam nanti.  Suhu di dalam bilik Baby terlalu sejuk. Nasib baiklah Umi membawa baju sejuk untuk Baby. Sebelum Umi dan Kakak pulang, Baby solat Isyak terlebih dahulu dan menghabiskan burger yang dibeli tadi. Selepas itu, lebih kurang pukul 9.00 malam, Umi tidak membenarkan Baby makan atau minum apa-apa lagi. Baby juga sudah siap menggosok gigi.  Baby bertanya pelbagai soalan kepada Umi dan Baby kelihatan sangat stress.  Umi menasihatkan Baby supaya banyak berdoa dan berzikir.  Semasa Umi mencium Baby dan mendoakan Baby, Baby menangis rupa-rupanya.  Umi memujuk Baby supaya tidak memikirkan yang bukan-bukan.  Umi meminta Baby supaya kuat kerana Umi tahu Baby seorang anak yang kuat dan tabah.  Seorang jururawat datang   untuk memasang drip pada Baby kerana Baby telah mula berpuasa untuk pembedahan esok. Umi tidak dapat menemani Baby pada malam itu kerana Umi berasa rimas dengan pakaian Umi yang Umi pakai sejak pagi lagi dan berjanji akan datang lagi esok pada awal pagi. Tepat jam 10.00 malam, Umi dan Kakak beredar setelah Baby bersiap-siap untuk tidur.


Pada 12 April 2017, Umi ke Hospital seawal pukul 7.00 pagi dihantar oleh Ku.   Umi mengambil cuti rehat khas selama dua hari iaitu  pada 12-13 April 2017 untuk menjaga Baby di wad selepas pembedahan.  Setibanya Umi di bilik Baby, Baby masih tidur, tetapi sudah siap solat Subuh dan ke tandas. Setelah Baby terjaga, Umi membawa Baby ke tandas untuk mandi.   Setelah siap semuanya, Baby dan Umi menunggu panggilan ke bilik bedah. Pada pagi itu juga, Umi diberitahu oleh seorang sister dan juruawat bahawa bilik Baby itu terpaksa dikosongkan kerana para doktor akan menggunakan bilik itu dan beberapa bilik lain untuk peperiksaan.  Jadi kami terpaksa berpindah ke bilik 4 katil iaitu di katil no. 4.  Umi berasa marah juga tetapi terpaksa akur sahaja.  Mungkin Sister melihat respon Umi yang kelihatan marah, lalu cuba berbasa-basi dengan Umi. Umi hanya diam membisu.  Rupa-rupanya bukan Umi seorang  sahaja yang berasa marah, penunggu pesakit lain juga turut berasa marah kerana terpaksa berpindah bilik sedangkan ada yang sudah menempah bilik seorang sejak sebulan yang lepas, tapi tiba-tiba kena pindah bilik.  Sudahlah kena pindah, mereka terpaksa mengangkat sendiri barang-barang pesakit.  Sabar jelah!


Setelah berpindah bilik, Umi dan Baby menunggu lagi. Umi tidak jadi turun ke cafe  untuk makan kerana takut giliran Baby dipanggil. Lama sungguh kami menunggu.  Akhirnya Umi turun juga ke cafe kerana terlalu lapar dan membungkus makanan untuk dimakan di pantry wad 8A.  Sebaik sahaja Umi selesai makan di pantri, pada pukul 1.00 tengah seorang jururawat datang dan memberikan  baju pembedahan kepada Baby dan meminta Baby menukar baju  serta menanggalkan semua barang kemas di badan.  Setelah itu, katil Baby ditolak  ke bilik pembedahan. Tepat jam 1.30 tengah hari, Umi  mengiringi Baby masuk ke bilik pembedahan di tingkat 3. Umi diberitahu oleh jururawat bahawa Umi boleh menekan loceng di luar dewan pemedahan itu jika mahu bertanya sama ada Baby sudah selesai atau belum menjalani pembedahan. Umi juga diminta oleh jururawat supaya menunggu di luar bilik pembedahan dan tidak ke mana-mana kerana takut jika berlaku apa-apa komplikasi, Umi senang dihubungi. Setelah mencium Baby dan Baby masuk ke dewan pembedahan, Umi terus turun ke lobby untuk berjumpa dengan Adha. Selepas itu Umi naik ke bilik Baby untuk solat Zohor dan solat hajat.  Setelah itu, Umi terus turun ke tingkat 3 dan menunggu sendirian di hadapan bilik pembedahan.


Pada waktu itu, pada pukul 3.30 petang,  Ayah Chik, Chik Err dan Hayyan  datang  untuk menziarahi Baby.  Kebetulan Baby masih di dalam dewan pembedahan, jadi mereka menemami Umi di luar bilik pembedahan sambil bersembang-sembang.  Setelah lama menunggu, Umi bertanya kepada seorang jururawat tentang keadaan Baby. Dia memberitahu Umi bahawa Baby sudah selesai menjalani pembedahan pada pukul 3.30 petang. dan sekarang menunggu Baby sedar sepenuhnya kerana Baby diberi bius seluruh badan.  Umi bertanya kenapa Baby tidak diberi  bius setakat pinggang ke bawah atau epidural, dia menjelaskan bahawa jika diberi epidural, pakar bedah bimbang Baby akan merasa kesakitan yang amat sangat semasa disuntik.  Akhirnya pada pukul 4.30 petang, Baby dibawa keluar dari dewan bedah.  Umi terkejut melihat keadaan Baby pada waktu itu.  Rambut Baby kusut masai dan Baby menangis terisak-isak.  Umi tiba-tiba risau yang teramat, tetapi juurawat yang menolak katil Baby menjelaskan keadaan itu biasa sahaja kerana Baby sudah merasai kesakitan akibat ubat bius yang sudah habis.  Katil Baby terus ditolak ke bilik x-ray dan Umi diminta menunggu di dalam bilik Baby di wad 8A.











Setelah beberapa minit menunggu di lobi wad 8A, akhinya Baby dibawa masuk ke bilik Baby.  Baby masih menangis.  Apabila Umi bertanya kenapa Baby menangis, Baby menjelaskan bahawa Baby berasa sakit pada luka bedah dan pangkal peha hingga ke bawah.  Umi meinta Baby bersabar dan berzikir. Pada masa itu, Ku sampai.  Ku, Ayah Chik dan Cik Err saling memujuk Baby dan memberikan Baby kata-kata semangat.







Baby masih mengadu sakit dan menangis.  Umi akhirnya memanggil jururawat dan jururawat memberikan ubat penahan sakit kepada Baby.   Jururawat membenarkan Baby makan dan minum. Selepas itu baby muntah beberapa kali setelah minum air.  Jururawat memberitahu perkara itu adalah biasa kesan daripada ubat bius.  Setelah beberapa lama memberi kata-kata semangat kepada Baby, akhirnya Ayah Chik dan Chik Err meminda diri untuk pulang.  Terima ksih Cik Err dan Ayah Chik. Ku akhirnya pulang setelah agak lama di wad. Pada petang itu juga, Cikgu Rohana datang melawat Baby. Terima kasih Cikgu Rohana.


Pada malam itu, Umi menemani Baby di wad.  Baby beberapa kali muntah dan mengadu sakit. Setelah jururawat memasukkan ubat penahan sakit melalui drip, barulah Baby dapat tidur. Umi juga mahu tidur lalu meminta selimut daripada jururawat kerana aircond di bilik Baby terlalu sejuk. Setelah Baby tidur, Umi juga tidur sambil duduk di atas kerusi di sisi katil Baby.  Malangnya Umi tidak dapat melelapkan mata disebabkan leher Umi sakit kerana Umi tidak dapat menyandarkan kepala Umi dengan selesa.  Umi akhirnya mengambil keputusan untuk tidur di atas lantai beralaskan dua helai sejadah dan berbantalkan beg baju Umi.  Umi memaksa mata Umi untuk pejam walaupun keadaan sangat tidak selesa.  Umi tidak dapat tidur lena dan kerap terjaga kerana  beasa terlalu sejuk, Keesokan paginya, Umi terjaga apabila juruawat datang untuk memeriksa keadaan Baby dan mengambil tekanan darah Baby. Setelah selesai solat subuh, Umi duduk sahaja di atas kerusi dan badan Umi mula terasa sakit disebabkan tidur di atas lantai sepanjang malam.


Pagi itu, lebih kurang pukul 9.00 pagi selepas Baby bersarapan, Umi pula turun ke cafe untuk bersarapan.  Setelah bersarapan, Umi menaiki lif untuk kembali ke wad Baby.  Umi menaiki lif yang sama dengan dua orang doktor.  Rupa-rupanya kedua-dua doktor itu mahu ke bilik Baby untuk memeriksa Baby.  Setelah memeriksa jahitan di kaki Baby, mereka melaporkan kepada Umi bahawa kaki Baby dalam keadaan ok dan doktor pakar tulang membenarkan Baby discharge pada waktu tengah hari itu. Menurut doktor, dawai yang dimasukkan ke dalam tulang kaki Baby itu perlu ditarik keluar dalam masa tiga minggu lagi tanpa sebarang pembedahan.  Menurut doktor lagi, Baby tidak akan berasa sakit semasa dawai itu ditarik keluar selain berasa ngilu sahaja. Sebenarnya doktor itu juga pernah dimasukkan besi pada tangannya dan sebab itulah  beliau tahu bagaimana rasanya apabila besi itu ditarik keluar.  Umi bertanya kepada doktor, berapa lamakah tempoh Baby boleh berjalan semula. Doktor menjelaskan bahawa Baby akan boleh berjalan semula dalam tempoh 1-2 bulan, manakala Baby akan boleh berlari dan melompat semula seperti biasa dalam tempoh setahun.







13 April 2017


















Untuk janji temu seterusnya, Baby perlu dibawa untuk dressing setiap hari. 26 /4, buka benang jahitan di klinik kesihatan (kk) dan 3/5, ke hopsital untuk keluarkan besi.  Sebenarnya, Umi mahu Baby terus tinggal di wad selama sehari lagi memandangkan kaki Baby masih sakit, tetapi Umi tidak terbuka mulut untuk menyatakannya kepada doktor. Akhirnya, setelah segala dokumen sudah siap, Umi menelefon Angah untuk mengambil Umi dan Baby. Setelah Umi selesai urusan discharge di kaunter pendaftaran, Baby dibawa pulang. Sebenarnya, amat sukar untuk Baby turun dari katil dan duduk di atas kerusi roda kerana kaki kanannya berasa sakit dari pangkal peha hingga ke bawah.  Begitu juga keadaannya semasa Baby hendak masuk ke dalam kereta dan turun semula dari kereta setelah sampai di rumah.  Umi memujuk Baby supaya bertahan dan banyak bersabar.  Lebih kurang pukul 3.40 petang, kawan-kawan Umi iaitu Cikgu Norma, Cikgu Nurul Khalbee, Cikgu Azlina, Cikgu Layalina, Cikgu Engku Faridah, Cikgu Norhartini dan Cikgu Hasnani datang menziarahi Baby.  Mereka membawa goodies untuk Baby. Terima kasih cikgu-cikgu semua.





Sejak pulang dari hospital, Baby harus pergi ke klinik untuk dressing luka jahitan dua hari sekali. Kerap kali Baby mengadu  kakinya sakit. Begitulah rutin Baby sehingga 26 April 2017.  Pada hari Jumaat, 14 April 2017, Cikgu Zaiton Johari datang menziarahi Baby  di rumah manakala pada hari Khamis 20 April 2017,  Cikgu Jojie dan kawan-kawan bola jaring Baby pula datang menziarahi Baby di rumah. Mereka membawakan goodies kepada Baby. Terima kasih Madam Jojie dan kawan-kawan Baby.


Pada hari Sabtu 22/April 2017, Umi bawa Baby ke Klinik 1Malaysia untuk dressing ditemani Danial.. Semasa kaki Baby dicuci, nurse menekan tempat luka jahitan.  Umi nampak keluar air dari celah luka jahitan lalu Umi bertanya kepaa nurse, kenapa keluar air.  Nurse menyatakan bahawa perkara itu biasa.  Umi juga melihat kaki Baby bengkak dan bertanya lagi kepada nurse.  Nurse mengatakan bahawa itu juga perkara biasa, tetapi katanya lagi kalau kaki bengkak diikuti demam, itu infection.  Pada hari isnin, Umi meminta Along dan Danial membawa Baby ke klinik 1Malaysia untuk bawa Baby dressing.


Pada 26 April 2017, Ku bawa baby ke KK Ampang untuk dibuka benang jahitan.  Umi call Baby tanya pasal  buka benang tu dari sekolah.  Baby beritahu Nurse buka 5 benang jahitan sahaja.  2 jahitan tidak boleh dibuka kerana luka jahitan belum kering.  Umi berasa tidak sedap hati.  Apabila pul;ang ke rumah, Umi tengok sendiri kaki baby dan mendapati ada tompokan darah pada kain bandage.  Atas nasihat Cikgu Sally, Umi bawa Baby ke Klini Sentosa.  Pada mulanya Umi bercadang hendak bawa Baby ke Hospital Ampang, tetapi memandangkan hujan lebat dan susah hendak mencari tempat parkir kereta, Umi lalu membawa baby ke Klinik Sentosa sahaja.  Nasib baik ada seorang pesakit sahaja di klinik pada masa itu, jadi tidaklah kami menunggu lama untuk  berjumpa doktor. Danial turut menemani Umi dan Baby seperti biasa.



Di bilik doktor, Umi bercerita panjang lebar kepada doktor.  Doktor memeriksa suhu badan Baby dan mendapati Baby demam.  Doktor menyuruh pembantunya melakukan dressing pada luka Baby. Setelah pembantu doktor membuka balutan pada kaki Baby, kelihatan darah pekat pada luka di bahagian tengah luka jahitan.  Doktor menekan bahagian tersebut dan lebih banyak darah keluar. Doktor menekan tempat jahitan itu banyak kali bagi memastikan tiada lagi darah yang tertinggal. Selepas itu, pembantu doktor mencuci luka dan sis-sisa darah kering di celah jari-jari kaki Baby dan meletakkan ubat luka. Kemudian doktor membalut semula kaki Baby.  Doktor menjelaskan kepada Umi, sepatutnya staf di KK Ampang  merujuk doktor di situ dan melaporkan keadaan kaki Baby kerana berlaku infection pada luka jahitan, menyebakan luka jahitan masih tidak kering walaupun sudah dua minggu pembedahan dijalankan. Akhirnya doktor memberikan dua jenis antibiotik, ubat bengkak dan ubat tahan sakit kepada Baby dan meminta agar Baby dibawa untuk dressing setiap hari.


Hari Khamis, Umi tidak bawa baby pergi dressing kerana Umi ada kelas tambahan di sekolah.  Pada hari Jumaat, Umi menyuruh Ku membawa Baby ke Hopital Ampang tetapi Ku hanya mahu bawa Baby dressing di KK Ampang.  Apabila mendengar kata-kata Ku, Umi memberitahu Ku bahawa Umi akan bawa Baby ke Hospital Ampang bahagian kecemasan selepas waktu solat Jumaat. Umi rasa kesal kerana Ku tidak mahu bersusah payah sedikit untuk Baby padahal pada ketika itu masih ada tompokan darah pada balutan kaki Baby.  Itu menunjukkan luka Baby masih berdarah.


Selepas solat Jumaat 28 April 2017, Umi membawa Baby ke hospital Ampang ditemani Danial. Setelah menurunkan Baby dan Danial di kaunter pendaftaran kecemasan, Umi terus memandu mencari  tempat parkir kereta.  Pada masa itu juga, hujan turun dnegan sangat lebat.  Umi berfikir, sudah pasti susah untuk Umi mendapat tempat parkir kereta, sementelah pula umi takut kerana petir mula sabung-menyabung.  Umi terus balik ke rumah dan meminta Angah menghantar Umi ke hospital dan membawa kereta pulang ke rumah.  Kebetulan Angah demam panas sejak semalam tetapi Angah terpaksa  akur dengan permintaan Umi.  Semasa pendaftaran Baby, Danial diberitahu oleh petugas di kaunter pendataran bahawa nama Baby pada sistem Hrmis Umi salah ejaan.  Umi mengabaikannya sahaja.


Setelah berjumpa petugas di bilik 7, umi menerangkan keadaan Baby dan dia bertanya kepada Umi kenapa tidak trus datang ke situ.  Umi mnejawab bahawa nurse di KK Ampang tidak menyuruh Umi membawa Baby ke hospital.  Selepas bebarapa lama menunggu, akhirnya Baby dipanggill masuk ke bilik 1.  Doktor memeriksa keadaan kaki Baby dan Umi menerangkan semuanya kepada doktor itu. Doktor mengambil darah Baby dan akan merujuk kes Baby kepada doktor pakar tulang.  Doktor juga menjelaskan bahawa Baby harus dimasukkan ke wad kerana bimbang infection merebak pada besi yang ditanam. Kemudian Bbay diminta untuk ke bilik x-ray.  Selepas itu, Baby dibawa  masuk ke bilik simen, Dr. Dalila memeriksa kaki Baby, diikuti pemeriksaan oleh doktor pakar tulang.  Dr. pakar tulang menjelaskan bahawa kaki Baby sudah mengalami infection yang teruk dan harus dimasukkan ke wad dan harus dibedah semula segera.  Mereka akan mencuci luka jahitan kerana bimbang infection akan merebak hingga ke bahagian besi di dalam kaki Baby.  Umi meminta agar Baby dimasukkan ke wad 8A tetapi doktor menjelaskan bahawa wad itu sudah penuh dan  Baby harus dimasukan ke wad 5C.



Keadaan luka jahitan pada hari Jumaat semasa diperiksa oleh doktor di unit kecemasan -
luka jahitan mengalami infection yang teruk

8.00 malam..masuk wad 5c..inform doktor di wad 5c ..nak masuk 8A.. doktr call..ada satu katil kosong.  Duduk sebentar di wad 5c, smentara umim uruskan pendaftaran d kaunter 8 pendaftaran kecmeasan..hrmis umi tak boleh guna sebab nama bbay silap eja,,tak sama dalam sisitem..terpaksa bayar deposit rm700.suruh Ku ambil duit.  9.00..baby masuk wad 8A. bilik single beded..agak selelsa..11.30 pm.umi balik rumah..betulkan nama baby dalam hrmis, minta liza sahkan....umi tidur di rmah,,ku teman baby di wad.



Baby bersiap sedia untuk ditolak ke dewan pembedahan -
tahap ketakutan agak rendah berbanding pembedahan pertama

Sabtu 29 April, 12.30, Baby di masukkan ke bilik bedah.  Dr. on call.. Dr. Vivian..akan bius seluruh badan juga.  Start operastion..kul 12.30..siap 1.30..keluar dari dewan bedah kul 2.50.   Besi akan dicabut pada waktu operation. Baby ok, tak macam yang pertama dulu..Baby sedar tak mennagis. sebab Bbay bagitau, kali ni dia tak takut sangat.  5 kali muntah selepas operation hingga malam. Malam..ku datang tukar shif dengan umi.  ku tidur di wad,


Hari Ahad 30 Mei..hari kedua selepas operation, doktor check luka jahitan..nampak kering..doktor sarankan Baby gerakkan kaki takut nanti berjalan menjengket.



Luka jahitan hari ke-2 selepas pembedahan


Irdina dan emaknya datang melawat Baby

Malam itu, Irdina (kawan Baby) dan emaknya datang melawat Baby..bagi air zam-zam dan kurma ajwa dari Mekah kerana mereka baru pulang dari mengerjakan umrah...tq Irdina dan ibu..Malam tu juga, Danial tidur di wad temankan Baby. Tukar syif dengan Ku.

Petugas catering tanya Baby sama ada nak makanan western atau biasa pada waktu lunch dan dinner.



Luka jahitan hari ke-3 selepas pembedahan

Hari Isnin, 1 Mei, doktor check kaki baby...nampak ok. Doktor suruh pijak bahagian tumit..kena exersice ..tengah hari doktor bagi discharge..



















Selepas dressing..pergi x-ray..lepas tu simen lain..pukul 5.00 baru keluar dari wad. Bekalan ubat antibiotik 6 biji x 3 kali sehari = 18 biji sehari.

Sampai di rmah, baru Umi teringat bahwa Umi lupa nak ambil gambar xray kaki Baby sebelum disimen semula.
Temu janji seterusnya..pergi fisio, daily dressing

1 Mei..baby discharge..ayah chik n famiy datang rumah menziarah.

2 Mei..dressing di klinik 1 Malaysia..daftar fisio..Angah  dan Danial uruskan
3 Mei..dressing..lepas tu nurse suruh datang  selang sehari sahaja.
11 Mei 2017..janji temu fisio yang pertama.di gym

Selasa 2 Mei. 2017...Umi balik awal dari sekolah sebab tak sihat.. batuk dan demam..Umi terpaksa pakai mask sebab batuk teruk sangat.  Umi gagahkan diri untuk ke hospital untuk refund deposit rm 700, lalu Umi naik ke wad 8A untuk dapatkan tarikh appoinmet Baby yang akan datang. Semasa Umi nak masuk ke wad 8A, guard perempuan beri ucapan "Selamat tengah hari, doktor"..Mulanya Umi tak dengar sangat apa yang diucapkan oleh guard itu,  dan bila Umi tanya "ya?"..dia mengucapkan "selamat tengah hari doktor" sekali lagi kepada Umi. Umi sekadar mengangguk dan tersenyum di dalam mask.  Mungkin guard itu menyangka Umi ni doktor sebab Umi memakai tag nama dan memakai mask.  He he he...perasan sekejap jadi doktor.  Tarikh appoinment 15 Mei 2017.  Umi juga minta  dari nurse untuk ambil gambar x-ray kaki Bbay lepas operation dan buang besi.  Tak  banyak perubahan yang berlaku.



1 Mei 2017



4 Mei tak pergi dressing

5 Mei..Umi bawa Baby pergi dressing di klinik 1Malaysia ditemani Angah sebab Umi nak tengok sendiri keadaan luka jahitan kaki Baby.  Di klinik, semasa  nurse buka balutan kaki Baby, Umi terkejut tengok luka Baby sebab luka kembali basah. Umi kembali risau takut luka Baby kena infection lagi dan jadi seperti sebelum ini.   Kenapalah susah sangat luka Baby nak kering?  Apa lagi yang tak kenanya, sedangkan makan berpantang.  Selesai dressing Umi meminta Angah memandu ke Eon Big sebab Umi nak beli pati gamat untuk Baby minum.  Umi teringat kata-kata cikgu Nurul Khalbee bahawa beliau membeli pati gamat di kiosk Eon Big.  Apabila Umi sampai di salah satu kiosk di tingkat atas, Umi bertanya kepada wanita pemilik kiosk itu tentang pati gamat.  Dia menjelaskan dia tidak menjual pati gamat, tetapi sebaliknya jelly gamat.  Ya, samalah tu, desis Umi sendiri. Wanita itu menunjukkan Umi jelly gamat Serigama keluaran Luxor.  Tiba-tiba sahaja Umi baru teriingat bahawa semasa  Angah terkena air panas semasa kecil dulu, jelly gamat itulah yang Umi sapu pada tempat melecur di perut Angah setiap hari, sehingga luka melecur di perut Angah sembuh sama sekali dan tidak meninggalkan parut langsung.  Alhamdulillah, Umi terus membeli sebotol jelly gamat Serigama itu dengan harga RM 45. Jelly gamat itu perlu diminum 2 sudu 2 kali sehari. dan sangat sesuai untuk sesiapa yang mengalami luka dalam.  Ia juga boleh di sapu di bahagian luar seperti yang Umi buat dahulu kepada Angah.




Pulang dari Eon Big, Umi memberikan Baby jelly gamat untuk diminum, 2 kali iaitu pada waktu tengah hari dan malam sebelum tidur.  Malam itu, Umi membuka balutan kaki Baby dan melihat masih ada sedikit bekas darah pada kain balutan.  Umi terus meletakkan jelly gamat itu pada luka jahitan Baby dan membiarkan sahaja luka itu terdedah tanpa balutan supaya luka cepat kering.  Umi mahu luka jahitan itu terdedah semasa Baby tidur hingga pagi esoknya.



Luka jahitan hari ke-7 selepas pembedahan.
Luka agak kering setelah  diletakkan jelly gamat dan Baby minum jelly gamat 2 kali sehari.


Pagi ini, Umi sebenarnya bercadang mahu membawa Baby untuk dressing di klinik 1Malaysia, tetapi apabila Umi melihat luka jahitan Baby sudah agak kering, Umi membatalkan hasrat Umi tadi. Alhamdulilah, nampak ada sedikit perubahan pada luka jahitan kaki Baby.  Luka kelihatan kering. Umi meminta Baby menyembur instant hand sanitizer  pada bahagian luka untuk mematikan kuman terlebih dahlu dan meminta Baby meletakkan sendiri jelly gamat banyak-banyak pada tempat luka dan minum jelly gamat 2 sudu 2 kali sehari setiap hari hingga luka betul-betul kering dan tiada lagi parut luka.




Luka semakin sembuh dan keadaan baby much much better semakin hari hinggalah luka sembuh sepenuhnya.

11 /5 - Fisio
15/5 - Jumpa pakar dan xray.  Doktor bagi mc sehingga 5/6..sebelum ini mc disambung setiap kali berjumpa doktor pakar  dan doktor tidak  benarkan baby berpijak lagi.







31/5 - Fisio
5/6 - Pergi xray dan jumpa pakar ortho. Doktor tak benarkan baby pijak lagi sebab tulang belum tumbuh dengan sempurna. Umi minta mc lagi untuk Baby dan doktor bagi mc sehingga 3 Julai 2017. Semasa beraya 25 Jun 2017, Baby masih bertongkat.


5 Jun 2017



3 Julai 2017..appoiment di hospital . Hasil X-ray mendapati  tulang kaki Baby dah hampir sempurna tumbuh. Doktor meminta Baby pijak lantai dan berjalan serta mencangkung..Baby dah tak rasa sakit..alhamdulillah. Baby dah boleh kembali ke sekolah tetapi kelas Baby dipindahkan ke  kelas aras bawah.  Baby ke sekolah tanpa tongkat.  Waktu pagi Angah hantar Baby ke sekolah manakala waktu petang Umi ambil Baby di sekolah. Doktor beri appoinment terakhir pada 18 Ogos 2017 untuk melihat pertumbuhan tulang kaki Baby kali terakhir.



3 Julai 2017



No comments:

Post a Comment