Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.....
16 Mei, tarikh Sambutan Hari Guru se-Malaysia...Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua cikgu di seluruh dunia. Walaupun sambutan Hari Guru sudah 8 hari berlalu, saya berasa tidaklah terlalu lewat untuk saya menulis tentang Hari Guru. Setiap tahun, Hari Guru disambut sederhana namun meriah oleh warga SMK Taman Tasik. Sebenarnya hanya pada hari tersebut baru saya mengetahui bahawa Hari Guru Sedunia disambut pada 5 Oktober setiap tahun, namun Hari Guru disambut pada tarikh berbeza bagi setiap negara. Di Malaysia, Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun sempena pengazetan Penyata Razak (kredit to Rubendran a/l Arumugan).
Sesungguhnya pekerjaan sebagai guru sangatlah mulia, tidak kiralah guru sekolah tadika, guru sekolah rendah, guru sekolah menengah, pensyarah di kolej atau universiti, guru mengaji al-Quran, ustaz, ustazah atau sesiapa sahaja yang pernah menyampaikan ilmu kepada orang lain. Ibu bapa merupakan guru pertama bagi setiap insan yang bergelar anak kerana sebaik sahaja seorang anak itu dilahirkan, ibu bapanya sentiasa menyampaikan ilmu dan mendidik anaknya secara tidak formal tanpa henti. Jadi jangan lupa untuk mengucapkan selamat hari guru dan ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa kita selain guru-guru yang pernah memberi ilmu dan mendidik kita secara formal di sekolah.
Pada saya, jika sesiapa mahu kaya di dunia, jadilah seorang usahawan yang mampu menjana pendapatan berjuta ringgit setahun, sebaliknya jika sesiapa mahu kaya di akhirat dengan saham-saham berjuta, jadilah seorang guru asal sahaja anda ikhlas dan redha. Setiap perkataan yang kita ajar yang mampu memberikan kebaikan kepada orang lain, Allah akan balas dengan pahala yang sangat besar.
"Apabila seseorang itu meninggal dunia, akan putuslah pahala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya" (Riwayat Muslim). "Bahawasanya Allah swt, malaikat-malaikat, isi langit dan buminya, sehinggalah semut di dalam lubang dan ikan di dalam laut, semuanya berdoa untuk orang yang mengajarkan manusia" (Riwayat al-Tarmidzi). Begitulah tingginya darjat seorang guru di sisi Allah dan Islam. Jadi berbahagialah mereka yang bergelar guru.
Kepada mereka yang bergelar guru, ajari dan didiklah anak-anak yang dititipkan kepada kita dengan penuh amanah. Jangan sesekali menganggap pelajar-pelajar kita sebagai beban yang tidak terpikul. Didiklah mereka agar menjadi manusia cemerlang di dunia dan di akhirat. Kalau pun mereka tidak mampu tampil cemerlang dalam bidang akademik, pastikan mereka mampu tampil cemerlang dari segi sahsiah. Mereka yang berjaya kita bentuk dari segi sahsiah akan lebih mengagumi kita, berterima kasih dan lebih mengingati kita berbanding mereka yang berjaya kita bentuk dari segi akademik sahaja. Percayalah...
Kepada mereka yang bergelar anak didik atau pelajar, ketahuilah, sesungguhnya kami ikhlas mengajar dan mendidik kamu semua. Harapan kami hanya satu, iaitu mahu melihat kamu semua cemerlang di dunia dan di akhirat. Andai cara dan pendekatan kami tidak selari dengan jiwa mudamu, maafkan kami. Ketegasan kami bukan untuk merosakkan, sebaliknya membina dan membentuk dirimu agar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara pada masa hadapan.
Berbalik kepada tema Hari Guru pada tahun ini iaitu Guru Malaysia, 1Aspirasi, 1Agenda bermaksud semua guru di Malaysia mempunyai matlamat yang sama yang diperjuangkan menggunakan tatacara atau strategi yang sama yang memperlihatkan kesepaduan pemikiran dan hati para pendidik. Matlamat guru Malaysia adalah untuk melahirkan generasi unggul yang cemerlang, gemilang dan terbilang menggunakan pendekatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jadi kita sebagai guru Malaysia harus memegang amanah yang terkandung dalam FPK bagi melahirkan generasi yang diingini. Semoga cita-cita dan hasrat tersebut mampu kita realisasikan, insya-Allah.
Akhir kalam, Selamat Hari Guru dan Terima Kasih Cikgu.

No comments:
Post a Comment