TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Thursday, June 21, 2012

Teganya Dirimu...


Pernah dulu kaukatakan
aku dan cerita tentang kita
tak akan pernah terpadam dari hatimu
selalu sahaja kauulangi 
aku dan kenangan tentang kita
akan kaubawa berkubur bersama jasadmu  
walau aku tahu itu mungkin dusta
namun aku senang mendengarnya

Kini hadirmu tak pernah lagi jadi nyata
dirimu hilang entah ke mana
menyepi tanpa khabar berita
puas kumerisik khabar dirimu
namun tak pernah lagi kau menyapa
membiarkan aku sendiri
merindui bayangmu dalam lenaku
teganya dirimu....

Tuesday, June 12, 2012

Pantun Lara...


Puteri jelita mandi di kali
asyik mandi terlepas selendang
usah pernah mengharap lagi
barang yang lepas jangan dikenang

Pagi-pagi mengarang madah
madah bertinta emas gemilang
kasih dan sayang putuslah sudah
cinta berkubur rindu menghilang

Mahu memancing ikan haruan
terpancing pula si ikan keli
sudah kuhapus semua kenangan
tiada tertinggal di dalam hati