TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Sunday, March 17, 2013

Warkah Untukmu, Teman...


Teman, 
Sejak aku menerima penjelasanmu,  jujur aku katakan, perasaanku agak terganggu.  Kini aku mengerti kenapa semuanya harus terjadi. Aku sebenarnya gembira akan hasrat murnimu, namun dalam masa yang sama, aku berasa sedih.  Aku gembira kerana dirimu memilih jalan yang terbaik, namun aku sedih kerana aku bakal kehilanganmu, teman yang setia mendengar segala cerita dan keluh kesahku.  

Teman,
Kita sudah lama berteman.  Banyak yang kita lalui bersama. Kisah suka, duka dan juga cerita indah.  Bukan sekali kita saling tak menyapa. Bukan kerana benci, sekadar salah faham, namun hubungan kembali pulih.  Hingga kini, hadirmu sudah cukup untuk membuatkan aku gembira walau tak selalu bersua.    

Teman,
Ketahuilah, aku redha dengan keputusanmu.  Aku akan cuba mengerti bahawa akulah penyebab segala.  Aku berjanji untuk tidak mengganggu kehidupanmu lagi. Semoga dirimu beroleh kejayaan dan ketenangan. Kuiringkan doa untukmu selalu kerana dirimu selalu ada dalam hatiku.


Wednesday, March 13, 2013

Untuk Sekian Kalinya...


Untuk sekian kalinya
Kita kembali saling membisu
Lidah kelu untuk menyapa
Bibir sukar menguntum senyum 

Kenapa? 
Aku juga tak pernah mengerti
Namun yang pasti
Aku mahu kita kembali 
Berteman seperti dulu
Maafkanlah, jika aku punca segala...