TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Friday, September 24, 2010

Pantun Khas Sempena Hari Guru



Pantun Hari Guru 2008

Gurindam jiwa lagu diseru
buat mengubat hati yanng rindu
ini pantun hari guru
dari cikgu untukmu anak-anak didikku

Gajus muda dicicah garam
sedap rasanya walaupun pahit
pelbagai karenah pelbagai ragam
kami tak heran tak pernah serik

Sejarah, BM  dan juga Ekonomi
subjek pilihan tingkatan enam
soal disiplin tiada kompromi
hormati guru asas kejayaan

Wajah ayu lagi menawan
puteri jelita Pulau Sentosa
jangan degil tak baik melawan
kelak dirimu akan binasa

Jauh berjalan Pendekar Sidik
duduk di kali melepaskan penat
guru mengajar dan juga mendidik
pantang duduk walaupun penat

Badan penat terasa perit
mari makan pulut semangat
vokal lantang sesekali menjerit
bukan marah tetapi bersemangat

Hang Tuah pahlawan terbilang
nama tersohor di serata pekan
cemerlang, gemilang dan terbilang
itulah harapan kami gantungkan

Menjala ikan di pinggir kuala
masak gulai ikan sembilang
senyum di bibir terasa bahagia
khabar darimu lulus cemerlang

Niat hati memancing kelisa
tapi terpancing ikan sembilang
pelajar bersopan berbudi bahasa
guru cemerlang sekolang terbilang

Cantik sungguh si bunga kemboja
dipakai nak dara menghias telinga
pelajar berjaya hidup bahagia
guru berjasa jangan dilupa

Wak Seman memanjat kelapa
kelapa muda banyak airnya
hadiah tidak kami meminta
tapi kalau nak beri apa salahnya...

Buah cempedak si buah nangka
ambil galah tolong julukkan
pantun ini pantun jenaka
sekadar berhibur harap maafkan....

          ***************************

Pantun Hari Guru 2006

Anak nelayan anak gembala
pekerjaan  warisan penyambung hidup
wahai putera puteri harapan bangsa
tuntutlah ilmu penyuluh hidup

Anak gembala pulang petang
bela lembu dan juga kambing
nasihat guru jangan dibangkang
kelak hidup terumbang-ambing

Budak-budak memancing di kali
pulang senja tiada rezeki
guru meminta tidak sesekali
so, hari guru patut dirai

Burung helang menyambar mangsa
gegak gempita seluruh desa
ajaran guru ilmu berharga
semangat dan keihlasan demi anak bangsa

Pantang dicabar laksamana Melaka
terus melompat  menghunus senjata
kejayaan dicapai memberi bahagia
semoga kecemerlangan terus bertahta

Antara syabu dan juga ganja
dadah heroin lagi berbahaya
guru pencetus kegemilangan berganda
pelajar penggerak wawasan negara

Daun nipah daun palas
diambil orang buat pemidai
pengorbanan guru tak perlu dibalas
ingatan berkekalan sudah memadai

Anak Cina bermain tongkang
tongkang pecah dipukul taufan
sudah berjaya melakar kecemerlangan
jasa gurumu jangan  dilupakan

Susu dituang sepenuh  gelas
buat hidangan waktu sarapan
ilmu dicurahkan tak minta dibalas
kejayaan berterusan itulah harapan

Budak-budak berebut nira
nira masam  dicampur kunyit
jika berjaya pasti gembira
janganlah sombong menongkah langit

Pak kaduk menyabung ayam
ayam kalah kampung tergadai
pelajar bermasalah banyaklah ragam
guru pening terus tersadai

Biji saga buahnya keras
hendak makan balik ke rumah
hisap rokok dan ponteng kelas 
amalan keji pelajar tak bermaruah

Masak gulai lemak labu
sambil menyiang itik serati
guru pengganti ayah dan ibu
doa guru tuhan berkati

Rajin sungguh anak petani
lepas membajak  mandi di perigi
budi bahasa amalan murni
guru dihormati tidaklah rugi

                                                     

8 comments: