TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Monday, November 19, 2012

Tentang Dia...



Dia...
penuh tabah
cekal lagi kuat
namun tetap seorang wanita
ada ketika dan waktunya
rapuh jua hatinya
mutiara bening tumpah 
dan membasahi
tak salah begitu
kerna itu lumrah
bagi seorang wanita
dalam hatinya ada taman
punya perasaan
keibuan....


Dia...
tonggak sebuah rumahtangga
nadi sebuah keluarga
kekuatan sebuah hubungan
kasihnya tulus
sayangnya tak putus 
contoh ibu mithali

Dia...
langkahnya penuh ranjau
juga duri melata
namun tak pernah mengalah
untuk terus melangkah
demi yang tersayang

Dia....
di sini langkahnya berakhir
dalam sebuah perjuangan
meninggalkan bakti
juga seribu pesanan 
memberi laluan
membuka ruang
kepada yang lain
untuk meneruskan perjuangan
demi anak bangsa tercinta

Dia...
seorang Zaini






Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Jika suka, silalah LIKE.

1 comment:

  1. Sajak ini saya tulis terkhusus untuk Pn. Zaini bt Mohammad Zain, bekas Pengetua SMK Taman Tasik (2006-2012). Beliau merupakan seorang pengetua, juga persis seorang ibu kepada kami semua. Jasa beliau akan tetap kami kenang selamanya. Semoga Allah merahmati beliau dan keluarga beliau selamanya. Terima kasih, Puan Zaini.

    ReplyDelete