TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Friday, September 24, 2010

"Kata Orang........."

Kata orang, kalau nak nampak pandai, gunalah bahasa rojak...
Kata orang, kalau nak jadi rokers, mesti cakap macam hippies...
Kata orang, kalau cakap bahasa Melayu..ishh....macam orang kampung...
Kata orang, cakap bahasa Melayu, tak boleh masuk majlis.....
Kata orang juga, bahasa Melayu tak ada kelas....

Kenapa dengar kata orang ???
Dengar kata hati sendiri....!!!

Kita bangsa berdaulat, daulatkanlah bahasa Melayu !!!!
Kita bangsa Melayu, gunakanlah bahasa Melayu !!!

Bahasa Melayu yang bagaimana?
Bahasa Melayu yang betul dan bersopan!

Kenapa mesti betul dan bersopan?
Kerana bahasa jiwa bangsa!

Yang kurek itu kundi
yang merah itu saga
yang molek itu budi
yang cantik itu bahasa.....

                                                                          

No comments:

Post a Comment