TUAI PADI ANTARA MASAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN...

Thursday, November 3, 2011

Trilogi Cinta...


Aku dan  kamu
pernah melakari kisah dulu
mencipta bahagia seketika
menganyam kasih
menyulam  cinta
menggenggam impian
namun 
kisah kita tak pernah jadi nyata
aku kautinggalkan begitu sahaja
tiada lagi khabar berita
entah kenapa...

Kamu dan dia
atas nama cinta
mengukir janji
melayari bahtera
mencipta bahagia selamanya
segalanya sempurna
kisah yang nyata

Aku dan dia
gadis sunti di desa
pernah berteman 
berdua bersama
bergurau senda
ketawa ceria
semuanya indah belaka
namun tak pernah menyangka
kasih tertumpah pada yang sama

Pada sebuah pertemuan
yang tak pernah dijangka
mata bertentang
hati berbicara 
menggamit memori silam
penuh kenangan

Aku, kamu dan dia
sebuah trilogi cinta 
namun aku hanya suatu kenangan
dia ternyata suatu kenyataan
aku, kamu dan dia
bisakah sahabat selamanya?


  

2 comments:

  1. dia yang pernah memberi nafas dalam kehidupan..
    dia yang pernah memberi kekuatan untuk aku terus melangkah..
    dia yang dulu menyanjungi aku..
    dia yang dahulunya pernah memberi memori..

    namun..
    kini..
    dia meninggalkan aku ..
    noktah dalam perhubungan ini dilafazkan..

    perasaan kecewa melanda di jiwa..
    pedih.
    sedih..
    berat kaki aku melangkah pergi..
    tanpa aku menoleh kembali lagi.

    ReplyDelete