TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Monday, October 30, 2023

Solidariti Palestine...

 







Palestine
bumi Anbia'
kini kembali berdarah
saban hari 
bedilan menggila
dari peluru tak bermata
dentuman bom di mana-mana
menghancurkan
meranapkan 
segala yang teguh berdiri
menjadi debu-debu
tiada yang tersisa...

Anak-anak yang tak berdosa
wanita
warga tua 
dan semua yang bernyawa
di bumi Palestine
menjadi sasaran kekejaman
Israel laknatullah 
tanpa belas
membunuh sepuas hati
menzahirkan dendam kesumat
dan berikrar
untuk melenyapkan seluruh rakyat Palestine
di bumi Gaza

Wahai dunia
di manakah perikemanusiaanmu?
hanya menjadi penonton 
membisu seribu bahasa
menutup mata hati
tatkala Palestina berdarah

Dunia Arab
rakyatmu berhibur berpesta
seiring Palestine dibom
nilai kemanusiaanmu mati
nilai empatimu lenyap 
berkubur ditelan sikap tak peduli
semoga Allah melaknatimu

Ya Allah
ampunilah kami
hamba-Mu yang lemah
tiada daya
untuk turut berjuang
bersama para mujahid
mempertahankan bumi Anbia'
daripada musuh Islam

Ya Allah
hanya doa dan harapan
yang mampu kami panjatkan kepada-Mu
moga bisa menjadi senjata paling ampuh
untuk mengiringi perjuangan para mujahid
juga wang ringgit yang kami dermakan
moga bisa menjadi pemangkin semangat
agar rakyat Palestine
tetap teguh berjuang
hingga titisan darah terakhir

Wahai para syuhada'
gugurmu tak akan pernah sia-sia
kerana...
janji Allah itu pasti
syurgalah tempatmu yang abadi

Inilah soladariti kami
untukmu Palestine

Pray for Palestine!
Free Palestine!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!


Wednesday, October 18, 2023

Throwback : Samseng Jalanankah?

 


Bismillah...

Pagi itu April 2022 (saya lupa tarikh yang tepat), setelah beberapa minggu saya berpindah balik ke Kota Bharu, saya memandu seperti biasa ke sekolah. Setiap hari, saya keluar dari rumah seawal 6.15 pagi untuk ke sekolah saya di SMK Machang.  Selama beberapa minggu itu, saya memang terbiasa bergerak awal ke sekolah kerana risau jalan jem jika terlewat, padahal saya sampai ke sekolah lebih kurang jam 6.50 -6.55 pagi.  Pagi tu saya terlewat sedikit menyebabkan saya memandu agak laju dan memotong beberapa buah kereta di sepanjang jalan Ketereh - Kuala Krai. Saya sedar ada ketikanya saya memotong secara berbahaya. 

Sepanjang pemanduan saya, tiba-tiba ada sebuah kereta berwarna putih memotong kereta saya secara berbahaya juga dan menghalang kereta saya dengan cara memandu terlalu perlahan di hadapan saya. Saya berasa hairan dan cuba memotong kereta tersebut kembali tetapi pemandu kereta itu memandu ke tengah  jalan dan cuba menghalang kereta saya daripada memotong keretanya. Saya agak panik dengan keadaan tersebut.  Kereta di belakang saya mula membunyikan hon dan cuba memotong kereta saya dan kereta putih tersebut. Kereta putih itu membenarkan kereta-kereta di belakang saya memotong kami tapi apabila saya  cuba memotong kereta putih itu sekali lagi, kereta itu bergerak ke tengah dan terus bergerak perlahan. Saya semakin panik  dan takut. Dalam fikiran saya, saya tertanya-tanya, apakah pemandu kereta itu samseng jalanan. 

Tiba-tiba pemandu kereta putih tersebut memberi isyarat tangan supaya saya memberhentikan kereta saya di bahu jalan. Oleh sebab saya terlalu takut, saya terpaksa akur. Saya pun memberhentikan kereta saya di bahu jalan dan pemandu kereta itu juga memberhentikan keretanya di hadapan kereta saya. Dalam keadaan saya yang sangat takut, seorang lelaki dalam usia 40-an dengan wajah yang bengis dan berambut panjang mencecah bahu keluar dari kereta itu sambil melihat-lihat belakang keretanya kemudian dia berjalan ke arah kereta saya. Saya berasa sangat takut jika lelaki itu mahu merompak saya. Kebetulan pada waktu itu, keadaan masih gelap. Tidak ada sesiapa pun di situ untuk saya meminta tolong. Lelaki itu terus mengetuk tingkap kereta saya bertalu-talu dan menyuruh saya menurunkan cermin tingkap kereta saya dengan nada suara yang tinggi.  Saya mula menangis sambil menurunkan cermin kereta. Saya sangat-sangat panik dan takut. Tidak pernah dalam hidup saya menghadapi keadaan seperti itu.

      "Akak  sedarke akak potong kereta saya tadi secara berbahaya?" Tanya lelaki itu dengan suara yang agak tinggi dan kasar.

      " Maaf. dik akak tak perasan", jawab saya sambil menangis.

      "Mana boleh tak perasan. Kereta saya kemek kerana berlanggar dan bergesel dengan kereta akak", sambungnya lagi.

      "Maafkan akak Dik. Adik bagi no hp adik, nanti akak bayar. Maaf sangat-sangat Dik."

       Tiba-tiba suara lelaki itu sedikit kendur.

      "Akak nak pergi mana ni bawa kereta laju-lau dan memotong secara berbahaya ni.?"   

      "Maafkan akak dik, akak nak pergi sekolah di SMK Machang. Akak dah lewat ni." Saya masih menangis. 

      "Akak minta maaf sangat-sangat Dik. Adik bagi no hp adik. Akak janji akan bayar kerosakan kereta adik."

      "Tak apalah kak, saya maafkan akak dan akak tak payah bayar-apa-apa sebab saya tengok kereta saya tu taklah teruk pun. Tapi saya nasihatkan akak, jangan buat macam ni lagi. Bahaya kak. Dalam kereta  saya tu ada anak saya, kalau accident, macam mana? Suara lelaki itu semakin lembut tapi masih bernada tegas.

   "Maafkan akak Dik, akak tahu akak salah. Bagi je no hp adik, akak akan bayar." Saya masih menangis.

    "Tak apa, saya dah maafkan akak.  Dah, akak jangan nangis. Sekarang akak boleh gerak pergi sekolah. Bawak kereta hati-hati."  

     "Terima kasih Dik. Maafkan akak."    Saya mengesat air mata dan menghidupkan kereta dan lelaki itu mengangguk sambil beredar ke keretanya. Saya menunggu dia bergerak dahulu dan saya mengikutnya dari belakang. Kereta lelaki itu akhirnya membelok ke satu lorong dan hilang dari pandangan saya.

Sepanjang pemanduan saya ke sekolah, saya mengucap syukur yang tak terhingga kepada Allah kerana tiada apa-apa yang buruk berlaku kepada saya.  Dalam pada itu, saya juga menyesal kerana memandu laju serta memotong secara berbahaya. Saya berjanji pada diri saya sendiri bahawa, mulai hari itu, saya tidak akan memotong mana-mana kereta lagi. Biarlah saya terlewat ke sekolah daripada menempuh pengalaman yang menakutkan itu sekali lagi.

Setelah sampai di sekolah, saya keluar dari kereta dan memeriksa kereta saya. Saya berasa pelik kerana tiada kesan kemek atau calar pun pada bahagian bumper dan sekeliling kereta saya. Saya mula berfikir, macam mana lelaki tersebut mengatakan bahawa kereta saya melanggar keretanya semasa saya memotong keretanya, sedangkan saya tidak berasa apa-apa perlanggaran pun, malah tiada apa-apa kesan kemek atau calar pun pada kereta saya. Tak apalah, yang penting saya selamat.

Pengajaran yang saya dapat daripada peristiwa tersebut adalah... jika berlaku apa-apa masalah di jalan raya dan kita sedar memang kita yang bersalah, jangan bersikap ego atau berlagak sombong.  Mintalah maaf berkali-kali dengan wajah yang kesal  kepada pihak yang satu lagi, nescaya lembutlah  hatinya untuk memaafkan kita dan mungkin kita tak perlu bayar apa-apa. Insya-Allah.



Sunday, October 15, 2023

Menghitung Hari...

 


Detik berlalu

semakin pantas terasa

semakin dekat waktu hati terasa perit bagai disiat-siat sayu hiba segala rasa bersatu menyesak dada namun... tak siapa tahu Walau bibir masih tersenyum walau tawa masih kedengaran namun... dalam hati pedih menahan tangis Sesungguhnya tak siapa mengusir tak siapa membenci tapi harus memilih dia.. antara semua kerana isteri itu... pendamping suaminya dalam susah dan juga senang Semakin dekat waktu kaki terasa longlai terasa berat untuk melangkah meninggalkan bumi Ampang tanah tercinta 20 tahun penuh kenangan suka dan duka
namun... hanya yang manis akan kekal dalam ingatan dan juga sanubari yang bakal dibawa sebagai memori terindah pabila melangkah ke bumi Cik Siti Wan Kembang Selamat tinggal Tasik Selamat tinggal sahabat-sahabat Selamat tinggal kesayangan-kesayangan Selamat tinggal kenangan Selamat tinggal semua Kenang daku dalam doa kalian Jika ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi jika ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi

Throwback : My Majlis Perpisahan 24 Februari 2022 @ SMKTT





Ucapan Yang Diraikan

Yang Berusaha, Encik Muhamad Zulkifli bin Ahmad Kharman Shah, Pengetua Smktt, En. Zulhasnan, PKP Smktt, Pn. Rohasni, PK Hem Pn. Afidah, PK Kokurikulum, Pn. Azlina, PK T6 Pn. Nik Masniyana, PK PPKI Para GKMP, Para jemputan kehormat - Tn. Hj. Muhamad, Tn. Hj. Mohamad Hatta, Datin Hajah Rohani dan En. Lye Jin San serta rakan-rakan PK SPM. Sahabat-sahabat GATE yang dikasihi, dan rakan-rakan Tasik yang disayangi. Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Terimalah serangkap pantun daripada saya sebagai pemula bicara. Penglipulara kerjanya bercerita Menghibur raja dan juga rakyat jelata Sebenarnya kelu lidahku untuk berkata-kata Namun, demi semua kugagahi jua..
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat GATE yang bersusah payah menganjurkan Majlis Perpisahan untuk saya pada hari ini dengan begitu sempurna. Saya sangat-sangat terharu.

Saya nak bercerita sikitlah pasal sejarah saya di SMK Taman Tasik.
2002 - Saya mula berpindah ke Selangor dari Pulau Pinang. .. dah riki sekolah SMKTT sebab ada T6, tapi dapat SMK Tasek Permai. Di sana, mula berkenalan dengan En. Muhammad. Beliau pada waktu itu ialah Setiausaha Kokurikulum kalau tak silap. Setahun di SMK Tasek Permai, saya minta tukar antara daerah ke SMK Taman Tasik. 2003 mula lapor diri di smktt di bawah Pengetua Pn. Junaidah Tukimin.
Selepas itu Pengetua bertukar ganti, Pn. Rozainum - Pn. Zaini, Pn. Maimon dan terkini En. Zulkifli.

Di Tasik, orang yang banyak membimbing saya ialah En. Zulhasnan. Dari beliau sebagai guru disiplin, kemudian beliau jadi bos saya sebab unit majalah di bawah pengurusan HEM, kemudian beliau kembali ke Tasik sebagai PKP, sikap keprihatinan beliau tetap sama. Terima kasih banyak2 Cikgu Zulhasnan kerana banyak membimbing saya. Jawatan PK Kokurikulum waktu itu kemudinanya diganti oleh Tn. Hj. Muhammad. Beliau juga seorang bos saya yang sangat prihatin. Selalu bertanya khabar pasal majalah.

Tiga tahun di Tasik, Tn. Hj. Muhammad naik pangkat ke SMK Pandan Indah. Selepas itu bos HEM digantikan pula oleh Pn. Rohasni. Jujurnya, saya tidak sempat bekerja di bawah Pn. Rohasni kerana sejak beliau datang ke Tasik, majalah tidak diterbitkan akibat covid19.

Di SMK Taman Tasik, saya banyak belajar perkara baharu. Banyak pengalaman berharga yang saya kutip di sini. Saya rasa bertuah kerana berpeluang bekerja di bawah semua pentadbir yang baik dan memahami. Di sini juga saya mengenali dan mempunyai sahabat-sahabat yang baik dan yang banyak membantu saya dari semua segi.

Pengalaman 14 tahun sebagai guru setiausaha majalah juga amat bermakna buat saya. Tanpa saya sedari, tanggungjawab sebagai setiausaha majalah menyerlahkan potensi saya dalam bidang penulisan dan penerbitan. Alhamdulillah..
Terima kasih kepada semua AJK guru majalah yang banyak membantu saya selama ini. You are the best.

Kepada semua guru T6, saya sayang kalian ketat-ketat. Terlalu banyak kenangan indah kita bersama-sama di sini.

Kepada sahabat-sahabat guru arus perdana dan PPKI, saya juga sayang kalian ketat-ketat. Kalian semua terlalu baik menyantuni akak.

Kepada semua AKP, terima kasih tak terhingga kerana banyak membantu saya dalam semua segi.
Pn. Hairani, Pn. Shima, Pn. Rosmawati dan paling special, Cik Sella yang terlalu banyak membantu saya dalam ha-hal2 yang berkaitan majalah. Luv u all.

Kepada semua warga SMKTT, nama kalian semua akan sentiasa tersemat dalam hati ini dan tak mungkin saya lupakan.

Kepada sahabat-sahabat PK SPM 2019-2019, terima kasih kerana banyak mengajar saya. Pengalaman menjadi Penyelia Kawasan SPM juga sangat bermakna buat saya.

Akhir kalam, saya mohon ampun dan maaf kepada para pentadbir, semua rakan guru dan seluruh warga Tasik jika ada khilaf saya kepada kalian sepanjang saya di SMKTT. Maaf juga jika pernah tersinggung atau terguris hati dengan kata-kata atau gurauan saya selama ini. Terima kasih juga untuk segala-galanya.

Sebelum saya menamatkan ucapan, saya akan mendeklamasikan sebuah sajak yang menzahirkan perasaan saya sejak saya mendapat keputusan perpindahan ini.

Menghitung Hari Detik berlalu semakin pantas terasa semakin dekat waktu hati terasa perit bagai disiat-siat sayu hiba segala rasa bersatu menyesak dada namun... tak siapa tahu Walau bibir masih tersenyum walau tawa masih kedengaran namun... dalam hati pedih menahan tangis Sesungguhnya tak siapa mengusir tak siapa membenci tapi harus memilih dia.. antara semua kerana isteri itu... pendamping suaminya dalam susah dan juga senang Semakin dekat waktu kaki terasa longlai terasa berat untuk melangkah meninggalkan bumi Ampang tanah tercinta 20 tahun penuh kenangan suka dan duka
namun... hanya yang manis akan kekal dalam ingatan dan juga sanubari yang bakal dibawa sebagai memori terindah pabila melangkah ke bumi Cik Siti Wan Kembang Selamat tinggal Tasik Selamat tinggal sahabat-sahabat Selamat tinggal kesayangan-kesayangan Selamat tinggal kenangan Selamat tinggal semua Kenang daku dalam doa kalian 😭😭😭 Jika ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi jika ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi Sekian, terima kasih.
Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat GATE yang telah bersusah payah menganjurkan satu majlis perpisahan untuk saya dengan begitu sempurna. Saya sangat-sangat terharu.
Macam-macam menu lazat disediakan oleh sahabat-sahabat tersayang. Tq Tq Tq
❤️❤️❤️


Terima kasih juga atas hadiah-hadiah yang diberikan. Semuanya sungguh bernilai buat saya. 😍😍😍

Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada sahabat2 GATE sekiranya saya pernah terkasar bahasa, tersilap tutur kata dan terkhilaf perbuatan dengan kalian sepanjang kita bersahabat dan bekerja bersama-sama di SMKTT. 🙏🙏🙏

Semoga persahabatan yang terjalin kekal abadi hingga janah. Sayang selalu ❤️❤️❤️ Surely going to miss sahabat2 semua. Selamat tinggal Tasik Selamat tinggal sahabat-sahabat Selamat tinggal kesayangan-kesayangan Selamat tinggal kenangan Selamat tinggal semua Kenang daku dalam doa kalian 😭😭😭 Jika ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi jika ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi
Kak Azlina, Nani, Bi, Tini, Kak Ma, Mala, Ana, Jatt, Lela, kak Azah, Wah, Ja, kak Sally, kak Azua, kak Nor, kak Ros, Jun, Wan Ju, Prema, Parames, Fum, Pei Pei, Cikgu Lye, Cikgu Pasu, dan Cikgu Jamal..I love u all..sahabat selamanya..nama- nama kalian tersemat kukuh dalam hati ini...forever n after..❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Terima kasih kepada semua warga Tasik iaitu para pentadbir, guru-guru dan AKP yang hadir dan meraikan saya pada majlis perpisahan saya. Saya amat-amat terharu dan menghargainya.
😍😍😍

Kepada yang tidak dapat hadir, jangan risau. Saya faham situasi kalian. Ada yang bertugas sebagai pemeriksa lisan SPM, ada yang cuti sakit, ada yang dikurantin dan sebagainya. InsyaAllah, jika ada rezeki dan panjang umur, pasti kita akan berjumpa lagi.
InsyaAllah saya akan turun semasa hi -tea guru nanti. Nak bergambar dengan semua untuk kenangan


Terima kasih juga atas hadiah-hadiah yang diberikan. Semuanya sungguh bernilai buat saya. 😍😍😍

Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua warga Tasik sekiranya saya pernah terkasar bahasa, tersilap tutur kata dan terkhilaf perbuatan dengan kalian sepanjang kita bersahabat dan bekerja bersama-sama di SMKTT. 🙏🙏🙏

Jujurnya, pengalaman saya di SMKTT selama 19 tahun amat-amat bermakna buat saya. Saya banyak mengenali orang-orang yang baik di sini. Kalian semua (para pentadbir, rakan-rakan guru - GATE/Arus Perdana/PPKI dan staf sokongan) menyantuni saya dengan baik dan ramah. Saya pasti akan merindui kalian semua. 😍😍😍

Semoga persahabatan yang terjalin kekal abadi hingga janah. Sayang selalu ❤️❤️❤️ Surely going to miss SMKTT.

Selamat tinggal Tasik Selamat tinggal sahabat-sahabat Selamat tinggal kesayangan-kesayangan Selamat tinggal kenangan Selamat tinggal semua Kenang daku dalam doa kalian 😭😭😭 Jika ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi jika ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi