Biarpun sedetik cuma
usia pertemanan kita
namun aku bahagia
sempat berbagi rasa suka juga duka
Terima kasih kerana memberikan aku kesempatan
mengenali dirimu yang sebenarnya
menyelami hatimu yang terdalam
bahagiamu bahagiaku jua
sesalmu usah kau ucap lagi
kerana begini yang tersurat untuk kita
Namun
kini kita harus akur
waktu itu bukan milik kita selamanya
sekadar sedetik cuma
untuk kita nikmati
untuk kita kongsi
sebuah pertemanan
yang akan kita kenang hingga akhir hayat...
No comments:
Post a Comment