Suatu waktu dahulu
pernah aku merasainya
ada getar dalam hatiku
tatkala mata bertentang
pabila bibir berbicara
hanya denganmu
Bila kaudekat
jantung berdetak kencang
bila kaumenjauh
hati jadi resah
rindu pun menyapa
Akhirnya kau pergi menggapai cita
tinggalkan aku sendiri
merintih dalam diam
ditemani rindu yang tak bertepi
merintih dalam diam
ditemani rindu yang tak bertepi
hati yang resah kupujuk sendiri
walau kau tak pernah tahu
cinta dan rinduku hanya untukmu
Hari berganti
walau aku cuba untuk tetap setia
namun akhirnya aku tewas oleh waktu
kerana segalanya tak pernah pasti
dirimu pergi tak pernah kembali
Sudah suratan
kini kita bertemu kembali
Hari berganti
walau aku cuba untuk tetap setia
namun akhirnya aku tewas oleh waktu
kerana segalanya tak pernah pasti
dirimu pergi tak pernah kembali
Sudah suratan
kini kita bertemu kembali
walau tak pernah bersua
akhirnya kau lafazkan kepadaku
bahawa suatu waktu dahulu
akulah gadis yang kau puja
padaku rindumu tertumpah
akulah cinta pertamamu
dan kenangan dahulu
tak akan pernah terpadam
dan kenangan dahulu
tak akan pernah terpadam
Aku teruja
dipanah bahagia
kerana akhirnya aku tahu
suatu waktu dahulu
suatu waktu dahulu
kita saling mencintai
kita saling merindui
walau tak punya upaya
untuk saling melafazkan
kita saling merindui
walau tak punya upaya
untuk saling melafazkan
Jika rindumu dulu masih tersisa untukku
kusambut penuh tulus
kerana aku juga amat merinduimu
sungguh...
kusambut penuh tulus
kerana aku juga amat merinduimu
sungguh...
Puisi ini saya tulis terkhusus untuk dua orang sahabat yang saling mencintai tetapi memendam perasaan itu sendiri kerana tiada kekuatan untuk meluahkannya. Mereka akhirnya berpisah demi mengejar cita-cita masing-masing. Berpuluh tahun kemudian, mereka bertemu kembali dalam situasi yang berbeza dan baru kini mereka tahu bahawa cinta mereka dulu tidak bertepuk sebelah tangan...walaupun mereka sangat bahagia mengetahui hakikat itu, namun tiada niat di hati mereka untuk mengulang kembali kisah itu...biarkanlah kisah itu kekal sebagai kenangan terindah masa lalu mereka...
ReplyDelete