Maafkanlah diri ini
kerana berbicara sesedapnya
tanpa memikirkan hati dan perasaanmu
tiada niat untuk menyakiti
apatah lagi mendendami
Kukira kau mengerti
bicaraku gurauan semata
namun aku silap
hatimu terluka
amarahmu tak terkata
kau ragui segalanya tentangku
aku kini hina di matamu
Namun aku pasrah
kerana itulah yang tersurat
pertemanan kita menemui noktahnya
biarlah kuundur diri
agar dirimu tak terluka lagi
dan kerana
aku tak layak berteman denganmu
sejak dahulu dan sampai kapan pun...
No comments:
Post a Comment